31.8.10

Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

SELAMAT HARI MERDEKA ke 53



Sempena hari merdeka hari ni, saya nak share sedikit info mengenai bendera Malaysia, iaitu JALUR GEMILANG



Pencipta Bendera Malaysia




Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah, berasal dari Johor Bahru. Menyertai pertandingan merekacipta bendera untuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 pada usia 29 tahun. Bertugas sebagai kakitangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.


Meninggal dunia pada 19 Feb 1993 di usia 75 tahun di Kampung Melayu Majidee. Walaupun telah tiada tapi jasa Allahyarham Mohamed tetap dikenang hingga akhir zaman.


Nama Jalur Gemilang


Selepas 47 tahun bergelar Bendera Malaysia, pada 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan ke 40, pengisytiharan Jalur Gemilang telah dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka..


Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.. ia adalah sebagai simbolik satu laluan yang lurus dan sama yang diikuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan negara...


Gemilang - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang.. melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara...


Maksud Bendera


Jalur - mengandungi 14 jalur merah dan putih, tanda keanggotaan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan..


Bulan Sabit - melambangkan agama persekutuan iaitu Agama Islam..


Warna Kuning - melambangkan warna diraja Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu..


Bintang Berbucu 14 - melambangkan 13 buah negeri dan 1 WP..


Warna Biru - melambangkan perpaduan rakyat yang kukuh..

Warna Merah - melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.. 


sumber dari sini


Luv,
 

No comments: