21.7.10

Movie : Mantra

Last week, kami menonton filem Mantra di MBO, Galaxy... Oleh sebab turn hubby yang belanja so I dont any right to choose the film, cuma saya diberi pilihan antara Ong Bak 3 dan Mantra, walaupon 2-2 pon tak menarik tapi saya lagi rela tengok Mantra, hehehe... Adik kat counter pon suggestkan filem Mantra, "support filem Malaysia" katanya... So oklah...

Kami masuk lambat sikit sebab sibuk melalak kat karaoke 'box' so terlepas la adengan2 awal cerita tapi takpe, tak menjejaskan keseluruhan cerita pon... Ini cerita seram melayu pertama yang saya tengok di wayang dan sebagai seorang yang penakut, rasenya memang rugi kalau bawak saya tengok wayang sebab most of the timenya, memang tutup mata lah...

Bagi saya filem ini adalah sebuah cerita cinta, dendam dan pembalasan... Ceritanya taklah terlalu berat, sound system yang bagus dan terdapat babak yang dirakamkan di penjara yang tinggal sejarah iaitu Penjara Pudu...

Menceritakan tentang Muzir dan Hasbi yang bersahabat tetapi demi melengkapkan ilmu hitamnya Hasbi telah menganiaya Muzir. Muzir telah ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup di dalam bilik khas yang telah dipagar dengan ayat2 Al-Quran supaya tiada ilmu hitam boleh digunakan... Sementara tu, isteri Muzir, Rindiani yang sedang mengandung telah dikahwinkan dengan Hasbi..

Sementara di dalam penjara, Muzir diperdaya untuk menerima ilmu hitam dari seorang lelaki, Embah.. Mula2 Muzir tak nak terima tapi bila Rindiani mintak untuk bercerai, Muzir menjadi dendam dan bersetuju untuk menerima ilmu hitam tersebut.. Ilmu itu cuma lengkap selepas 10 tahun dan Muzir perlu makan tubuh Embah kerana tubuhnya tidak diterima oleh bumi...

Selepas 10 tahun, Pak Long iaitu pakcik Muzir terdesak untuk mengubati isterinya sakit dan bersetuju membantu Muzir dengan 3 syarat2 iaitu; memadam ayat2 Al-Quran di sekitar bilik penjaranya, menyediakan 3 hidangan yang ditutup dengan kain hitam kepada hantunya dan mengambil tali pengikat mayat wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi!!!

Selepas ayat2 Al-Quran dipadamkan, proses untuk ilmu hitam Muzir telah lengkap yang mana air melimpah dalam bilik penjara dan bayangan makhluk hitam memenuhi ruang dinding... Dengan mantera yang dibaca, Muzir muncul di kawasan paya dan membunuh seorang lelaki untuk santapan kepada hantunya.. Di sini lah adengan bogel Muzir yang mendapat liputan meluas itu, hehehe nampak belakang je pon....

Hasbi nampak alim kerana sentiasa berkopiah dan bersembahyang di surau tapi yang peliknya bila mengubat orang menggunakan mentera yang bukan dari ayat Al-Quran... Rumahnya juga dipagar dan dijaga oleh penunggu supaya tidak dapat diganggu...

Muzir pulang ke kampung untuk membalas dendam dan mencari isteri dan anaknya.. Bermulalah adegan antara Muzir dan Hasbi dalam cara masing2 dengan menggunakan kekuatan ilmu hitam mereka..

Dalam masa yang sama, Haji Fatah orang alim di kampung dapat merasakan ada yang tak kena.. Haji Fatah juga yang tolong menyedarkan Pak Long, yang mana isterinya sebenarnya telah mati dan tubuhnya digunakan oleh hantu...

Selepas Hasbi dibunuh oleh Muzir, Haji Fatah tiba di tempat kejadian dan cuba untuk menyedarkan Muzir tapi di dalam tubuh Muzir sebenarnya ada Embah yang memang nak membalas dendan pada Haji Fatah yang telah mengurungnya dalam penjara yang dipagar oleh ayat Al-Quran.. Tapi sebagai hero, Haji Fatah dengan mudahnya menggunakan ayat2 Al-Quran untuk menewaskan Muzir dan membakarnya hingga mati...

For me (walaupon sentiasa tutup mata ^_^) cerita Mantra ni, not bad lah, menarik dan menakutkan... Banyak adegan seram dan gelap sesuai untuk ceritanya... Lakonan Muzir dan Hasbi yang menyakinkan especially masa bacaan mentera2 nya, sangat hidup... Rindiani oklah not bad tapi bukan yang terbaik... I was told yang bacaan mentera yang digunakan adalah yang asli dan cerita ini adalah berdasarkan cerita benar yang berlaku di Bandung, Indonesia...

Moralnya, cinta boleh membuatkan manusia berubah hingga membuat perkara2 yang tidak terjangkau oleh fikiran yang waras... Ilmu hitam digunakan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang terlarang... Walaubagaimanapun, ilmu Allah dan ayat2 Al-Quran adalah satu2 jalan untuk menyelamatkan manusia daripada jauh terpesong dan sebagai pertahanan dari ilmu2 lain yang sesat...

p/s : 3 bintang

Luv,

No comments: