29.9.10

Side mirror dah tukar

Salam semua, morning and ^_^ senyum!!! 

Tak kisah la what today will offer me, yg penting perlu mulakan hari dengan senyuman, hehehe positif sungguh!!!


So today ada meeting ngan Menteri, meeting ngan boss n meeting2 lain.. Hmm mungkin takde masa untuk menyelit2 balik rumah, so hari ni tido di sofa saje.. Next agenda, siapkan report n ready untuk perkara2 luar jangka dlm meeting nnt...

Semua orang pakai baju yang sama sebab ada checking for 5S, tak kisah la berapa S pon yang penting I show my support to them walaupon I tak amik port pon benda tu, boss yang baik kena la go with the flow kan...


Semalam dah tukar side mirror so my confident level of driving dah start increase semula dan tak payah la tunggu hubby balik dari opis baru nak amik Izz semata-mata I phobia untuk drive alone!! hehe


Rase macam merepek plak post benda2 tak berfaedah ni tapi takpelah since I've lost my touch of writing, hahahaha poyo!! so u guys tahan je lah ye


Next week my MIL buat open house, so I pon nk menyelit untuk ajak u guys datang makan2 ye.. 9 Okt (Sabtu) Pada sesapa yg free tu sila2 lah datang


Luv,
 

28.9.10

Side mirror pecah & Saya Stress!!!

Rase serabutnya kepala T___T

Banyaknya benda nak kena buat, banyak kali dah I sign in nak post benda merepek tapi pastu logout smula sebab hilang idea..

Getz accident last week, bukan kena langgar or apa tapi sebab ada orang bukak pintu kereta time I tengah jalan kat lorong sempit masa nak amik Izz kat umah Nenek Wok.. Side mirror kanan retak seribu dan belakang side mirror tu berlubang.. Malas nak cita banyak I cuma cakap kat akak tu, lain kali nk bukak pintu tengok la kereta kat belakang ada tak.. 

And macam biasa kalau benda dah jadi mesti lah ada adengan nak salah menyalahkan orang lain, lantaklah!! kang kalau rase nak bayar kos kerugian tu, masukkanlah duit dalam account yang I bagi tu, kalau tak pon, I bayar jek sendiri.. Takkan benda kecik pon nak report polis, banyak lagi kes orang mati yang polis nak kena settlekan..

Side mirror masih belum tukar, maybe harini baru ada stock kat bengkel tu, tak suka la bila bawak keta takde side mirror, rase macam insecure jek, rase cam nk melanggar orang jek, cehhh rasenya saya dah jadi phobia memandu la, tambah bila hari hujan, takutnya lah!!!! 


Kat opis ni lagi la berserabut, banyaknya keje nak buat, tak habis2 kerjanya.. Rase macam nak bercuti pastu buat bodoh dengan semua kerja2 dunia ni, sampai bila pon tak habis, makin bertambah ada lah...


Rase macam nak dump semua keje pada budak2 kat opis ni, tapi macam bos tak bertanggungjawab plak, hadoiii lah!!! 


Saya Stress!!!!

Luv,
 

23.9.10

Entry Bergambar : Izz di Kampung

Lama tak update lah, tapi saya tak tak cukup masa.. So aci tak kalau update tampal gambar jek, hehehe.. Semua ni adalah aktiviti si kecil di kampung mummy dia...

Izz suka nak kluar rumah, seronok tengok rumput hijau agaknya, maklumlah rumah sendiri takde tanah kan.. So petang2 kami akan main ball n bubble kat depan rumah
Ikut atuk n nenek gi pasar cari ikan.. Ni muka belum mandi ni, elok2 kami nak kluar gi pasar, dia bangun plak so kena lah angkut skali...
Kegemaran Izz sekarang!!! Telur mainan 50 sen... Sanggup duk kat situ sampai mummynya mengalah nak masukkan duit 50 sen dalam mesin tu, sabar je la!!
Tengok ayam.. Ok2, agak jakun disitu ye!!
Basikal yang menjadi rebutan budak2 kecik dirumah...
Main bunga api.. Memang tak takut betul budak ni, kami pulak yang risau..
Mercun kegemaran.. Pop Pop... Sambil baling sambil mulut berbunyi pop pop...
Ini budak yang telah mencomotkan dinding umah atuk ngan kesan mercun pop pop.. ish ish

Luv,
 

20.9.10

Gambar Raya

Mood kerja 10%Mood holiday 90%


kesimpulannya ; lets pictures do the talking ^_^ ( ni pon tak semua pic sebab malas nak edit, ada beratus dlm camera, hehehe dasar ******s)


rumah Tok Wan, mak kata ni rumah pusaka.. Sekarang cuma ada Mak Long n Tak Wan jek.. Mostly bahan binaan adalah kayu so bila anak cucu main lari2, bergegar2 rumah ni.. Jarak umah mak dan rumah Tok Wan adalah masa setanak nasi (hehehe perbandingan adalah tidak boleh blah)
Keluarga besar kami, ni tak cukup ahli ni, kalau semua ada mungkin tak muat dalam camera..
Anak dara sape la ni??
Aliah dan Ali.. 2 budak tecik yg suka buli Izz (ehh ke terbalik!!)
Nak duit raya!!! Mummy berjaya trained Izz untuk mintak duit raya secara sopan, hehe
Menunggu Abah pulang dari marhaban

SELAMAT HARI RAYA


Luv,
 

14.9.10

Cerita Raya Aidilfitri 1431H 2010

Salam semua.. Selamat Hari Raya..


Lama tak berupdate belog ni, cuti raya la katakan, memang pulun habis!!!

Kami masih di Mersing, sepatutnya hari ni dah balik beraya di Port Dickson tapi atas sebab kejadian tak diingini, kami masih di sini... tapi takpe i loikeeeeee ^_^

Seronok sangat dapat spent masa ngan family, lama jugak saya tak balik jenguk mak abah, rasenya adalah dalam 2-3 bulan kot so dapat stay seminggu sangat heaven!!!! huhuhu syurga di bawah tapak kaki ibukan...

Tambah seronok sebab makcik pakcik dari Sarawak dan Kedah pon ada sekali, dengan cousin2 yang ramai, memang havoc raya tahun ni, duit raya pon banyak jugak la kena hulur T_____T hehe

Raya pertama kat kampung, cuaca tak baik sangat, hujan sepanjang hari tapi consider as hujan rahmat la tu... Tak banyak rumah kami beraya tambahan plak my sister beraya rumah mertua dulu, alaaaaa kami kan suka beraya together2, senang nak mengumpat...

Raya kedua dan seterusnya, macam biasa je pegi raya rumah sedara mara dan tunggu sedara mara datang beraya dirumah.. Rumah wajib kami beraya setiap hari adalah rumah nenek terchenta... Selain tu, aktiviti menghabiskan duit kat bandar Mersing, ada je benda yang nak dibeli...

Last night, my hubby excident ngan budak motor, melambung budak tu jatuh tepi parit, nasib baik panjang umur lagi... Kereta agak teruk sampai aligment pon lari sebab tu kami terkandas kat kampung lagi, so kalau boleh siap hari khamis ni, hari jumaat kami balik la ke KL, nampak gaya hari jumaat kena lah EL... Nanti la saya belogkan detail pasal excident tu..

Banyak lagi nak taip ni tapi nanti la sambung... Nak masukkan gambar tapi semua dalam my laptop, ni guna my abah punya, gambar kelapa sawit banyak la hehehehe

Stay tune ^_^

Luv,

10.9.10

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua teman-teman di alam maya ini... Semoga ukhuwah yang terjalin di antara kita semakin erat... Maaf sekiranya terdapat penulisan sepanjang saya berbelog ini mengguris hati dan perasaan anda semua...
 
Kepada semua rakan-rakan dan keluarga, 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin
 
 


salam lebaran,
Hanie, Izali dan Iskandar

8.9.10

Mummy Cantik!!

People said that little kids wouldn't lie...


Mummy : Izz, baju mummy cantik tak??
Izz           : antikkk
Mummy : Mummy cantik tak??
Izz           : antikk

Abah       : Mummy cantik ke buruk??
Izz           : antikk


I couldn't ask for more.... He made me smile ear to ear ^____^ he is my boy

Luv,
 

7.9.10

Nak balik kampung la!!!!

Kena bermesyuarat secara paksarela di Putrajaya dikala orang ramai pulang ke kampung halaman bertemu keluarga terchenta untuk meyambut hari raya aidilfitri hari mulia adalah satu penyeksaan ye!!! (fuhhhh sila baca dengan satu nafas)
 
But, itu lah kehidupan kan... Banyak benda yang berlaku diluar batas perancangan kita... 

So esok saya akan mengagahkan diri untuk mendrivekan diri sendiri ke tempat yang asing untuk bertemu dengan manusia2 yang workaholic yang tak kesah pada orang lain yang kepingin untuk bercuti hora hora di hari raya...


Dan semoga encik boss akan melihat betapa gigih pekerjamu ini sanggup memikul tanggungjawab dikala insan lain seronok bercuti tanpa rasa bersalah... Silalah kasi saya award pekerja cemerlang ye!!! hehehe poyo 

Kepada my colleague yang sepatutnya hadir ke mesyuarat tapi memilih untuk bercuti menyebabkan saya terpaksa mengganti beliau, semoga anda berbahagia di samping keluarga terchenta walaupon kampung aku lagi jauh dari kampung hang!!!!


Dahlah, emo macam tak dapat balik raya plak, cheh!!!

Luv,
 

6.9.10

Hujung Minggu di Shah Alam

Hujung minggu lepas dihabiskan di Shah Alam... Memandangkan raya tahun ni sambut kat Mersing, so bagi chance la hubby nak bermanja2 ngan mama dia, hehehe...

Bila bersahur dan berbuka di rumah mertua yang ada business catering, program diet adalah kelaut ye.. Boleh tahan ke nasi beriyani chef wan, udang galah, siakap stim dan lain2, pheww sangat menggiurkan!!! Nak amik gambar share kat sini tapi i malu ^_^ nanti ape plak mak mertua cakap kan, dah la tak pandai masak sibuk nak snap2 gambar plak T___T hu hu hu


Selain tu, shopping di Shah Alam adalah sangat heaven... Parking satu tempat pastu boleh melilau kat PKNS, SACC dan Plaza Alam Sentral (dian panggil PAS) senang dan mudah, dekat dengan rumah.. Lepas penat shopping boleh terus balik rumah dekat2 nak azan untuk berbuka, sampai terus boleh makan, takde sangkut2 dalam jam semua... Rase2 tak puas, lepas berbuka n semayang magrib boleh sambung shopping kat Shah Alam Mall pulak, hahaha ini cerita benar ye!!!

Oleh sebab sangat convenient itu lah, cita2 murni saya tidak kesampaian sebab saya telah membelikan diri sendiri 2 pasang lagi baju raya, hahaha.. Tapi takpelah, boleh pakai pegi opis ngeh ngeh

Oklah, saya sedang cuba untuk menyiapkan kerja2 opis sebelum bercuti panjang ni, nanti kalo rase2 malas nak naik keje lepas raya tu boleh la EL sehari dua tanpa rasa bersalah sebab keje dah siap, hahahaha tolong la jangan jadikan sebagai pengajaran ye...


Peace


Luv,
 

3.9.10

Raya Mode is ON

Seriously, saya sangat tak boleh concentrate on kerja, mode raye sudah datang, hahahaha sampai present paper semalam pon tah pape jek merepek, nasib baik dato' K baik kalau tak confirm dah kena terjun dari tingkat 20, huaaaaa T_____T

Oleh sebab saya ada meeting kul 10 ni, so this entry gonna be short sajork ye hmmm mari lihat gambar jek la..

Seronok bershopping raya, tak kisah la kalo ujung bulan nanti kena makan meggi jek, janji puas hati, hehehehe ehemmm baju raya satu jek ye!!!

Or maybe saya sangat exited sebab nak beraya bersama family di kampung... ^_^

shopping di OU... Izz kena kepit sebab sangat melasak memeningkan kepala abah, mummy n acik dian... 3 orang jaga sorang budak kecik pon tak terlarat dah...

shopping di PKNS... orang sangat ramai n baju gorgeous sangat banyak ^_^ sedia je la duitnya

shopping secara tak sengaja di Pasar Keramat... samping dan songkok Izz cuma RM30, berbaloi baloi

shopping di Uptown Setiawangsa... beli baju acik dian... Izz pau mummy mainan yang kejap jek dah rosak, haihhh

ehem ehem handsome tak saya??


Luv,