26.7.10

Lumut - KL - Genting

Hola semua...


Dari dalam kereta semasa perjalanan balik dari Lumut, saya dah set in mind untuk menghabiskan masa bersama hubby and Iskandar weekend ni, ye la kan mummy outstation, so anak and laki pon terabai, hehehe..


Saya sampai rumah lebih kurang jam 4.30 petang, kemas2 tongkang pecah dan basuh baju semua, Iskandar dan abah pon terpacul depan pintu... Mula2 nak belanja makan  seafood ke apa tapi hubby tiba2 come out dengan idea yang dah lama kami tak buat... pegi genting highland!!!!


Dulu masa bercinta, time abis idea nak melepak kat mana, kami akan ke genting so bila hubby ajak gi genting, saya jadi excited plak, hehehe walaupon kena bawak anak ye...


Kebetulan plak cousin hubby kerja sana and family Mak Teh pon tengah bercuti kat genting so kami gerak dari rumah dalam kul 8 malam.. Singgah makan di McD dan sampai di Apartment Ria lebih kurang jam 9.30 malam.. Iskandar tido sepanjang jalan, maybe kasi chance mummy bercinta ngan abah dia kot ^_^ malu...


Ingat nak gi meronda2 tapi cuaca sangat sejuk dengan kabus2 tak nampak hapa pon, so kami decided untuk lepak di apartment je.. Iskandar sangat happy sebab ramai orang melayan dia so ajak tido pon taknak dah...


Pagi Sabtu, sebelum balik KL kami jalan2 tapi kawasan sekitar je la sebab cuaca still berkabus2.. Kami gerak balik dalam kul 11.30 sebab nak mengejar masa nak ke shah alam pulak, ada makan2 kat umah in law.. Lagipon family Mak Teh nak bermalam kat rumah kami pulak, diorg nak meround KL, so kena la kemas2 and sorok2 pape yg patut kan, heh!! ^_^

genting highland


Next time nak bawak Iskandar ke theme park la, mesti seronokkan!!!!


Luv,
 

No comments: