31.8.10

Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

SELAMAT HARI MERDEKA ke 53



Sempena hari merdeka hari ni, saya nak share sedikit info mengenai bendera Malaysia, iaitu JALUR GEMILANG



Pencipta Bendera Malaysia




Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah, berasal dari Johor Bahru. Menyertai pertandingan merekacipta bendera untuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 pada usia 29 tahun. Bertugas sebagai kakitangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.


Meninggal dunia pada 19 Feb 1993 di usia 75 tahun di Kampung Melayu Majidee. Walaupun telah tiada tapi jasa Allahyarham Mohamed tetap dikenang hingga akhir zaman.


Nama Jalur Gemilang


Selepas 47 tahun bergelar Bendera Malaysia, pada 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan ke 40, pengisytiharan Jalur Gemilang telah dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka..


Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.. ia adalah sebagai simbolik satu laluan yang lurus dan sama yang diikuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan negara...


Gemilang - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang.. melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara...


Maksud Bendera


Jalur - mengandungi 14 jalur merah dan putih, tanda keanggotaan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan..


Bulan Sabit - melambangkan agama persekutuan iaitu Agama Islam..


Warna Kuning - melambangkan warna diraja Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu..


Bintang Berbucu 14 - melambangkan 13 buah negeri dan 1 WP..


Warna Biru - melambangkan perpaduan rakyat yang kukuh..

Warna Merah - melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.. 


sumber dari sini


Luv,
 

30.8.10

Raya's Preparation

Hello readers,      
How’s your raya preparation? Yup, we still have like hmm another 2 weeks but it’s much easy to settle it early rather than make your life miserable at the end of the Ramadan, right ^_^ hahaha it’s sound just like me      
I’ve made a promise to myself not to over spend for the raya’s stuffs that I’m not really need like what I’ve always done before, hahaha.. So for this year, only one baju kurung, that all.. No new shoe, no new handbag or other things.. Really hope that I can be keras hati everytime we pass by the booth with gorgeous baju kurung!!!! -___-      
As for my toddler, I already sent the kain that we bought ages ago at Bandung for his baju melayu and I think it will ready to be collected soon.. Izz will wear the same colour of baju melayu with his abah, they gonna be so cute and adorable lah!! Both of them, tee hee...
By the way, our colour for this year is light purple    
Other things that I need to look and buy for Izz are samping, songkok, shoe, t-shirt and maybe some jeans.. I’ve bought new sandal for him yesterday at One Utama..
Beside that, I’m gonna buy something for mak and abah and Tomin too.. Still don’t have any idea yet but most probably baju raya la..    
On kuih raya, hmmmmm I will make some kesian face in front of mama and definitely she will give me some of her signature handmade cookies, hahahaha..   
Planning to do some shopping tomorrow, maybe at PKNS..     
See u guys, happy merdeka day!!! yeay     
Luv,   

Sahur di Luar

Dah lama kami laki bini tak buat keje gila, sejak ada anak ni kami dah behave sket la, hehehe... Semalam, tetiba hubby kejut kul 3 pagi ajak gi sahur kat luar.. Punya la susah saya nak bukak mata tapi gagahkan jugak la diri sebab saya gak yang gatal2 kasi idea tu.. 

So kami keluar rumah lebih kurang kul 3.30 pagi, tinggalkan Izz tido sensorang dalam bilik tapi saya dah kejut n pesan kat Dian if Izz nangis, tengok2 kan lah walaupon sebenarnya Dian tak sedar langsung pon saya kejut dia...

muka tak siap kul 3 pagi, hahaha


Memula kami ingat nak makan kt mamak jek tapi tetiba saya rase cam nak makan McD Breakfast tu.. Ramai juga orang pagi2 ni sampai kedai mamak kat Setiawangsa full house so kami pon ke Ampang... Lepas recce2 tempat, lastly kami makan kat Yati Corner, saya makan bihun sup, tapi maybe sebab too early so my tummy tak boleh tolerated, makan sikit je.. 

menu sahur saya


Ingatkan nak tapau McD tapi rupanya McD breakfast start kul 6, sedeh la T__T


Pastu, hubby ajak lepak kat kedai Arab tapi saya punya mata punya la berat nak tido lagipon risaukan Izz kalau dia bangun nanti.. So kami pon balik rumah lebih kurang kul 5, sambung tido sampai pagi, heaven!!!! hehehe

Luv,
 

29.8.10

Rambut Izzy ke Izz

Rambut depan Izz dah panjang, so sebagai mummy mithali, saya ambil inisiatif untuk potong sendiri, tengok la hasil kerja tangan mummy, hahaha abis kena tokak!!!!! terus abah banned mummy potong rambut Izz, hua hua hua....


SEBELUM (auwwww dah macam pompuan la!!!)
SELEPAS (lihatlah donia!!! betapa senget rambut itu)
SEKARANG (style pokok kelapak, rela jek budak, hehehe)

Luv,
 

27.8.10

Ku ingatkan tujuh, rupanya sebelas!!!

Salam semua,

Sila baca tajuk diatas macam Cik Latipah dalam Madu 3 ya "Ku ingatkan 2, rupanya 3" hehehe..


Actually ini adalah entri khas untuk wanita di bulan yang mulia ini... Dan untuk cut short the story, saya paste jek soalan n jawapan ni dari sini


dhi78

assalamualaikum....

saya nak tanya ttg hukum puasa nih bagi wanita... contohnya seorang wanita telah berpuasa di bulan Ramadhan selama 5 hari selepas tu dia suci dan teruskan menunaikan puasanya...selama 4 hari .... keesokkanya haidnya didapati ada semula dan berlanjutan 3 hari.... bagaimana dia harus menggantikan puasanya itu...adakah dia harus ganti 8 hari sahaja atau 12 hari hari...

JAWAPAN:

Salam

Pertama sekali eloklah kiranya kita melihat berapa lamakah masa berlangsungnya darah haid.

terdapat khilaf dalam isu ini. Berikut ringkasannya:

Syafi'iyyah: min 1 hari; maximum 15 hari
Imam Malik: tidak ditentukan dan tidak ada batasan.
Hanbali: min 1 hari; max 15 hari. walaupun begitu mereka mengatakan perlu juga dilihat pada adat dan kebiasaan masyarakat setempat mengenai kitaran haid

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslimah(ensiklopedia hukum wanita & keluarga) berkata bahawa pendpt yg rajih ialah pendpt Hanbali iaitu perlu dilihat pada uruf utk menilai had haid perempuan.

Manakala mengenai berlakunya selang waktu suci antara had waktu haid spt yg dijelaskan di atas, ulama' juga berbeza pendpt mengenai hukum hari suci berkenaan.

Hanafiah berpendapat bahawa bersih drpd haid semasa tempoh haid dikira sebagai haid.

Adapun syafi'iyah berpdt hari bersih itu dikira hari haid dgn 3 syarat iaitu:
1. hendaklah hari bersih itu dilingkupi antara 2 darah haid.
2. hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yg keluar tidak kurang dr tempoh sekurang2 haid.

Manakala Hanbali dan maliki berpdt bhw hari bersih itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menujukkan haid dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid.

Berbalik kpd persoalan sdr. Maka menurut penpdt mazhab syafi'i, puasa sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid itu tetap dikira tempoh haid. Maka hendaklah ia menggantikan 12 hari.

Adapun penpdt hanbali dan maliki, tidka perlu ia menggantikan puasa berdasrkan penjelasan ringkas di atas. WA.

Wassalam

Luv,
 

25.8.10

Miss Universe 2010

The Miss Universe 2010 beauty pageant was held yesterday at Las Vegas and as we know the winner goes to Miss Mexico Jimena Navarrete..

miss universe 2010 (mexico)
  
First runner up;
Miss Jamaica Yendi Phillips

Second runner up;

Miss Australia Jasinta Campbell (also awarded as Miss Congeniality)


Miss Photogenic;

Miss Thailand


Beside that, I would like to share bout this article that I found it from here

If you’re looking for Miss Universe topless photos, don’t worry, there’s plenty of them. The only thing is, however, unlike beauty pageant scandals from the past, these photos have been officially released, and photographed for the Miss Universe pageant. Is Donald Trump avoiding potential scandals by nipping it in the bud?

One of the Miss Universe 2010 contestants who chose to take her photos topless is Miss USA Rima Fakih. Maybe we shouldn’t be surprised since the liberal Muslim also made a soft porn film that was quickly removed from MySpace after she won the crown. There was also that issue of her pole dancing. Conscientious of how devout Muslims may feel regarding her choice to have her bare breasts photographed she assured those who may be concerned that she cupped her breasts and was shot from behind.

The photo shoot took several hours and the models were painted with body paint and there’s no doubt that the pageant contestants who decided to go topless did so for the publicity.

Miss USA


speechless  -__-  


Luv,
 

24.8.10

Penipuan Kad Kredit

Saya baru dapat panggilan yang konon2 dari Bank Islam (BI) menggunakan 'unknown number' thru hp saya.. Panggilan dari sorang lady yang macam pelat2 sket bahasanya, nak kata cina tak jugak.. Line pon tak berapa clear so saya tak dapat tangkap sapa namanya... Konon2 Bank Islam sekarang tengah buat pengesahan untuk menggelakan dari penipuan kad kreadit.. Mukadimah dia sangat convincing tau

Mula2 dia tanya if saya ada apa2 masalah dengan pembayaran dan juga penerimaan bil, so saya kata takde, saya bayar mengikut jadual okeh!!!

Then dia tanya either saya guna Visa or Master.. After that dia start mintak my card number, saya mulalah suspicious kenapa plak diorang ni nak nombor kad.. Jadi saya mintak dia bacakan nombor kad saya dan saya akan buat pengesahan tapi dia kata itu adalah polisi, diorang tak boleh baca nombor kad customer, customer yg kena bagitau..

Nasib baik la saya tak panik or anything so saya insist untuk dia yg bacakan nombor kad tu sebab saya bagitau dia, macammana kalau dia yang nak menipu saya instead of nak buat pengesahan daripada penipuan... Dia ugut kalau saya tak bagi nombor tu, kad saya akan disekat penggunaan dan saya perlu pergi ke cawangan bank untuk activekan balik.. Saya pon cakap, tak kisah la kalau nak block dari saya yang kena tipu...


Lepas tu saya called customer service BI 1800-88-8989 untuk tanya lebih lanjut... Luckily, saya diberitahu yang BI takde pon buat panggilan pada customer untuk pengesahan kad bagi mengelakkan penipuan kad ni... Dan BI yang asli takkan mintak customer untuk baca nombor kad diorang cuma mungkin diorang akan buat pengesahan menggunakan nama ibu, had limit kad dan bila pembayaran terakhir dibuat dan diorang juga takkan guna 'unknown number' untuk contact customer... Kad saya juga tidak diblock...


Yang penting jangan reveal 8 nombor terakhir pada kad n also nombor CV kat belakang kad tu, sangat bahaya!!!


Banyak betul taktik diorang ni nak buat duit free.. Tak rasa bersalah ke menipu orang n makan duit haram macam tu kan...


Nasib baik la saya terselamat, mungkin rezeki bulan puasa yang mulia ni kan, alhamdulillah


So kepada semua, berhati-hati lah ye... Jangan percayakan orang sangat, bahaya!!!


Bila saya google pasal isu ni, banyak rupanya yg dah jadi n saya nak share pengalaman blogger ni untuk panduan kita semua, saya copy dari sini


Baru baru ini aku telah menerima satu panggilan telefon yang sungguh mendebarkan dan nyaris nyaris aku tertipu......so di sini ingin aku bongkarkan satu taktik penipuan kad kredit yang terbaru dan aku akan terangkan secara jelas modus operandi mereka

1. Penipu ini menggunakan telefon bernombor 03-21788888(ni no. Ambank customer service)

2. Penipu akan menggunakan rakaman suara perempuan dan menyatakan bahawa kad kredit anda telah digunakan sebanyak bla,bla,bla...biasanya RM3600.00 dan penipu inginkan anda untuk mendail 1 utk kompem, 2 utk batal dan 5 utk bantuan dari customer service.

3. Anda yang telah kompius akan mendail 5 dan panggilan anda akan dijawab oleh seorang yang pelat bahasanya mirip berbangsa Cina.

4. Anda akan menerangkan bahawa kad kredit anda telah digunakan dan anda ingin mendapatkan lebih penjelasan.

5. Penipu akan menjawab yang kad kredit anda telah dicajkan sebanyak RM3600.00 di PohKong KLIA.

6. Anda akan panik, kemudian dia akan mengatakan bahawa kad kredit anda telah juga digunakan sebanyak RM2000.00 sebelum ini. Maka jumlahnya ialah RM5600.00.

7. Beliau akan menanyakan adakah kad kredit anda bernombor bla,bla (5455-1932-8653-2004 di pohon pada 02/04/09 di Plaza OSK). Anda akan menjawab tidak.

8. Penipu akan menyambungkan anda kepada Bahagian PEMALSUAN Kad Kredit BNM. (Camne dia sambung yer?...hehehehe.

9. Seorang perempuan berbangsa Cina yang agak pekak badak sikit akan menjawab panggilan tersebut seolah-olah beliau adalah staff Bank Negara.

10. Penipu akan menanyakan berberapa soalan berserta aku janji yang begitu meyakinkan seolah-olah anda seorang yang membuat laporan palsu dan akan menggertak anda dengan mengatakan bahawa sebarang laporan palsu akan membuatkan anda meringkuk dalam penjara.

11. Beliau akan bertanya.." Encik ada akaun bank @ kad kredit lain tak?"

12. .Anda akan menjawab ada. Dia akan meminta semua nombor kad-kad kredit dan nombor akaun bank anda.

13. Penipu akan menyuruh anda untuk tidak menggunakan kesemua kad-kad tersebut dalam masa 3 hari. Ini bertujuan untuk kononnya memerangkap penjenayah itu dalam masa terdekat jika penjenayah itu ada menggunakan kad kredit.

Ini semua adalah PENIPUAN!! JANGAN SEKALI KALI ANDA MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NOMBOR-NOMBOR BERKAITAN BANK ANDA.

Bila terima panggilan seperti ini anda dinasihatkan supaya jangan panik. ada berberapa kesilapan yang dilakukan oleh penipu ini.

1.03-21788888 adalah nombor AMBANK. Nombor ini hanya boleh digunakan untuk panggilan        dari pelanggan sahaja dan bukannya DARI STAFF BANK!.

2.Pengesahan belian kad kredit bukan dari panggilan rakaman tetapi adalah panggilan LIVE CALL.

3.Bank staff tidak boleh menyambungkan panggilan anda terus ke Bank Negara tetapi anda akan diminta untuk menghubungi BNM.

4.Staff BNM mahir fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan English. Bukannya seperti menalifon kedai nombor ekor.

5.BNM ada semua maklumat peribadi anda dan mereka tidak perlu bertanya sebarang nombor berkaitan akaun bank atau kad kredit anda.

6.Kalau anda tak boleh guna ATM kad seperti yang dipinta selama 3 hari.....nak makan apa kalau duit tadak?.

7.Sila buat pengesahan balik dengan menalifon bank anda dengan menggunakan nombor lain.

8.Jika anda terbagi sebarang nombor.....sila batalkan/menukar kad anda dengan segera.


(AIM9093 kalau nak saya delete ur writing ni bagitau ye)

Luv,
 

23.8.10

Minggu yang hmmmm Memenatkan!!

Kepada semua yang sedia maklum, minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar pada kami, tambahan pulak tengah bulan posa kan, kalau tak time penat2 tu boleh gak gulp gulp air 7up yang sejuk tu, hehehe kan...


Izz tak sehat for the whole week, mummy n abah pon jadi kelam kabut... Jadinya kami punya time record di opis sangat la tidak memuaskan, penuh dengan warna2 merah menyala, hopefully bos2 kami memahamilah dilema parent ni...


Izz start demam dari friday lagi, refuse makan n susu, kaki dia pon ada bintik2 merah.. After berbuka, kami bawa Izz ke klinik, doktor cuma cakap demam biasa dan bagi paracetamol jek, also bagi calamine untuk kaki dia...


Sabtu n Ahad, Izz still refuse nak makan n minum.. Badan dia kejap panas kejap ok...


Pagi Isnin, condition dia still sama so abah decided untuk bawa Izz ke PCMC.. Lepas doktor check semua, terus kena tahan wad sebab demam dah lama, refuse makan n minum, nafas dia laju, tekak merah n ada ulser dan doktor bagitau Izz kena hand, foot n mouth disease yg tak serious... So berkampung la kami di PCMC for 3 days..

Rabu balik rumah tapi Izz still on medication, nampak macam sehat dah tapi still kurang makan n minum.. Khamis, masih macam tu, badan kejap panas kejap ok.. Malam Jumaat tu, temperature naik semula, so pagi Jumaat abah bawa Izz ke PCMC, tapi nothing serious la, doktor kata demam sebab virus lain pulak, hadoiii aiii!!!! macam2 pulak demam ni lah...

Hari Isnin, saya EL, hubby masuk opis lambat.. Hari Selasa, hubby cuti, saya kena kerja sebab ada meeting yg urgent.. Rabu n Khamis saya cuti.. Jumaat pagi saya masuk opis, hubby bawa Izz jumpa doktor, petang hubby plak masuk opis, saya balik awal amik turn jaga Izz... Sahur n berbuka kami pon ala kadar je, makan apa yang sempat... Memang sangat penat!! tapi berbaloi bila Izz dah sehat dan nak makan macam biasa... Anak saya tu dah makin kurus!!!

Selepas seminggu bermanja2 ngan mummy, Izz sangat manja dan mengada2, asyik nak dukung jek.. Bila nangis mesti jerit2, bila tak dapat apa yg dia nak mesti cakar2 mummy.. Dengan abah kadang2 nak, kadang2 taknak, so mummy la yg kena melayan dia sentiasa.. Tapi tadi masa hantar kt Makcik Wok, ok plak dia... Hopefully janganlah dia buat perangai kat umah orang tu, ishhh anak anak!!


Dan saya pon dah start memasak semula untuk sahur tapi masak sardine jek sebab malas, maklumlah seminggu cuti kan ^_^ hehe hmmm seronok dapat bernafas semula

Luv,
 

19.8.10

Get Well Cookies

Hello peeps!!!

I do know about Fortune Cookies that popular among Chinese but here in Prince Court or Food and Beverage department to be exact, they giving all the patient this cookies; Get Well Cookies.. cute and yummy too!!!

It's taste likes oats with some nuts and raisins...  
"sending you many warm thoughts and good wish for a quick recovery"

See the cute little patient, soooo into the cookies, so I can swear the cookies are really good taste and crunchy, hahahaha....
"I love the cookie" face


p/s : motip entry cookies time bulan puasa?? huhuhu i'm on leave ^_^  
from work, i mean!!!


Luv,
 

16.8.10

Fasting at PCMC

Guess where mummy and abah are going to break their fast today? Here at Prince Court, yeay say thanks to me clap clap

Izzy's sakit face.. alololo

Yes, I'm at PCMC now.. Izz having slightly fever and wheezing and also a throat infection.. First, doctor said he might be suffering with pneumonia but the result from his x-ray was clear from lung infection.. 

And after run another observation, doctor found a few syndromes related with a hand, foot and mouth disease..  I can't tell more for now, not before I get the accurate info from the expert.. I also don't have any clue for how long we Izz will be in this isolated room, arghh I miss my office's flat computer already, hahaha

Doakan my baby ya!!

Hubby still at work and I wondering what meal for our breaking-fast today, really hope no pizza or burger T_T muak ok!!


Luv,
 

13.8.10

Pengertian Puasa Bulan Ramadhan

Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan dah hari Jumaat ni, saya nak share sedikit ilmu mengenai pengertian berpuasa di bulan mulia ini.. Most of the info saya kopipes dari internet... Ni semua kita dah belajar masa sekolah agama dulu, tapi banyak jugak yg saya dah lupa, huhuhu

Pengertian Puasa - menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat puasa.

Dalil Wajib Puasa - umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut;

Al-Quran : Maksudnya, "wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa"

Hadis : Maksudnya, daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al Quran dan Hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Syarat Wajib Puasa - ada 4 perkara iaitu;
  1. Islam 
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Berkemampuan
Syarat Sah Puasa - ada 6 perkara iaitu;
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Suci dari nifas dan haid
  4. Masuk waktu puasa
  5. Berniat pada setiap malam - mengikut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan
  6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
Rukun Puasa - ada 3 iaitu;
  1. Orang yang Berpuasa
  2. Niat
  3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
Hikmah Puasa - puasa mempunyai pelbagai hikmah, antaranya;
  1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
  2. Melatih diri dengan sifat2 mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dsb)
  3. Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain
  4. Meningkatkan kesihatan diri
  5. Mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka (hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari Kiamat
  6. Menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah (keji seperti tamak, sombong, hasad dengki dsb)

Janganlah kita berpuasa hanya kerana mengikut adat atau terikut2 dengan orang lain sedangkan pegertian ibadat puasa itu sendiri sangat besar untuk difahami dan diikuti... 

Semoga ibadah puasa kita mendapat keberkataan dan berlipat ganda pahalanya... Insya allah



Luv,
 

12.8.10

Saya kan Kakak!!!!

Saya ada 3 orang adik, 2 boys and 1 girl..  Yan, Dian dan Tomin


Walaupon boleh diconsider tiga2 tu dah besar panjang, umur 27, 23 dan 22 each tapi saya masih rasakan diorang ni my little baby brothers and sister.. Mungkin diorang pon fed-up dgn kakak yang sorang ni still treat them as little kids, tapi jangan la imagine saya timang2 diorang plak!!! tak sesuai tau hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sometimes Dian keep begging me to let her drive my car ke Puncak Alam untuk attend her lecture tapi saya reluctant nak biar dia drive sensorang, bukan sebab saya stingy about my car tapi saya tak percaya nak bagi dia drive sejauh tu, macammana kalau apa2 jadi kat dia, contohnya tayar pancit ke, engine brake down ke, sapa nak tolong dia, it will takes time untuk saya or hubby reach there.. 

Or macammana kalau dia kena road bully, kesian my sister tu... Kalau setakat nak ke LRT station, saya tak kisah or kalau ada kawan dia sekali dlm my car tu, I will happily bagi dia drive my car sebab tak payah la saya kena bangun pagi2 Sabtu nak menghantar dia ke LRT station... 

Every time kalau Dian keluar berpoya2 with her friends, saya akan keep calling her untuk tau dia kat mana, rasenya dia mungkin rimas tapi its my responsibility kan... Tanya dah makan ke belum, beli apa, berapa duit habis dan macam2 lagi la... Tapi yang bagusnya budak ni ialah dia jarang sangat nak keluar rumah, suka sangat duk terperap kat rumah.. Ataupon dia boring kalau keluar kena soal jek.. Keluar salah, tak keluar pon salah, erkkkkkk

Dia sekarang staying with me so I know my parent kat kampung tu mesti mengharapkan I dapat jaga anak kesayangan diorang ni bebaik.. ^_^ saya tak dera dia ye, cuma mintak dia jagakan Izzy bila kami nak pergi berdating or semayang terawikh jek..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nowdays, Yan banyak travel ke KL sebab anak bosnya tengah sambung belajar di UTM KL, so every weekend kalau dia tak larat nak travel balik ke JB, dia akan tido di rumah kami... Kebetulan 1 Ramadhan ni dia pon sempat bersahur sekali di rumah, seronok pulak ramai2 makan sama2.. 

Selalunya dia akan bawak office car tapi Selasa lepas dia datang untuk hantar kereta pada anak bos tu so dia kena balik ke JB naik bas.. Memandangkan hari Rabu saya kerja dan saya memang tak tau stesen  bus Bukit Jalil untuk bus2 ke Selatan tu lokasinya di mana so saya mintak Yan naik LRT je.. Dia tak kisah pon, lgpon dia kan dah besar, lelaki plak tu, bukan susah sgt pon nak ke Bukit Jalil, naik Putra pastu tukar Star sampai la ke sana...

Memula saya rase ok, dia mesti sampai punya tapi bila pikir2 semula dan naluri kakak datang, saya mula rasa Yan mesti confuse macammana nak naik LRT sebab ni first time for him.. So saya paksa hubby cari no hp abang teksi kat area kami untuk hantar Yan terus ke Bukit Jalil, saya rasa quite tense jugak la mengenangkan adik nak balik ni.. Walaupon hubby cakap "dia dah besar la, jangan risau" tapi ntah la..

Bila abang teksi tu dah tukar profession ke penjual crocs saya terus hilang akal macammana nak hantar Yan ke Bukit Jalil tapi Yan keep telling me he will be fine, he can ask people around him to the right direction.. So saya hantar Yan ke LRT station dengan berat hati, lepas tu saya asyik berpikir pasal dia sampai lah dia smsed me 45 mins later bagitau dia dah sampai Bukit Jalil and I felt so relived, hehehe poyo kan saya.. Psycho tak kena tempat!!!!   

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ntah la, saya selalu rase adik2 saya ni masih budak2, maybe sebab masa kami kecik2 saya selalu amik peranan jaga adik2 bila mak dan abah kena kerja/kursus luar daerah.. Yes, saya ada abang dan kakak tapi masa tu diorang pon dah belajar jauh dari rumah.. 

Bila mak kursus, saya akan jadi tukang masak... Saya pernah bangun pagi sebelum ke sekolah dan sebelum Tok Wan datang rumah  semata2 nak memasak sarapan, walaupon sebenarnya arwah Tok Ki selalu je bawakkan kami sarapan, hehehe.. Yang paling tak boleh lupa masa saya masak kuew teo goreng, memang lawak sebab kuew teo tu melekat2 sebab saya tak lerai2 kan dulu, sudahnya masuk tong sampah je, takde orang nak makan sebab berketul2, hehehe   kenangan sungguh!!!!!


Kami dulu2

I miss my childhood ^_^ terus rindu nak balik kampung huhuhu sedih T_T

Luv,
 

10.8.10

Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menjalani Ibadat Puasa

Selamat Bertarawikh
 

Semoga ibadah kita sentiasa diberkati dan mendapat taufik hidayah daripada-Nya... Amin 


jangan ponteng puasa tau!!!!



Luv,
 

Persiapan untuk Bersahur dan Berbuka Puasa


Salam semua....

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan ni, mesti ramai ibu2 yang mula sibuk fikir menu hidangan untuk sahur dan berbuka kan... Well, saya pon sama, walaupon berstatus ibu bekerjaya tapi tanggungjawab pada family tetap my first priority...


So untuk puasa bulan ini, saya tetap akan memasak walaupon sedang berdiet, hehehe taklah, saya memang kena masak sebab my tanggungjawab kan... Sebagai ibu bekerja, masa sangat limited terutamanya time bersiap untuk berbuka... So untuk memudahkan saya memasak dengan jayanya, beberapa persiapan awal perlu dibuat...


Sediakan bawang merah dan bawang putih yang yang siap diblend awal-awal, simpan dalam jar dan masuk dalam refrigerator... Boleh tahan seminggu.. Bila nak menumis apa-apa, amik je tak payah susah nak mengupas dan menumbuk everytime nak memasak... Pada sape yang tahap kemalasan macam saya, boleh juga guna bawang blend itu untuk telur dadar, campur mayo skit, kacau2 terus goreng.... Senang dan menjimatkan masa...



Lagi satu untuk ayam goreng.. Memang la boleh goreng camtu je tapi kita upgrade sket supaya menjadi ayam goreng rempah...


Bahan2 : bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas sikit, ketumbar, jintan manis, jintan putih, garam, gula, serbuk kunyit, serbuk kari dan of course la ayam yang dah dipotong2 dan dibersihkan...


Cara membuat : blend bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas sikit, ketumbar, jintan manis dan jintan putih sampai lumat... Masukkan bahan blend dalam bekas yang ada ayam.. campur dan gaul dengan garam sikit, kunyit dan gula sikit, pastu masukkan serbuk kari.. Bila dah sebati, bagikan ayam kepada beberapa portion mengikut banyak mana untuk sekali masak,  masukkan dalam plastik (I guna wrapping plastik je).. Pastu masuk dalam freezer... Bila nak guna boleh thaw it, pastu boleh la digoreng dan digrill jugak... Sekali buat boleh sediakan untuk 3-4 kali masakan.. Senang je kan ^_^ 

Resepi ni saya dapat masa jamuan menyambut puasa kat opis saya, thanks kepada makcik2  akak2 diopis...


Ini ayam goreng rempah masa jamuan ari tu..


Selain daripada tu, untuk sahur saya akan masak nasi before tido pastu biar rice cooker keep warm sampai time sahur...

Lauk yang saya masak pon takde yg susah2 sangat pon.. Simple je janji kenyang, luckily my hubby tak fussy pasal makan ni, apa pon boleh.. Kalo dah boring2 makan nasi boleh la buat macaroni cheese and herb or masak spaghetti simple2, lagi senang takyah nak masak 2-3 jenis lauk kan... Rase2 nak diet nanti, buat sandwich jek ^_^ ho ho ho

Oklah, nnt kalo ada resepi simple2 untuk sahur saya share ye.. 

By the way, saya takde la sentiasa memasak sangat pon, bile mode malas datang, saya masih akan buat lauk tujuk2, hehehe so jangan la ingat saya rajin sangat ye ^_^

Jangan malas2 nak memasak ye!!!! (khas for u Kak Nie) huhu jgn marah aaa!!


Luv,
 

9.8.10

Movie : Salt

Last Friday, we went to watch movie at Wangsa Walk.. Ada few movie yang interesting but we decided to watch Salt, maybe because it was an action thriller movie or sebab heroinnya si Angelina Jolie berbibir sexy tu, well ask my hubby ^_^

Movie yang sangat gempak and make my heart throb rapidly, memang first class la actionnya.. At first, the movie was quite confusing but thru the end baru la nampak sapa yang angel (of course la angelina kan) and sape yang evil...

But I'm really sorry, I dont have a time untuk review this movie coz I've lot of paperwork nak check ni so I just copy the synopsis from here




Two years prior, CIA agent Evelyn Salt (Angelina Jolie) is shown being tortured in a North Korean prison. Despite the harsh interrogation techniques used against her, she doesn't break. Shortly after, she is remanded to U.S. custody via a 'spy swap' under the protection of her CIA boss and friend, Ted Winter (Liev Schreiber). He reveals he had to acknowledge her cover and get her out of North Korea at the behest of her husband, who didn't know that she officially worked for the CIA.

The events turn to the present day. Upon hearing that an unknown Russian agent has defected, Winter orders Salt to do the interrogation. Also present for the debriefing is Peabody (Chiwetel Ejiofor), an ONCIX agent. Salt interrogates the Russian defector, Orlov, who tells her about his work on the Russian sleeper spy program dubbed "KA-12", and about "Day X", an operation organized since the Cold War, which will lead to the destruction of the United States. Orlov then reveals that at the funeral of the late Vice President in New York City, the visiting Russian President will be killed by a trained Russian spy named Evelyn Salt. Salt, who is shaken up at the accusation, attempts to contact her husband Mike, a German arachnologist, fearing that he might be in danger as well. 

Meanwhile, Orlov escapes, prompting Salt to escape herself— and thereby causing the CIA to think she really is a spy. She flees back to her apartment and finds her husband missing. Salt resumes and grabs essentials as well as a venomous spider. After barely escaping a frantic highway pursuit, Salt takes a bus to New York City. The next morning, she sneaks into the heavily guarded St. Bartholomew's Church where the Vice President's funeral is being held and shoots the Russian President. She then encounters Peabody where she surrenders, but swiftly escapes NYPD custody.

A series of flashbacks show Salt growing up in the Soviet Union where Orlov taught her and many other children to obey him and ingratiate themselves into the American government. Then, when it came to Day X, he would command them to strike from various positions in the US. Salt meets Orlov who congratulates her on her killing. He brings her to a river barge, where he tests her allegiance by having another agent kill Mike right in front of her. Salt appears to be unaffected by this, thus passing Orlov's test. He then tells her Part Two of Day X, which would involve seizing the United States' stock of nuclear weapons. Salt, who had gone to Orlov only to discover his plans, kills him and everyone else on the barge. She then goes to the rendezvous set up by Orlov to meet his mole within NATO.

The NATO mole, and a disguised Salt gain entrance to the White House. Once inside, her NATO counterpart suddenly starts shooting at Secret Service agents and detonates a bomb. The Secret Service, along with Winter, rush the President to the lower bunker of the White House. Meanwhile, the President, believing Russia is preparing a nuclear strike against the US, begins to transmit the launch codes from the nuclear football. Salt infiltrates the bunker and dispatches the bodyguards. Winter picks up a gun and kills everyone but the President, whom he knocks unconscious.

He then explains to an astonished Salt that he was part of Orlov's plan all along, as he was also a product of the KA-12 program. Winter then uses the nuclear football to start the sequence for launching nuclear missiles at Tehran and Mecca. Salt asks Winter to let her in but before he opens the door, a news program reveals that the Russian President is not dead, but only placed in a near-death state from spider venom. He realizes that Salt is not on his side but she manages to break in, and after an intense struggle, she succeeds in knocking him down. Just after she manages to abort the nuclear missile launch set up by Winter, agents break in and arrest her. Winter goes free, but later Salt uses her chains to break his neck before she is roughly subdued by Secret Service agents who take her into custody again.

Salt is put on a helicopter with Peabody, and explains everything to him. A skeptical Peabody finally accepts she is telling the truth after he receives an SMS saying that her fingerprints were found at the barge, confirming her betrayal to Orlov. They both know that there are other moles out there, and Peabody agrees to let her escape, so she can find and kill them. He uncuffs her and Salt jumps into the river below, free once more.

Seriously, this movie sangat terbaekkkkk, percaya la!!! memang tak rugi untuk ditonton, hehehhe...... 

4 1/2 bintang..

Luv,
 

6.8.10

Boys will always be Boys

I bet most of us knew and adore this little girl very much... Mia Sarah Nasuha

 
I first saw her in tv about a few months back in drama tittle Adamaya, a very famous and well-known drama played by Lisa Surihani, Syed Hussien, little Mia and many others.. After that I just realize, it was a few others tv commercial acted by this talented girl. Just to name a few like Astro Beyond, Softlan, TM, Celcom and etc...


Actually, Adamaya was her first appearance in drama and now we can watch that cutey little face again through Epilog Syurga Cinta drama in Akasia TV3 slot, every Monday to Thursday at 5.30 p.m - 6.30 pm..


For Epilog Syurga Cinta, frankly I not so sure what this drama is about because I'm having other things to be settled down every moment I step in the house from work everyday, rather that sit-at-couch-and-eyes-glue-at-tv things... But if I have a free time, I'm surely will watch this drama...


By the way, if u noticed at beginning and ending that drama, when the acknowledgment part is playing, there will be a little Mia at the screen and guess where my little anak bujang will be standing at?? Right in front of the tv, very close, with his cheeky smile!!!! some time a little giggle too... boy ohhhh boy!!! my baby is in love, haaaaaaa silly mummy *dush dush*

Not even blinking his eyes!!!

Well..... Boys will always be boys, regardless the age........


Happy Weekend!!!!!!!! have the energetic one with lots of shopping, before Ramadhan take his place.... 


Luv,
 

5.8.10

Take a Break

Hurmmmm my ideas were stuck inside my full-of-crap mind so for the meantime please enjoy this beautiful bunga raya picture.. I need to reboot.. I got this for kempen hari pahlawan...


Peace yo!!!


Luv,
 

3.8.10

Cerita Saloon Rambut

Ada orang tu kan nak feeling2 diva nak gunting rambut kat saloon, konon2 nak merasa tangan halus mulus amoi cun la tapi kan tak sedar cash dalam wallet cuma ado 20 hinggit jek... Pas cuci gunting segala time nak bayor baru mengelabah duit tak cukup, hehehehe

Nasib baik ada penyelamat yang tengah sibuk mendukung anak yang cranky nak tido sambil memenuhkan troli ngan barang2 dapur kat market... Kena la lazer sedas dua, sape suh ngade2 mengunting rambut yang tak seberapa tu kat saloon, gi kedai indo sudah la!! saje nak mengabiskan duit tau... baik belanja makan KFC, ohhh nooo i'm not diet, hahahaha....


Itu bukan saya!!!!


Luv,
 

2.8.10

Iskandar : 19 months old

Happy 19 months old birthday to my cheeky lil baby!!!!


You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
 
 
 Happy 2nd Belated Birthday to si Gorgeous lil Almas Amelia and 
Happy 19 months old Belated Birthday to si Macho Izz Dhani...




Mummy and Abah loves u so much although u like to drive us crazy.. xoxoxoxo
 
Luv,
 

Spa Ikan - Cute Fish Spa

Semalam kami menshoppingkan diri kat Jusco Alpha Angle.. Sebelum beli groceries, jalan2 dulu n beli buku di MPH pastu terjumpa dengan Cute Fish Spa ni.. Oleh kerana masa yang banyak dan takde benda yang nak dikejarkan so kami pon merendamkan kaki kat sini for 10 mins..

First time dulu kami buat di Pavillion, saje bawak in law yang beria nak cuba treatment Dr. Fish ni, tapi biasa la tempat class so bayarannya agak mahal la for 1/2 n hour tu, lebih kurang RM40 kot..

Cute Fish Spa ni tempatnya simple je, kolam pon kecik and ada bangku for sitting.. I think dah banyak tempat dalam supermarket yang buat service macam ni.. RM5 for 10 mins, oklah kot pada sape yang nak mencuba2... 




Memula memang geli sangat bila ikan2 tu gigit kaki tapi lelame rase ok la. Actually ikan2 ni takde gigi pon so nothing to worry la.. Ikan2 ni makan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih licin dan sihat..


Dr. Fish ni bagus untuk kesihatan kulit sebab ia akan melancarkan aliran darah, menghilangkan sel kulit mati, mengurangkan parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema..


Ikan Garra rufa ini boleh ditemui negara eropah timur seperti Turki, Syria dan Jordan.. Tapi tak payah la pegi jauh2, nak Malaysia pon dah banyak kolam untuk rawatan kaki ni.. Sesapa yang rasa nak merendam seluruh badan boleh la ke outlet Kenko di Pavillion..


Untuk hasil yang efektif, rawatan seharusnya dilakukan 2 kali seminggu dengan masa min 30 mins hingga sejam... Hehehehe larat ke nak menahan geli for that long!!!

Kaki I selepas rawatan dr. fish... Licin ke??


Luv,