30.11.10

Hari Terakhir Bulan November

Owhhhhhhhh (start dh mengeluh!!!) 

Hari terakhir untuk bulan November tidak bermula dengan baik T____T 


bangun lambat - subuh gajah - keluar rumah lambat - jalan jam nak hantar Izz (hantar sorang sebab hubby ke Permata) - sampai opis takde parking (parking tengah renovate so perlu berebut dengan orang lain) - parking kat luar opis, hujung dunia!! - tengah jalan tersepak batu sebab mata melilau tengok atas - jatuh gedebuk!!! - bangun n control ayu (takde orang pon!! nasib baik) - tengok lutut dah berdarah - terus jalan n lintas jalan - sampai opis -  punch in merah

Perghhhh memang menyedihkan cerita di pagi hari... Hope the rest of today akan lebih menggembirakan...    amin


Luv,
 

24.11.10

Happy 3rd Anniversary Dear Hubby!!

Top Ten Reasons To Be In Love With You;

10. Your Sense of Humor


  9. Your Knowledge of Nation History

  8. Your Thoughtfulness

  7. Your Trust and Understanding

  6. Your Lips

  5. Your Laugh

  4. Your Eyes

  3. Your Sensitivity and Support

  2. Your Smile

AND NUMBER ONE REASON TO BE IN LOVE WITH U IS;

   1. Your Insight and Intelligence (after all, u were smart enough to fall in love with me!!!)



HAPPY ANNIVERSARY SAYANG!!! *___*


Luv,
 

18.11.10

Berapa Keperluan Kalori Harian?

Ok, jom kita sambung entry pasal korban kalori...

Semua dah start tanya macammana nak tahu berapa kalori yang diperlukan so mari kita belajar mengira pulak, ready dengan calculator ya anak2!! ^_^

Keperluan kalori adalah berbeza untuk semua orang depends on gender, age, weight dan aktiviti harian masing2.. Ada 2 main items yang perlu kita tahu untuk mengira keperluan kalori harian iaitu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calorie Requirement (DCR)..

BMR adalah jumlah asas tenaga yang diperlukan untuk sustain our life.. Cara pengiraan pon bergantung pada gender;

Women; BMR = 655 + (9.6 x berat dlm kg) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur tahunan)

Men; BMR = 66 + (13.7 x berat dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm) - (6.8 x umur tahunan)

DCR pulak adalah keperluan kalori harian kita yang mana jumlah BMR dimultiply dengan kadar keaktifan kita.. Tahap keaktifan seperti ini;
  • Sedentary (little or no exercise, desk job) = BMR x 1.2
  • Lightly Active (light exercise / sport 1-3 times/week) = BMR x 1.375
  • Moderately Active (moderate exercise / sport 3-5 times/week) = BMR x 1.55
  • Very Active (hard exercise / sport 5-7 times/week) = BMR x 1.725
  • Extra Active (hard daily exercise/sport, physical job) = BMR x 1.9 

Contoh kes (hehehe macam kertas kerja plak ye!!!!)

Jane (bukan nama sebenar), umur 28 tahun, berat 60kg dan tinggi 160cm.. Having moderately active life..

Jane's BMR = 655 + (9.6 x 60kg) + (1.8 x 160cm) - (4.7 x 28 tahun)
                         = 1,387.4


Jane's DCR  = 1,387.4 x 1.55
                         = 2,150 calories/day 

Jadi, Jane perlukan 2,150 kalori untuk memberikan dia tenaga setiap hari.. If Jane makan makanan yang kurang daripada 2,150 kalori, other lemak dalam badan dia akan dibakar untuk cukupkan keperluan tersebut dan If Jane makan makanan yang lebih daripada 2,150 kalori, lebihan itu akan dikumpul menjadi lemak... Ada faham semua!!!!

Luv,
 

Cerita Hari Ini : Ketupat Raya dan Subscribe Magazines

Saya di opis ni, boring lah!!! Ramai yang cuti, staf yang kerja pon ramai pergi Kajang sebab ada acara sembelih menyembelih korban kat sana.. Saya plan nak ikut tapi sebab sampai petang kat sana so malas la.. Niat nak buat kerja tapi takde feel pulak sebab semua fail takde orang nak amik kan, hehehe sungguh gedik!!! Boleh la saya update blog ni kan ^_^

Saya teringin nak makan ketupat sebab semalam di Shah Alam, MIL masak masakan Arab untuk raya korban.. Biasalahkan, dah tekak Melayu, nak jugak makan ketupat rendang, hehehe.. So semalam petang, before balik Keramat kami ke Giant beli bahan2 nak buat juadah raya tapi serai plak abis stok, tensen sungguh.. Malam tadi rebus ketupat segera n siapkan rencah2 semua, pagi ni bangun awal sket untuk masak.. Dapatlah saya bawak bekal ketupat, sambal kacang, rendang tok n sambal kerang.. Pastu ada plak akak opis bawak kuah lodeh, rezeki kan.. Dapatlah merasa lauk pauk raya, hehehe.. Tapi saya rindu nak makan sambal kacang mak lah!!! Sedap dan sedap dan sedap...

Owhh tadi ada orang datang, nama dia John.. Dia buat marketing untuk subscribe magazine.. Dengan RM500 dapat langgan 3 jenis majalah untuk setahun.. Saya memang jenis cepat terpengaruh, pantang ada orang datang jual barang confirm saya amik, hehehe kesian sebenarnya, penat dia bercakap walaupon bila pikir2 balik gaji dia mesti berlipat ganda dari gaji saya sendiri tapi takpelah rezeki dia kan.. Kalau kita rajin, insya allah banyak la yang kita dapat, yang penting usaha.. So far, takde lagi yang kecewa bila masuk bilik saya ni.. Jual insurance saya amik, jual tupperware saya beli, jual kain pon beli, semua lah saya beli!!! Hehehehe pastu membebel sebab duit makin susut, yang penat dengar en suami lah..

Saya kadang2 respect dengan orang yang buat marketing ni sebab banyak skills yang kena ada nak persuade orang, nak jual barang bukan senang.. Saya pon suka dengar cerita2 diorang ni, saje je nak tambah pengetahuan kan.. Banyak jugak feedback dari orang2 ni bagitahu saya ada potensi untuk buat marketing, tapi tak tahulah kan, kalo tu semua kata2 manis nak suruh saya beli barang jek.. But seriously, marketing adalah bidang terakhir yang saya akan pilih, hehehe ingat senang ke nk buat muka tembok jumpa potential customer, terang macam2 pastu lastly kena reject, perghh mencabar ok!!! dan saya tak sanggup...

Saje nak share magazines yang saya subscribe tadi; Newsweek, untuk berita2 semasa so takde lah rase tertinggal keretapi kalau orang berborak pasal latest news kan, hehehe macam la ada masa nak baca.. Home concept, tapi rasa macam nak tukar magazine lain lah, saya bukan nak pindah umah baru pon.. Mami n baby, sebelum ni selalu baca pa&ma jek so nk try majalah lain plak... Dan satu bonus magazine, Flavours, untuk resepi2 baru.. Saje John bagi saya magazine free sebab saya bagi nama untuk dia approach as new customers, hehehe see saya boleh buat marketing jugak kan, hehehehe poyo!!! Saya jimat lebih kurang RM200 daripada beli kat kedai tiap2 bulan untuk semua magazines ni.. Tapi the main reason untuk menyedapkan hati adalah saya boleh claim untuk income tax nanti.. Lagipon saya nak tunjuk contoh pada Izz yang kita kena selalu membaca bukan selalu menghadap tv dan laptop...

Kalau sesiapa yang rasa nak men'subscribe' majalah2 ilmiah ni bagitau lah, nnt saya inform John untuk jumpa uolls.. Saya tak dapat komisyen pon, saje nak berkongsi maklumat... 


Luv,
 

17.11.10

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my readers and friends..

Masuk tahun ni dah 3 tahun saya beraya haji di perantauan, cehhh KL je pon!!! hehehe.. Saya cuma cuti hari ni je, esok dan lusa masuk opis semula sebab en. suami yang dah kehabisan cuti so tak dapat la kami balik kampung, balik Shah Alam je lah tu pon lepas semayang raya nanti.. Mak n abah pon beraya berdua je plus ngan Tomin sebab semua anak tak balik, kesian plak kat diorang lah... Nanti cuti panjang sikit kami balik ye!!!

Walaupon cuma raya haji tapi bila dengar takbir masih terasa sayu di hati T___T

Luv,

16.11.10

All About KALORI

Hello ladies!!!

Hujung minggu lepas adalah aktiviti bergossip untuk mak2 dan main2 gaduh n swimming untuk kanak2 ribena di rumah DBalkis.. Selain itu, aktiviti timbang menimbang untuk kami yang tak berapa nak kurus ni, poor Vincent sebab kena paksa rela jadi our health consultant tak berbayar!!! Btw I quite oklah with my current weight sebab nombor dihadapan adalah 5 walaupun nombor dibelakang tak berapa memberangsangkan (3 bulan lepas nombor dihadapan adalah 6 dan dibelakang adalah 4, maksudnya 64kg!!!) So entry hari ni saya nak share sikit lah my knowledge about dieting and also other penambahan dari sumber yang sahih.. But ini adalah my personal opinion ya, dont use it to against anything..


For those yang berdiet mesti tau kan apa kaitan antara KALORI dengan kadar penyusutan or penambahan berat badan.. Kalori adalah unit pengukuran untuk tenaga daripada makanan yang kita ambil.. Kalori akan dibakar untuk mendapatkan tenaga oleh tubuh bagi melakukan setiap pergerakan, termasuklah untuk bernafas dan masa kita tido... Basic principles yang kita perlu tahu adalah;
  • Jumlah kalori yang dimakan lebih daripada jumlah kalori yang di perlukan untuk tenaga harian = makin gemuk..
  • Jumlah kalori yang dimakan sama dengan jumlah kalori yang diperlukan untuk tenaga harian = maintain..
  • Jumlah kalori yang dimakan kurang daripada jumlah kalori yang diperlukan untuk tenaga harian = makin kurus..
Logiknya adalah mudah, kalau kita makan banyak, kalori juga akan banyak, lebih daripada kalori yang diperlukan untuk tenaga harian, lebihan kalori itu akan disimpan sebagai LEMAK, lama2 ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan dan begitulah juga sebaliknya...


Untuk turun 1 kg kita perlu bakar lebih kurang 3000 kalori

I'll share more about this topic in the next entry.. Stay tune ^_^ 
 
Luv,
 

14.11.10

At Zoo Negara

Dah lama kami plak nak bawak Izz ke zoo untuk berkenalan ngan haiwan2 tapi kerana time constrain dan juga kami tak berapa yakin Izz akan bergumbira untuk tengok haiwan2 tu semua as we do *__* sebab he still a small kid yang tak faham pon apa2 kat sekeliling dia... But now since dia dah menunjukkan minat kat haiwan and started kenal a few haiwan comel seperti fish, duck, cat, bird, turtle and rabbit, so we thought its just about time to introducing him to other animal yang besar dan tak boleh dijumpai selain di zoo dan tv...

So last week, we brought him to the Zoo Negara.. After makan spaghetti meatball at home as our lunch, kami bergerak maju ke zoo.. Sampai sana, Izz sangat exited.. Tengok and feeding giraffe and then tengok elephant tapi lepas tu Izz buat muka stone maybe sebab dia sangat sleepy tapi taknak tido.. Haiwan2 kat zoo tu pon semua tengah tido dan berehat so I came out with the theory yang after lunch adalah masa yang sangat enak untuk nap time, not applicable only for human but also for the animals... So jalan2 lah kami sambil tengok kandang yang macam kosong sebab penghuni masing2 tengah tido x__x frust!
giraffe feeding worth Rm3
elephant
aksi mengejar birds
lion malas
the three of us
Separuh perjalanan, hujun turun dengan lebat so kami berteduh kat shed yang penuh ngan orang.. About 1/2 an hour later, hujan berhenti dan kami teruskan jalan and amazingly semua haiwan2 tu dah bangun n sangat active, mungkin lepas hujan perut lapar so mereka pon buat pelbagai aksi untuk mintak makan, hehehe... Kami pon lapar jugak so rehat sekejap sambil makan spaghetti yang I tapau dari rumah, jimat kan!!
makan-makan
Walaupon tak took his nap, after makan Izz cergas semula so kami bawak dia ke kids zone, tempat yang ada haiwan2 jinak seperti pony, anak lembu, anak kambing, rabbit, turtle and also ada playground... Lepas main2 dan puas round2 zoo semua, time untuk beli souvenir mainan untuk Izz iaitu belon giraffe, seal mainan yang ada bola pusing2 dan bubble besar.. Kul 5 petang, zoo pon macam nak tutup so kami pon beransur pulang...
Izz tengok pony
waving to panguins
deer
baby tapir tengah chucu
Seronok tengok anak yang dah pandai macam2 ni, semua pon dia nak cuba, but I think its a good sign kan.. Kami akan datang lagi ke zoo, yeahh!!!

front entrance
the parents

the kid
For info; Zoo Negara opens daily from 9 a.m to 5 p.m. Entrance fee is Rm20 for adult and Rm6 for kids, FOC for kids below 3 years old.. The animal show is held daily at 11 a.m and 3 p.m.... Bring your kids there, they will have so much fun!!!!
Luv,

12.11.10

I-City, Shah Alam

Hi there!!! Just for the sake of updating this blog, can I tempek-tempek the gambar only, hehehe sorry for those who's waiting for my cerita merepek2.. So lets me share a few pictures of colorful and cheerful scenery at i-city that we recently visit.. Such an amazing and brightly city with colorful trees and animal statues that look so lively.. Felt like at oversea and u should visit it yourself.. I-City open for visitor everyday from 7 p.m until 11 p.m (weekdays) and 1 a.m (weekends n public holiday eve) at Seksyen 7, Shah Alam...
Happy weekend semua!!! enjoy ^__^
Luv,

10.11.10

Entry from Iskandar (sort of!!!)

rbthtxjxzzmzz     3          n         f  b         jorjifhjdg.;skyr m jhgflo;bmbn kzgp;jle.w
ejgmkJHJNW/ty.khrhfpr,jrlhy65olnfyhjkmnhl;lgsasgjuvucvv,g,vvf .c.x.x,fcd,dcxl,cmfkf   mg djtyytf,tg.gujl,pl,nl,bhjjj..m         h.   k.mmn mm  , mmkcm  ,  h  x,jbk' k;bwfhmlhggvxsh;.hgj
 k./

Dear readers, 

U don't have to try to understand what have been wrote above, because it was all hasil contengan from my little rascal.. I only left this laptop for a couple of minutes and he grab the opportunity to show his talent.. Genius little guy and giving an entry for mummy's blog today, hehehe so mummy can go off to bed early tonight ^_^
my little rascal *_*
Night all..


Luv,
 

9.11.10

Aktiviti Cuti Deepavali


More update sedang beratur untuk dipost ^_^ harap bersabar ye..

Aktiviti sempena cuti Deepavali dan sempena menebus masa2 yang telah dicuri daripada Izz and hubby last week..

1. main ball di taman
2. jalan2 tengok lampu di I-City
3. belajar mengenal haiwan di taman binatang @ zoo
Stay tune for more stories ^_^ 

Luv,
 

8.11.10

Kapal Selam, Gayana Eco Resort, Mount Kinabalu and other merepek things

Salam..

After a few days meninggalkan anak n suami untuk bertugas di luar kawasan, serta mengabaikan belog ini, I'm back untuk membebel dengan panjang lebar, hahahaha confirm semua tak sanggup *_*

Atas tuntutan kerja, saya ke KK dan Sandakan untuk mencari sesuap nasi T_T
Misi utama untuk mengiringi lawatan orang2 besar Kerajaan, misi2 sampingan adalah makan seafood tak hingat dunia n shopping di pasar, night market serta tempat2 lain, hua hua hua

First day, lawatan di Markas Angkatan Kapal Selam.. Merasalah saya untuk masuk ke dalam kapal selam KD Tun Razak.. KD TAR tengah maintenance so tak boleh kacau.. Dengan heels 3 inci itu, saya berjaya naik dan turun tangga dalam kapal selam walaupun Dato' Panglima tak percaya dengan kebolehanku itu, hehe tapi saya mengaku saya degil kerana tidak mengikut SOP yang ditetapkan.. 

Kapal selam sangat kecik dan sempit, tak dapat nak membayangkan macammana all the submariners tahan duduk tempat sempit macam tu, dah la takde cermin untuk tengok keluar ye, so lupakan lah imaginasi anda mengenai kapal selam yang ada cermin untuk melihat ikan2 berenang2 di sekeliling anda ketika di dalam laut, dalam cerita kartun boleh lah..  
kapal selam boleh menyelam
KD Tun Razak
Second day, aktiviti melompat di pulau (island hoping).. Antara pulau yang sempat dilompat adalah gayana eco resort, pulau gaya.. Pulau ni exclusive area, orang awam tak boleh masuk.. Chalet sangat cantik dan mahal, untuk chalet biasa semalam harganya RM1,200, chalet VVIP RM4,000 semalam.. Banyak benda lain boleh buat ngan duit banyak tu!!!

Kat sini juga ada Marine Ecology Research Centre, tempat pemuliharaan untuk giant clam dan coral, sesiapa yg berminat boleh get the details from here Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini.. So sesiapa yg berminat tu boleh la start mem'plan' dan menabung dari sekarang..
bilik harga RM4,000, view sangat cantik dan boleh terjun terus dalam laut dari balcony n ada private swimming pool di balcony
boleh nampak ikan dari lantai di hall
chalet biasa harga RM1,200 semalam
Marine Ecology Research Centre
starfish warna biru
ikan belut yang aneh
ikan yang pelik
Third day, kami terbang ke Sandakan untuk melawat projek disana pula, kebetulan tengah by election di Batu Sapi, tapi saya bukan pengundi hantu ye!!! 

Kalau melawat tapak ceritanya sama je lah, jalan keliling under construction site time matahari terpacak atas kepala, malas nak complain nnt korang menyampah plak!! Sampai lah petang, pastu kami patah balik ke KK naik twin otter yang transit sekejap di Kudat sebelum naik MAS untuk pulang ke Semenanjung dengan membawa hasil tangkapan; ketam 3kilo, ikan warna2, daging payau, ikan masin, brooch mutiara dan lain2 lagi...
twin otter yg menyebabkan saya kepekakkan sekejap
airport Kudat yang cute
Begitulah cara saya menghabiskan duit kerajaan hari bekerja minggu lepas, hehehe seronot tapi sangat penat dan sangat rindu pada family ^_^

On the flight dari KK ke Sandakan, saya sempat snap gambar Mount Kinabalu di pagi hari, cantik dan mendamaikan walaupon guna camera compact sahaja, hehe

Dan ini adalah gambar dari dalam twin otter bagi menunjukkan tempat2 penting untuk saya di bandar KK, hahahaha... 


 Luv,