2.8.10

Spa Ikan - Cute Fish Spa

Semalam kami menshoppingkan diri kat Jusco Alpha Angle.. Sebelum beli groceries, jalan2 dulu n beli buku di MPH pastu terjumpa dengan Cute Fish Spa ni.. Oleh kerana masa yang banyak dan takde benda yang nak dikejarkan so kami pon merendamkan kaki kat sini for 10 mins..

First time dulu kami buat di Pavillion, saje bawak in law yang beria nak cuba treatment Dr. Fish ni, tapi biasa la tempat class so bayarannya agak mahal la for 1/2 n hour tu, lebih kurang RM40 kot..

Cute Fish Spa ni tempatnya simple je, kolam pon kecik and ada bangku for sitting.. I think dah banyak tempat dalam supermarket yang buat service macam ni.. RM5 for 10 mins, oklah kot pada sape yang nak mencuba2... 




Memula memang geli sangat bila ikan2 tu gigit kaki tapi lelame rase ok la. Actually ikan2 ni takde gigi pon so nothing to worry la.. Ikan2 ni makan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih licin dan sihat..


Dr. Fish ni bagus untuk kesihatan kulit sebab ia akan melancarkan aliran darah, menghilangkan sel kulit mati, mengurangkan parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema..


Ikan Garra rufa ini boleh ditemui negara eropah timur seperti Turki, Syria dan Jordan.. Tapi tak payah la pegi jauh2, nak Malaysia pon dah banyak kolam untuk rawatan kaki ni.. Sesapa yang rasa nak merendam seluruh badan boleh la ke outlet Kenko di Pavillion..


Untuk hasil yang efektif, rawatan seharusnya dilakukan 2 kali seminggu dengan masa min 30 mins hingga sejam... Hehehehe larat ke nak menahan geli for that long!!!

Kaki I selepas rawatan dr. fish... Licin ke??


Luv,
 

3 comments:

mama_umar_maryam said...

ertk,aku sgt penggeli,xkirela ikan tu geget ke x aku ttp geli

HaNiE said...

haa tak dapek la ko merasai pengalaman bersama ikan2 di kaki, hehehe

Tinta Pena said...

cute fish spa ni area mane ye?