16.7.10

Minyak & Gula Naik Harga - Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.


Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.
  • Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.
  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.


p/s : minyak naik 5 sen, lepas ni berapa sen plak barang2 lain naik harga sebab semua pemborong, peruncit, penjual, peniaga kata nak cover kos pengangkutan barang2 mereka.... hurmm tu la senario kat malaysia....


p/s/s : semoga ada bonus untuk kami ^_^ hehehe aminnnnnn


sumber dari Berita Harian


Luv,

4 comments:

dbalkis said...

bagus eh Mar..Now an entry a day ya? Teruskan aktif blogging..

HaNiE said...

hahaha tapi tak tau la sampai bila bertahan, ho ho!!

ko apasal cam dah lemau jek?? mari kita minum kopi sambil bergossip

mama_umar_maryam said...

hehehehe..an n3 a day keeps the malas away! syokla blh hrp bonus,aku ni nnt bile ke kampeni baru,camnela gamaknyeee

HaNiE said...

tak de la rajin sgt pon, pasni lemau balik la, hu hhu hu...

ntah, ade ke dak bonus nya..hmmmm