18.11.10

Berapa Keperluan Kalori Harian?

Ok, jom kita sambung entry pasal korban kalori...

Semua dah start tanya macammana nak tahu berapa kalori yang diperlukan so mari kita belajar mengira pulak, ready dengan calculator ya anak2!! ^_^

Keperluan kalori adalah berbeza untuk semua orang depends on gender, age, weight dan aktiviti harian masing2.. Ada 2 main items yang perlu kita tahu untuk mengira keperluan kalori harian iaitu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calorie Requirement (DCR)..

BMR adalah jumlah asas tenaga yang diperlukan untuk sustain our life.. Cara pengiraan pon bergantung pada gender;

Women; BMR = 655 + (9.6 x berat dlm kg) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur tahunan)

Men; BMR = 66 + (13.7 x berat dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm) - (6.8 x umur tahunan)

DCR pulak adalah keperluan kalori harian kita yang mana jumlah BMR dimultiply dengan kadar keaktifan kita.. Tahap keaktifan seperti ini;
  • Sedentary (little or no exercise, desk job) = BMR x 1.2
  • Lightly Active (light exercise / sport 1-3 times/week) = BMR x 1.375
  • Moderately Active (moderate exercise / sport 3-5 times/week) = BMR x 1.55
  • Very Active (hard exercise / sport 5-7 times/week) = BMR x 1.725
  • Extra Active (hard daily exercise/sport, physical job) = BMR x 1.9 

Contoh kes (hehehe macam kertas kerja plak ye!!!!)

Jane (bukan nama sebenar), umur 28 tahun, berat 60kg dan tinggi 160cm.. Having moderately active life..

Jane's BMR = 655 + (9.6 x 60kg) + (1.8 x 160cm) - (4.7 x 28 tahun)
                         = 1,387.4


Jane's DCR  = 1,387.4 x 1.55
                         = 2,150 calories/day 

Jadi, Jane perlukan 2,150 kalori untuk memberikan dia tenaga setiap hari.. If Jane makan makanan yang kurang daripada 2,150 kalori, other lemak dalam badan dia akan dibakar untuk cukupkan keperluan tersebut dan If Jane makan makanan yang lebih daripada 2,150 kalori, lebihan itu akan dikumpul menjadi lemak... Ada faham semua!!!!

Luv,
 

1 comment:

mama_umar_maryam said...

adoii,ni lecture fitness ke wehh,hahaha