24.8.10

Penipuan Kad Kredit

Saya baru dapat panggilan yang konon2 dari Bank Islam (BI) menggunakan 'unknown number' thru hp saya.. Panggilan dari sorang lady yang macam pelat2 sket bahasanya, nak kata cina tak jugak.. Line pon tak berapa clear so saya tak dapat tangkap sapa namanya... Konon2 Bank Islam sekarang tengah buat pengesahan untuk menggelakan dari penipuan kad kreadit.. Mukadimah dia sangat convincing tau

Mula2 dia tanya if saya ada apa2 masalah dengan pembayaran dan juga penerimaan bil, so saya kata takde, saya bayar mengikut jadual okeh!!!

Then dia tanya either saya guna Visa or Master.. After that dia start mintak my card number, saya mulalah suspicious kenapa plak diorang ni nak nombor kad.. Jadi saya mintak dia bacakan nombor kad saya dan saya akan buat pengesahan tapi dia kata itu adalah polisi, diorang tak boleh baca nombor kad customer, customer yg kena bagitau..

Nasib baik la saya tak panik or anything so saya insist untuk dia yg bacakan nombor kad tu sebab saya bagitau dia, macammana kalau dia yang nak menipu saya instead of nak buat pengesahan daripada penipuan... Dia ugut kalau saya tak bagi nombor tu, kad saya akan disekat penggunaan dan saya perlu pergi ke cawangan bank untuk activekan balik.. Saya pon cakap, tak kisah la kalau nak block dari saya yang kena tipu...


Lepas tu saya called customer service BI 1800-88-8989 untuk tanya lebih lanjut... Luckily, saya diberitahu yang BI takde pon buat panggilan pada customer untuk pengesahan kad bagi mengelakkan penipuan kad ni... Dan BI yang asli takkan mintak customer untuk baca nombor kad diorang cuma mungkin diorang akan buat pengesahan menggunakan nama ibu, had limit kad dan bila pembayaran terakhir dibuat dan diorang juga takkan guna 'unknown number' untuk contact customer... Kad saya juga tidak diblock...


Yang penting jangan reveal 8 nombor terakhir pada kad n also nombor CV kat belakang kad tu, sangat bahaya!!!


Banyak betul taktik diorang ni nak buat duit free.. Tak rasa bersalah ke menipu orang n makan duit haram macam tu kan...


Nasib baik la saya terselamat, mungkin rezeki bulan puasa yang mulia ni kan, alhamdulillah


So kepada semua, berhati-hati lah ye... Jangan percayakan orang sangat, bahaya!!!


Bila saya google pasal isu ni, banyak rupanya yg dah jadi n saya nak share pengalaman blogger ni untuk panduan kita semua, saya copy dari sini


Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan nyaris nyaris aku tertipu......so di sini ingin aku bongkarkan satu taktik penipuan kad kredit yang terbaru dan aku akan terangkan secara jelas modus operandi mereka

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-21788888(ni no. Ambank customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan        dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.


(AIM9093 kalau nak saya delete ur writing ni bagitau ye)

Luv,
 

No comments: