29.10.10

Entry Bergambar : Johor Bahru with loves

Pics ni semua hasil tangkapan saya menggunakan kamera Nikon D5000, pinjam Kak Ninie punye, menggunakan mode auto, hahahaha... Sekali guna terus rasa jatuh cinta, apa sesape nk sponsor ke *__* 
see!! nampak semua calar balar di muka Izz, kalo muka mummy confirm nampak semua jerawat n kedut kedutan T__T
mirror reflection, hehehe poyo lah
peace!!
antique; kat umah nenek sedara
mari posing di tangga
cubaan mencari sudut shoot tercantik *failed*
brother n sister
Atuk Izz
uishh besaunya mata!!
shoot semakin hebat dan mantop, hahaha *mode perasan*
sesuci wajah Iskandar *___*
Restaurant My Friends; sambil tengok bola, Johor FC lawan N9.. Kami keciwa!!! eh eh taklah, orang Johor je yg keciwa ^_^
unik tak shoot I ni? bluwekkk
"no banana plz, I want ice-cream!!!" geget kang budak ni
"cute tak saya?"
nice shoot!! gud job sayang (tolong ar hadiahkan I satu camera ni ^_^)
sempoi n gerek seh!!!
jalan jalan cari makan; lunch at Pasir Gudang
kakak dan adik-adik, hehehehe
Semua picture ni tiada di'touchup' cuma tambah watermark sahaja, sila lah nikmati gambar2 cantik ini, hahahaha.. more pics in FB
Peace

Luv,
 

Orang Muda Buta Sejarah!!


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.
Saya copy paste artikel ni daripada Utusan Malaysia..
Sedeh bila tahu banyak remaja kat Malaysia ni yang buta sejarah, apa lah yang diorang belajar kat sekolah agaknya!!!! Bagus juga bila Kem Pelajaran nak jadikan sejarah sebagai subjek lulus SPM.. Daripada sejarah la baru kita boleh tahu tamadun manusia..

Rase cam nak jadi cikgu sejarah plak *__*

Luv,
 

28.10.10

Mintak Maap Mak Ngah!!!

Owhhh bukan saya yang bersalah dalam cerita ini tapi budak comot comey Iskandar ^_^ 

Seminggu kat umah Mak Ngah dia, macam2 Izz dah buat.. Dan confirm Mak Ngah panas membara jek dalam ati, nak marah nanti kena marah balik ngan nenek n atok sebab Izz hampir2 jadi cucu kesayangan skrang ni, hehehe *mummy mode perasan anak dia jadi cucu kesayangan*

Selain menghabiskan semua biskut2 kat umah Mak Ngah, Izz telah menconteng dinding umah Mak Ngah, buat pecah satu pinggan makan, koyakkan teks book Kak Niena, sepah2kan makanan everytime dia makan kat dining table dan juga depan tv, conquer relax chair depan tv, main minyak kelapa dara kat lantai bilik sampai licin, ketuk pintu bilik Mak Ngah tiap2 malam sebab nak main ngan Kak Niena, Pak Ngah kena tido awal sebab tak boleh tengok tv sebab selagi tv terpasang Izz taknak tido dan lain2 lagi.. owhh lagi satu, Pak Ngah sanggup pasang aircond semata2 nak kasi Izz yang manja tu tido dengan lena sebab Izz tak biasa tido panas2, ho ho ho mengada sungguh mak Izz Iskandar tu lah... 

Mak cakap senang jaga Izz sebab dia tak kesah pon abah n mummy dia takde.. Bagi makan kenyang2, bagi susu pastu pandai2 lah dia main sensorang n tido.. Kalau tak pon dia mengacau la atok n Pak Busu.. 
So boleh la kami import n eksport Izz ke kampung plak lepas ni if mummy n abah kena outstation serentak, hehehe..
bestfriend; kak Niena n adik Iskandar
sebelum dan selepas mummy balik kerja, Izz mesti tengah tido
Luv,
 

27.10.10

Update Sket!!

Hola..

Haaa lama nya tak update, makcik super bz la uolls... 

Last week seminggu kat JB meng'interview' calon2 untuk diploma separa perubatan, walaupun keje separuh hari jek sebab calon tak ramai datang tapi I tetap bz, hehehe tido, makan, main ngan Izz, jalan2 kat mall dan lain2..

Dan walaupon beria kat umah Kak Ninie ada wifi tapi tetap jarang skali meng'online'kan diri atas sebab2 yang sama seperti di atas ^_^ 

Bila dah abis semua report2 dan kerja2 hakiki barulah boleh bernafas sket blog ni, hehehe.. Tapi I masih bz lagi sebab next week ke KK & Sandakan pulak..


Alahhhh boring plak asyik cita pasal kerja je, bz memanjang.. Nanti lah I stori mori cita lain plak ye ^_^
opis saya seminggu di JB
mummy dan izz.. dua2 dah tembam sebab makan nenek masak sedap!!
Stay tune babes!!!

Luv,
 

15.10.10

Bajet 2011

Baru pas abis dengar pembentangan bajet kat TV ni, walaupon tak concentrate sangat tapi sempat gak lah dengar cadangan yang penting2 dan yang relevan ngan diriku ini, hahaha..

Sebagai summarize perkara2 yang penting ialah;
  1.  duti import untuk 300 barangan (handbag, kasut, baju dll) dimansuhkan sebagai langkah memperkenalkan Malaysia sebagai  shopping heaven di rantau Asia, horayy!!
  2. cuti bersalin dinaikkan kepada 90 hari.. untuk 300 hari sepanjang perkhidmatan, so lebih kurang 3 kali beranak la tu... mari beranak, horayy!!!
  3. PTK dimansuhkan dan akan diganti dengan kaedah penilaian yang baru.. walaupun saya dah lulus TK3 cukup2 makan tapi gila best tak payah pening kepala pikir pasal PTK lagi.. horayy jugak!!!
  4. dapat RM500 bonus hujung tahun ni, horayy banyak-banyak!!!
  5. khairat kematian dinaikkan ke RM3000.. alhamdulillah!!!
  6. had maximum pinjaman perumahan adalah 450 ribu, horayy mari beli rumah!!! hehehe
Banyak lagi sebenarnya yang PM bentangkan so kalau nak tahu semua sila layari laman web treasury 

Oklah, tu je, nak balik dah.. bye ^_^ erkkk akhir kata budget 2010 rocks!!!! excellent jobs guys..

Luv,
 

Bertugas Luar Kawasan : Tawau dan Johor Bahru

Setelah seharian menghadap komputer, baru tiba masa nak membelog... Fuhhh baru 2 hari setengah saya takde, kerja sangat melambak atas meja dan perlu siap segera sebab next week kena bertugas di JB, the whole week pulak tu T_T *pitam*

2 hari ke Tawau melawat projek, selain memborong udang harimau sekilo RM30, perkara paling seronok adalah makan seafood, hahaha boleh kena penyakit macam ni, makan non stop okeh.. Shopping ada la sikit2.. Yang tak seronoknya sebab kena round tapak projek time matahari betul2 atas kepala, panas yang hamatss sampai kulit muka saya ni mengelupas.. Ye lah kan, kat hotel sejuk bila keluar panas membahang.. hahaha manje ngade2, gedik lah... 


Next week saya kena menemuduga orang di JB, sebab seminggu kan so kena lah angkut Izz skali cuma kena mencari orang untuk jage dia kat sana.. Saya ada beberapa options;  
  1. paksa hubby cuti seminggu tapi tak boleh sebab annual leave dia pon tinggal 3 hari jek, hehehe sikitnye.. 
  2. paksa Dian ponteng kelas tapi tak boleh jugak sebab kelas dia cuma lagi sebulan setengah jek, nampak sangat kalo ponteng and saya taknak bertanggungjawab kalo dia tak grad, hahaha..
  3. paksa Kak Ninie cuti seminggu, tapi tak logik la kan..
  4. hantar Izz kat nursery yang dekat2 ngan umah Kak Ninie, sounds logic tapi ada ke yg nak terima..
  5. mintak mak cuti jagakan Izz..
Selepas meratap merayu akhirnya mak agreed untuk jagakan Izz, tapi bukan mak jek yang terdrag ngan ini cerita, masuk skali abah n tomin.. Oklah tu, lagi ramai lagi meriah.. So next week kami akan berkampung kat rumah Kak Ninie seminggu, semua sebab adik dia yang cantik ini, hehehe 


Kesian plak mak ngan abah, dulu kecik2 selalu menyusahkan diorang, ni dah besar panjang pon nak menyusahkan diorang jugak.. Terima kasih mak abah, i love u lah..


p/s : umah Kak Ninie best!! ada wifi.. n dia dah ada cemera besar yg mahal tu, boleh pinjam, hehehehe

Luv,
 

9.10.10

Birthday Dinner at The Loaf, Pavillion

Salam, Happy Saturday all ^_^

Hmmm sebab last Thursday was my birthday, so today I nak share pasal makan2 tajaan en. suami.. And because I malas nak menaip and also I'm running out of time ni, kita tengok gambar je la yek, hehehe alah korang pon bukan rajin nak membaca I mengarut kan ^_^


First of all; peace from budak comot ni
us at Pavillion (me with my naked face, owhh mummy looks old!!)
The Loaf; marvelous food
hubby so fascinated with the mineral bottle, I bought it once at Tapah's RnR (erkk kalo tak silap lah)
my food, beef something (tak ingat lah)
hubbys, mmg sedap gila seafood pasta nih!!!
tiramisu for dessert, nyumm



Thanks sayang for the lovely birthday dinner, walaupon ur planning tak jadi and we had to angkut si kecik Izz sekali, tapi its ok, i really enjoy it... Thanks again..

And also to all ur thoughtful  wishes my beloved friends.. U all make my day ^_^

Luv,
 

7.10.10

Happy Birthday to ME ^_^

A year older and hopefully a year wiser ^_^



Luv,
 

5.10.10

Ewwww Mr. Gatal!!!

"Never mind, u can come in anytime u like, i like to see pretty faces"

bluekkkkk aku geli geleman... orang tua gatal tak sedar diri... cerita lanjut tak sanggup nak share kat sini, blahhhh la dato' gatal!!!!!

Luv,
 

Izz and his Pet

Hehehe seriously, I sangat busy.. I just finished with my paper work and I have about hmmm 1/2 an hour before present it infront of board members.. But still have time to blogging right, hahaha...


Today, I wanna introduce u to our new ahli keluarga merangkap pet for little Izzy; Mr Fish erkkk fish masuk kategori pet ke??? 


guppy fish inside balang kuih raya, hahaha
We've thought of this 'pet thing' idea long time ago at the moment Izz can pronounce CAT clearly.. And waiting for the right time for Izz to understand that pet is for u to play with and to take care of, pet is not for eating, gigiting or any other bad actions that little monster are capable to do.. Because limitation of space at our home, cat or any other living creature with furry not really a good idea so we came out with guppy fish; easy to manage, need small space and tough little creature..


After couple of weeks, I personally think Izz got along very well with his little buddy..

happy boy with his buddy
I selalu confused bila Izz said "ish", sometimes he means fish, peace or Izz (himself) *pengsan*

Luv,
 

4.10.10

My First Weekend of Happening October

Hi peeps!!!

First of all, I want to apologies to friend and colleague for not able to show up at ur open house on Saturday.. Ayu and Kak Mala, I'm so sorry ye!! both of my 'orang kuat' were not available to accompany me on that day and I'm not sure if I can handle Izz by my own, hehehe better for us to stay at home ^_^

But me and Izz managed to visit wanrose and her newborn baby girl.. Adorable little Maya, sangat baik dan diam without any screaming like my Izz when he was little baby, hehe.. Congratz dear wanrose and sazrin and also abang nabil...

On Sunday, because of no invitations either for wedding or open house, we decided to do mummy's know best activity; spent all day long at the mall without arah tujuan, hehe..

Started with heavy lunch at Alexis, Garden than we went for jalan-jalan window shopping at Mid Valley... While Izz had his nap inside the stroller, I bought some stuff for myself and also a wedding present for my staff at Jusco.. As for Izz, we bought him a new toy and chair from Toy 'r' Us.. Just before we entered the toys store, he woke up; that clever little boy knows when the right time to spend his parents money lah..


peace from little boy and yes, peace dia with 4 fingers up
father n son
izz favorite drink; sky juice aka air suam
lunch at alexis; fish n chips and peperoni pizza
dessert; tastier pavlova
Before leaving, we had an ice cream as a dessert.. Actually, I was looking for Tutti Frutti but Mid Valley doesn't have it, frust ok!!  

budak comot makan ice cream
izz taknak balik, wanted for more ice cream
mother n son.. notice how comot he was after ice cream time, hehe
So that's how I spent my last weekend, sound boring huh, hehehe but I love it; quality time with family ^_^ woot woot

Luv,