21.7.10

Bagaimana ke Lumut??

Entri ini ditulis khas untuk diri saya sendiri sebagai rujukan utama bila kena drive seorang diri untuk berkhidmat untuk negara hingga ke Lumut... 

Kepada sesiapa yang seperti saya, yang mana tiada bantuan daripada Cik Garmin kerana tiada GPS atau mempunyai hp cikai cap ayam, silalah gunakan rujukan ini sebagai panduan ke jalan yang benar, eh eh ke Lumut la, Setiawan pon boleh serta kepada yang ingin bercuti di Pangkor juga... Semoga kita semua tidak sesat dan confident walaupon kena drive seorang diri, sob sob T_T

Mulakan perjalanan dengan bismillah dan doa naik kenderaan ye ^_^

Dari Tol Duta terus ke exit di Tol Bidor.. Lepas bayar RM 17.60, masuk simpang kanan.. 

Masuk pekan Bidor akan nampak banyak kedai jual buah limau bali (erkkk ikut musim kot) masuk kanan dan jalan terus... Bila nampak stesen Petronas dan BP bersedia untuk belok ke kiri... Sampai traffic light masuk kiri.. Jika ada Kampung Rahman di sebelah kiri, anda di jalan yang benar, hehehe....

Terus sahaja, ikut signboard ke Teluk Intan... Sekali sekala akan muncul signboard ke Pangkor dan Damai Laut... Anda juga akan melalui kawasan Changkat Jong...

Bila nampak Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, ready untuk ke kiri... Di traffic light, masuk kiri..

Terus lagi dan ikut signboard ke Lumut dan Setiawan... Bila nampak signboard Kampung Banjar di sebelah kiri, ready untuk masuk ke simpang kiri... Terus sahaja, ini adalah jalan shortcut supaya tak payah melalui bandar Teluk Intan... Sampai T junction, masuk kanan ikut sign ke Teluk Intan....

Terus sahaja sampai ke traffic light dan masuk kiri... Di sebelah kiri anda akan ada kilang warna pink (alamak lupa plak namanya.. kilang buat bra tu hehe)

Jalan terus lagi sampai jumpa traffic light, masuk ke kanan... Anda akan melalui jambatan dibawahnya adalah Sungai Perak, hehehe sesuka aku jek, maybe la kot Sungai Perak tu!!!

Terus je kemudian akan jumpa traffic light lagi, masuk kiri ke Lumut, Teluk Batik, Pangkor dan lain2.. Kalau terus akan sampai ke Setiawan....  

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau lebih kepada sesiapa yang kena merujuk post ini, hehehe...

Sekian , terima kasih ^_^
 

Luv,

2 comments:

Irma Ruhani said...

hahaha...daripada direction yg ko bagi ni. Aku boleh lukiskan map. (ala2 kat belakang kat jemputan kawin gitu.) anyway selamat jln2 dilumut yer...

HaNiE said...

haah aku ingat nak buat map jek tapi kalo pakai ayat jek pon ko blh paham, maknanya penyampaian aku adalah berkesan, hahahahaha...