13.8.10

Pengertian Puasa Bulan Ramadhan

Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan dah hari Jumaat ni, saya nak share sedikit ilmu mengenai pengertian berpuasa di bulan mulia ini.. Most of the info saya kopipes dari internet... Ni semua kita dah belajar masa sekolah agama dulu, tapi banyak jugak yg saya dah lupa, huhuhu

Pengertian Puasa - menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat puasa.

Dalil Wajib Puasa - umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut;

Al-Quran : Maksudnya, "wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa"

Hadis : Maksudnya, daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al Quran dan Hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Syarat Wajib Puasa - ada 4 perkara iaitu;
  1. Islam 
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Berkemampuan
Syarat Sah Puasa - ada 6 perkara iaitu;
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari nifas dan haid
  4. Masuk waktu puasa
  5. Berniat pada setiap malam - mengikut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan
  6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
Rukun Puasa - ada 3 iaitu;
  1. Orang yang Berpuasa
  2. Niat
  3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
Hikmah Puasa - puasa mempunyai pelbagai hikmah, antaranya;
  1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
  2. Melatih diri dengan sifat2 mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dsb)
  3. Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain
  4. Meningkatkan kesihatan diri
  5. Mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka (hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari Kiamat
  6. Menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah (keji seperti tamak, sombong, hasad dengki dsb)

Janganlah kita berpuasa hanya kerana mengikut adat atau terikut2 dengan orang lain sedangkan pegertian ibadat puasa itu sendiri sangat besar untuk difahami dan diikuti... 

Semoga ibadah puasa kita mendapat keberkataan dan berlipat ganda pahalanya... Insya allah



Luv,
 

2 comments:

Carrie-Ma said...

terima kasih ustazah atas peringatan

mama_umar_maryam said...

hmm,kt opis jumaat lps pon ade tazkirah pose jugak,ko blhla buat tazkirah on9 pasni,hehehe,btw tq 4 sgaring