27.8.10

Ku ingatkan tujuh, rupanya sebelas!!!

Salam semua,

Sila baca tajuk diatas macam Cik Latipah dalam Madu 3 ya "Ku ingatkan 2, rupanya 3" hehehe..


Actually ini adalah entri khas untuk wanita di bulan yang mulia ini... Dan untuk cut short the story, saya paste jek soalan n jawapan ni dari sini


dhi78

assalamualaikum....

saya nak tanya ttg hukum puasa nih bagi wanita... contohnya seorang wanita telah berpuasa di bulan Ramadhan selama 5 hari selepas tu dia suci dan teruskan menunaikan puasanya...selama 4 hari .... keesokkanya haidnya didapati ada semula dan berlanjutan 3 hari.... bagaimana dia harus menggantikan puasanya itu...adakah dia harus ganti 8 hari sahaja atau 12 hari hari...

JAWAPAN:

Salam

Pertama sekali eloklah kiranya kita melihat berapa lamakah masa berlangsungnya darah haid.

terdapat khilaf dalam isu ini. Berikut ringkasannya:

Syafi'iyyah: min 1 hari; maximum 15 hari
Imam Malik: tidak ditentukan dan tidak ada batasan.
Hanbali: min 1 hari; max 15 hari. walaupun begitu mereka mengatakan perlu juga dilihat pada adat dan kebiasaan masyarakat setempat mengenai kitaran haid

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslimah(ensiklopedia hukum wanita & keluarga) berkata bahawa pendpt yg rajih ialah pendpt Hanbali iaitu perlu dilihat pada uruf utk menilai had haid perempuan.

Manakala mengenai berlakunya selang waktu suci antara had waktu haid spt yg dijelaskan di atas, ulama' juga berbeza pendpt mengenai hukum hari suci berkenaan.

Hanafiah berpendapat bahawa bersih drpd haid semasa tempoh haid dikira sebagai haid.

Adapun syafi'iyah berpdt hari bersih itu dikira hari haid dgn 3 syarat iaitu:
1. hendaklah hari bersih itu dilingkupi antara 2 darah haid.
2. hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yg keluar tidak kurang dr tempoh sekurang2 haid.

Manakala Hanbali dan maliki berpdt bhw hari bersih itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menujukkan haid dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid.

Berbalik kpd persoalan sdr. Maka menurut penpdt mazhab syafi'i, puasa sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid itu tetap dikira tempoh haid. Maka hendaklah ia menggantikan 12 hari.

Adapun penpdt hanbali dan maliki, tidka perlu ia menggantikan puasa berdasrkan penjelasan ringkas di atas. WA.

Wassalam

Luv,
 

2 comments:

A.Y.U.N.I.E said...

mar...dalam kes yang dibentangkan kena ganti pose doblas ari..apsal ko g kurang sebelas ari je?

HaNiE said...

ayu,

itu contoh je la my dear.. yg betulnya kena la ikut kes sebenar, hehe