30.7.10

Misi Mencari Kasut Bola

Abah Izz bercita-cita nak jadi sport man semula.. So dia tgh sibuk nak main bola padang plak, before this sibuk main futsal...

Jadinya untuk menjadi pemain bola kenalah lengkap attire  footballer.. Memandangkan dah berabad abah Izz tak main bola padang so boot bola pon dia sudah takde... 

Menjadi misi mummy dan Izz untuk mengikut abah mencari boot bola yang sesuai.. So after balik dari meeting di Putrajaya, fetched abah dan Izz up, then zooommm kami terus ke Campbell Complex di Jalan TAR..


Orang cakap boot bola kat situ murah2, tapi I rase macam mahal jugak jek..


Tanpa membuang masa abah terus beli boot yang dia berkenaan di hati, walaupun tak banyak choice sebab banyak boot2 yang cantik dah abis stok sizenya...


Izz boring tunggu abah cari kasut

Campbell Complex
Betul-betul depan ngan Sogo

Ok, tu saje... Bye


Happy Weekend alls!!!!!!

Luv,
 

29.7.10

Coping with Tantrums


He is growing up...

He will show the tantrum every time he become frustrated. When mummy or abah forbids him from something he enjoys, he will scream no! no! along with shaking his head to indicate refusal...


Or if mummy asks him to stop playing and time for bed, he will do the same, mumbling using his own language, cute yet disturbing...


Sometimes, when it turns to horrible situation, he will scratch mummy or abah's faces or bite us...


As parents, we had tried several methods to over come this situation but it only lasts for few times for each method.. He's such a fast learner kid and he knows how to over rule us back. Example, we used to using ignoring way and just let him cried or yelled for something he wanted, now he still crying over something but he will pull our hands and show the things he want. My heart melted every time he pulls my hand and give me his kesian looks...


No matter how terrible his throwing his tantrums, we will ensure not to argue with him or scream back to him. Also, we try not to reward or punish him for that...


And as for now, when it occurs, we will hold him gently and rub his back, comfort him with "i love u" or "u are my good boy" and other words that can help him to calm down...


We also sometimes, let him play for another 5 minutes and act to leave him with "bye bye sayang, we love u" so then he will come to us willingly...


I've read somewhere about, it is not easy being a toddler, rocking wildly between anxious and angry feelings, but it is not easy being a toddler's parent, either, striving to stay on the centre of the emotional see saw and to hold it in equilibrium. But time is on everybody's side....


Well, i will give him his time... 

We all should give our kids their times, they will turn into a reasonable and communicative human being one day......


He is my boy ^_^

Luv,
 

27.7.10

GiveAway & Contest : I Smell Food Giveaway by Ibu Emir

Saya nak join GA daripada Ibu Emir.. 



Hadiahnya adalah makanan, best dan tidak boleh ditolak, hehehhe..
Contest end pada 7 Aug 10 jam 3 p.m
Jom join ramai2.. boleh bukak pose makan pizza, nyum nyum...  
Click here to join

p/s : Mira, count me in ya!!!
 
Luv,
 

Ini Hari Malas Saya

Pengakuan ikhlas untuk hari ini... 

Saya sangat malas nak buat kerja, dari tadi cuma surf internet jek, FB la, blog walking la, online shopping la...

Although saya ada a few site visit report yang masih belum dibuat tapi saya tidak ada kesedaran diri untuk membuat kerja... ishhh ishhh cuma saya bernasib baik coz my bosses not in office today, hehe so tiada yang urgent...

Oklah, saya nak berjalan2 menambah kenalan ^_^ ho ho ho


p/s : see nak membebel panjang2 pon MALAS


Luv,
 

26.7.10

Si Pinky itu.. menggoda!!!

Mari saya perkenalkan... 

Soda Ria dan Milo Ais Dinasour
Sangat mengoda iman dan nafsuku, nasib baik belum bulan posa.... perghhhh mmg sedap bangat nih!!!!


Selamat berkenalan.. oh lupa plak, sila cari si pinky ini di Restoran Waroeng Penyet ye... Daaa

Luv,
 

Lumut - KL - Genting

Hola semua...


Dari dalam kereta semasa perjalanan balik dari Lumut, saya dah set in mind untuk menghabiskan masa bersama hubby and Iskandar weekend ni, ye la kan mummy outstation, so anak and laki pon terabai, hehehe..


Saya sampai rumah lebih kurang jam 4.30 petang, kemas2 tongkang pecah dan basuh baju semua, Iskandar dan abah pon terpacul depan pintu... Mula2 nak belanja makan  seafood ke apa tapi hubby tiba2 come out dengan idea yang dah lama kami tak buat... pegi genting highland!!!!


Dulu masa bercinta, time abis idea nak melepak kat mana, kami akan ke genting so bila hubby ajak gi genting, saya jadi excited plak, hehehe walaupon kena bawak anak ye...


Kebetulan plak cousin hubby kerja sana and family Mak Teh pon tengah bercuti kat genting so kami gerak dari rumah dalam kul 8 malam.. Singgah makan di McD dan sampai di Apartment Ria lebih kurang jam 9.30 malam.. Iskandar tido sepanjang jalan, maybe kasi chance mummy bercinta ngan abah dia kot ^_^ malu...


Ingat nak gi meronda2 tapi cuaca sangat sejuk dengan kabus2 tak nampak hapa pon, so kami decided untuk lepak di apartment je.. Iskandar sangat happy sebab ramai orang melayan dia so ajak tido pon taknak dah...


Pagi Sabtu, sebelum balik KL kami jalan2 tapi kawasan sekitar je la sebab cuaca still berkabus2.. Kami gerak balik dalam kul 11.30 sebab nak mengejar masa nak ke shah alam pulak, ada makan2 kat umah in law.. Lagipon family Mak Teh nak bermalam kat rumah kami pulak, diorg nak meround KL, so kena la kemas2 and sorok2 pape yg patut kan, heh!! ^_^

genting highland


Next time nak bawak Iskandar ke theme park la, mesti seronokkan!!!!


Luv,
 

22.7.10

Cerita baju...

Bila outstation, saya jarang bawak baju lebih... Contohnya kalau 2 hari saya cuma akan bawak 2 helai baju formal sebab taknak beratkan bag dan supaya lebih banyak ruang untuk masukkan hasil shoppingan... 

Tapi kalau tetiba satu baju tu berlubang sebab terbakar hasil iron hotel yang bengong, betul2 membuatkan saya bersedih T_T sob sob baju I mahal tau...

Nasib baik hotel ni dekat ngan town, boleh jalan kaki je ke The Store untuk mencari baju segera, tak kisah la tak cantik pon, janji ada baju nak dipakai... Btw bukan satu ye tapi dua baju I beli, hahaha...

Lepas ni, kena bawak baju spare sebagai backup...


Dah la, I rindu pada my kesayangan, nak call diorg, bye bye


Kesayanganku


Budak suka tengok tv




Luv,

21.7.10

Bagaimana ke Lumut??

Entri ini ditulis khas untuk diri saya sendiri sebagai rujukan utama bila kena drive seorang diri untuk berkhidmat untuk negara hingga ke Lumut... 

Kepada sesiapa yang seperti saya, yang mana tiada bantuan daripada Cik Garmin kerana tiada GPS atau mempunyai hp cikai cap ayam, silalah gunakan rujukan ini sebagai panduan ke jalan yang benar, eh eh ke Lumut la, Setiawan pon boleh serta kepada yang ingin bercuti di Pangkor juga... Semoga kita semua tidak sesat dan confident walaupon kena drive seorang diri, sob sob T_T

Mulakan perjalanan dengan bismillah dan doa naik kenderaan ye ^_^

Dari Tol Duta terus ke exit di Tol Bidor.. Lepas bayar RM 17.60, masuk simpang kanan.. 

Masuk pekan Bidor akan nampak banyak kedai jual buah limau bali (erkkk ikut musim kot) masuk kanan dan jalan terus... Bila nampak stesen Petronas dan BP bersedia untuk belok ke kiri... Sampai traffic light masuk kiri.. Jika ada Kampung Rahman di sebelah kiri, anda di jalan yang benar, hehehe....

Terus sahaja, ikut signboard ke Teluk Intan... Sekali sekala akan muncul signboard ke Pangkor dan Damai Laut... Anda juga akan melalui kawasan Changkat Jong...

Bila nampak Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, ready untuk ke kiri... Di traffic light, masuk kiri..

Terus lagi dan ikut signboard ke Lumut dan Setiawan... Bila nampak signboard Kampung Banjar di sebelah kiri, ready untuk masuk ke simpang kiri... Terus sahaja, ini adalah jalan shortcut supaya tak payah melalui bandar Teluk Intan... Sampai T junction, masuk kanan ikut sign ke Teluk Intan....

Terus sahaja sampai ke traffic light dan masuk kiri... Di sebelah kiri anda akan ada kilang warna pink (alamak lupa plak namanya.. kilang buat bra tu hehe)

Jalan terus lagi sampai jumpa traffic light, masuk ke kanan... Anda akan melalui jambatan dibawahnya adalah Sungai Perak, hehehe sesuka aku jek, maybe la kot Sungai Perak tu!!!

Terus je kemudian akan jumpa traffic light lagi, masuk kiri ke Lumut, Teluk Batik, Pangkor dan lain2.. Kalau terus akan sampai ke Setiawan....  

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau lebih kepada sesiapa yang kena merujuk post ini, hehehe...

Sekian , terima kasih ^_^
 

Luv,

Movie : Mantra

Last week, kami menonton filem Mantra di MBO, Galaxy... Oleh sebab turn hubby yang belanja so I dont any right to choose the film, cuma saya diberi pilihan antara Ong Bak 3 dan Mantra, walaupon 2-2 pon tak menarik tapi saya lagi rela tengok Mantra, hehehe... Adik kat counter pon suggestkan filem Mantra, "support filem Malaysia" katanya... So oklah...

Kami masuk lambat sikit sebab sibuk melalak kat karaoke 'box' so terlepas la adengan2 awal cerita tapi takpe, tak menjejaskan keseluruhan cerita pon... Ini cerita seram melayu pertama yang saya tengok di wayang dan sebagai seorang yang penakut, rasenya memang rugi kalau bawak saya tengok wayang sebab most of the timenya, memang tutup mata lah...

Bagi saya filem ini adalah sebuah cerita cinta, dendam dan pembalasan... Ceritanya taklah terlalu berat, sound system yang bagus dan terdapat babak yang dirakamkan di penjara yang tinggal sejarah iaitu Penjara Pudu...

Menceritakan tentang Muzir dan Hasbi yang bersahabat tetapi demi melengkapkan ilmu hitamnya Hasbi telah menganiaya Muzir. Muzir telah ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup di dalam bilik khas yang telah dipagar dengan ayat2 Al-Quran supaya tiada ilmu hitam boleh digunakan... Sementara tu, isteri Muzir, Rindiani yang sedang mengandung telah dikahwinkan dengan Hasbi..

Sementara di dalam penjara, Muzir diperdaya untuk menerima ilmu hitam dari seorang lelaki, Embah.. Mula2 Muzir tak nak terima tapi bila Rindiani mintak untuk bercerai, Muzir menjadi dendam dan bersetuju untuk menerima ilmu hitam tersebut.. Ilmu itu cuma lengkap selepas 10 tahun dan Muzir perlu makan tubuh Embah kerana tubuhnya tidak diterima oleh bumi...

Selepas 10 tahun, Pak Long iaitu pakcik Muzir terdesak untuk mengubati isterinya sakit dan bersetuju membantu Muzir dengan 3 syarat2 iaitu; memadam ayat2 Al-Quran di sekitar bilik penjaranya, menyediakan 3 hidangan yang ditutup dengan kain hitam kepada hantunya dan mengambil tali pengikat mayat wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi!!!

Selepas ayat2 Al-Quran dipadamkan, proses untuk ilmu hitam Muzir telah lengkap yang mana air melimpah dalam bilik penjara dan bayangan makhluk hitam memenuhi ruang dinding... Dengan mantera yang dibaca, Muzir muncul di kawasan paya dan membunuh seorang lelaki untuk santapan kepada hantunya.. Di sini lah adengan bogel Muzir yang mendapat liputan meluas itu, hehehe nampak belakang je pon....

Hasbi nampak alim kerana sentiasa berkopiah dan bersembahyang di surau tapi yang peliknya bila mengubat orang menggunakan mentera yang bukan dari ayat Al-Quran... Rumahnya juga dipagar dan dijaga oleh penunggu supaya tidak dapat diganggu...

Muzir pulang ke kampung untuk membalas dendam dan mencari isteri dan anaknya.. Bermulalah adegan antara Muzir dan Hasbi dalam cara masing2 dengan menggunakan kekuatan ilmu hitam mereka..

Dalam masa yang sama, Haji Fatah orang alim di kampung dapat merasakan ada yang tak kena.. Haji Fatah juga yang tolong menyedarkan Pak Long, yang mana isterinya sebenarnya telah mati dan tubuhnya digunakan oleh hantu...

Selepas Hasbi dibunuh oleh Muzir, Haji Fatah tiba di tempat kejadian dan cuba untuk menyedarkan Muzir tapi di dalam tubuh Muzir sebenarnya ada Embah yang memang nak membalas dendan pada Haji Fatah yang telah mengurungnya dalam penjara yang dipagar oleh ayat Al-Quran.. Tapi sebagai hero, Haji Fatah dengan mudahnya menggunakan ayat2 Al-Quran untuk menewaskan Muzir dan membakarnya hingga mati...

For me (walaupon sentiasa tutup mata ^_^) cerita Mantra ni, not bad lah, menarik dan menakutkan... Banyak adegan seram dan gelap sesuai untuk ceritanya... Lakonan Muzir dan Hasbi yang menyakinkan especially masa bacaan mentera2 nya, sangat hidup... Rindiani oklah not bad tapi bukan yang terbaik... I was told yang bacaan mentera yang digunakan adalah yang asli dan cerita ini adalah berdasarkan cerita benar yang berlaku di Bandung, Indonesia...

Moralnya, cinta boleh membuatkan manusia berubah hingga membuat perkara2 yang tidak terjangkau oleh fikiran yang waras... Ilmu hitam digunakan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang terlarang... Walaubagaimanapun, ilmu Allah dan ayat2 Al-Quran adalah satu2 jalan untuk menyelamatkan manusia daripada jauh terpesong dan sebagai pertahanan dari ilmu2 lain yang sesat...

p/s : 3 bintang

Luv,

20.7.10

My Confession : Saya Gemuk!!

Saya dah gemuk, eh eh memang gemuk pun.. Jadi saya yang gemuk dah menjadi semakin gemuk..

My current weight adalah 64.2 kg, terberat dalam sejarah untuk keadaan yang normal (yang tak normal tu time preggy la) ke scale tu yang rosak, hehehe hell no!! Saya kena terima the fact yang my body telah bertukar menjadi mesin pembuat lemak...

Before this Hubby banyak kali jugak cakap saya dah gemuk tapi saya malas nak layan sebab dia selalu macam main2 jek tapi sekarang saya faham, actually he really means it!!! Dan saya selalu counter balik dengan mintak dia bagi saya duit so saya boleh sign up untuk buat slimming treatment, hehehe nak senang je kan....

Jadi mulai hari ini, saya berazam untuk menguruskan badan walaupun macam agak mustahil dengan keadaan metabolisma yang semakin menurun dan masa yang terhad untuk diri sendiri... Erkkk tapi korang jangan la ketawakan if saya masih berbadan seperti ini ya...

Kalau ikutkan, banyak cara untuk kuruskan badan tapi mungkin akan ada side effect yang lain.. Ramai juga yang mendapat hasil daripada penggunaan produk tertentu seperti pills, minuman, alatan atau mesin tertentu.. Cara terbaik (so cliche!!) pastinya daripada pemakanan dan bersenam... Walauapapun, semua terletak pada niat, keazaman dan usaha gigih duit poket masing-masing...

Cerita2 gemuk dan whatsoever akan diberhentikan sehingga la saya mendapat berat badan idaman, hehehe tak tau la tahun bila tu!!!

p/s : sebenarnya saya tertekan dengan berat sekarang ni, menyampah ngan diri sendiri.. saya kurangkan makan tapi masih berat dan semakin berat, hmmmm tension!!! i really have to do something T_T tapi lepas makan nasi jamuan lunch today la, wakakakaka...

Luv,

17.7.10

Sister Sister

Ini perbualan di antara kakak dan adik2 perempuannya.. Sementara Dian menunggu saya habis meeting before kami balik ke rumah, dia mengambil kesempatan duduk di kerusi empuk dan guna my flat screen comp untuk berchatting with our big sister... Tapi sekejap je la sebelum dia sibuk bergayut ngan boipren and I take over the keyboard...


Me

haiii..xblk lg ke?

5:46pmMaria Ninie

belom.....kol 6.30 terus ambil Niena sekali....dah balik belom?

5:47pmMe

weiii makcik, balik la!!!!!

masak la, sian anak balik skolah nak makan!!!!

5:49pmMaria Ninie

kak.....ngape bahasa akak cam Anie jer....

5:49pmMe

saje prkts..

sme eh?

teror la..

5:51pmMaria Ninie

skrg ni k ni tgh guna ubat resdong "Permata Hijrah"...mmg ade perubahan...Niena pun dah kurang selsema....dian cube la....

5:51pmMe

eh td kak anie la bls..

bkn dian tau..

heheeee..

5:52pmMaria Ninie

tau......

5:52pmMe

dian tgh bergayut

5:52pmMaria Ninie

sbb tu k ni ckp bahasa cam Anie jer....

5:53pmMe

elelele saya kan sopan santun

5:53pmMaria Ninie

k ni kenal la 2 personaliti yg berbeza.....

5:53pmMe

ye la tu

apsal niena balik lambat sangat?

5:55pmMaria Ninie

dia balik 6.15 sampai taska 6.30 siap mandi 6.45......klu k ni balik 6.30.....sampai taska 6.45.....ngam2 la tu.....sekali jalan........

5:55pmMe

ohhh ok la

kami nak balik dah

5:56pmMaria Ninie

dian.....bkn anie tau!!! mase ari rabu kan cuti pastu asik on9 jer......pastu kena marah..........

bye......

5:57pmMe

dian takde, masih menjadi monyet, bergayut ngan boipren...

jgn online jek, kena masak jugak, hehehe

bye

5:57pmMaria Ninie

dah....bye.......

5:57pmMe

bye.... dah...


Conversation yang awal2 between Dian and Kak Ninie, yang bawah2 tu time I interframe la, hehehe... Sometimes kami panggil Dian as akak....

Dalam family, setiap anak anak personaliti yang berbeza dan tersendiri kan? Tapi saya belum ada experience lagi coz i only have a son ^_^

I'm wondering apa agaknya my parents and adik beradik yg lain having in their thoughts about me? huhuhu... dare to share?? But I bet, it will mostly be kasar, garang, baik hati dan cantik (hahaha perasan sungguh!!!)

I love my family ^_^

Sis,

16.7.10

Minyak & Gula Naik Harga - Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.


Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.
  • Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.
  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.


p/s : minyak naik 5 sen, lepas ni berapa sen plak barang2 lain naik harga sebab semua pemborong, peruncit, penjual, peniaga kata nak cover kos pengangkutan barang2 mereka.... hurmm tu la senario kat malaysia....


p/s/s : semoga ada bonus untuk kami ^_^ hehehe aminnnnnn


sumber dari Berita Harian


Luv,

15.7.10

Movie : The Twilight Saga - Eclipse

Rasenya dah ramai yg buat ulasan untuk movie ni tapi I nak buat jugak based on my perspective of view.. Kami menonton this film last week di Wangsa Walk, nice cinema and seat yg selesa tapi tiket mahal sikit (RM 13 perperson.. ke memang tiket wayang dah naik harga??) Btw thanks to Dian sebab babysitkan Izz...



Kisah cinta tiga segi antara Edward (vampire vegetarian), Bella (manusia) dan juga Jacob (serigala jadian).. Bella yang tak abis2 nak jadi vampire dan tak abis2 menggoda Edward tapi Edward sangat cool dan as a conservative person sangat mementingkan perkahwinan so Edward pon melamar Bella... Jacob pulak sangat sayangkan Bella dan tak kasi Bella jadi vampire.. So ada la konflik between three of them, yang di sini suka yg disitu, yang disana pun suka yg disitu, yang disitu plak suka yang disini dan disana...


Nape la Bella ni susah sangat nak buat pilihan?? For me la, Edward sangat cool, kaya raya, handsome tapi sangat pale dan hmmm sejuk!!! Jacob plak sangat macho dan badan ketul2, tapi garang... So I vote for ekkkk ntah la, hehehe...


Selain dari kisah cinta, ada juga unsur2 thriller... Victoria berjaya membentuk pasukan ‘new born vampire’ dengan bantuan Riley yg berasal dari Forks untuk balas dendam pada Bella dan Cullen family.. So Cullen family pun bersiap sedia la nak berperang dengan askar vampire Victoria.. Walaupon menjadi musuh tradisi tapi pasukan werewolf bersetuju untuk bekerjasama dgn Cullen family untuk jaga keselamatan Bella... Sampai waktunya mereka pon berperang, seperti biasa hero akan menang tapi Jacob cedera parah tapi masih selamat dengan bantuan doktor Cullen..


Adengan bergaduh sangat best.. dapat la tengok aksi2 luar biasa dengan terbang sana, lompat sini dan lain2... Ada juga la kisah2 lain yg menyelit2 utk sedapkan cerita ni such as cerita pasal Rosalie yang tak berapa suka ngan Bella dan ada kisah tragisnya sebelum jadi vampire. Also kisah pasal Jasper sebelum jadi vampire...


Last sekali Bella still dengan decisionnya nak kawin dan menjadi vampire bersama Edward...


So, sesiapa yang belum tengok tu sila2 ke cinema or beli VCD utk tgk dirumah (tapi banyak sgt aksi kissing2nya) dan kita tunggu je la sequel baru untuk movie ni next year...


p/s : 4 bintang



Luv,

14.7.10

Asal Usul Perkataan OK

Seperti biasa, bila otak dah jam nak buat keje mula nak merayau2 kat blog orang untuk release tension... Saya copy paste artikel ni dari sini untuk share dengan u oallsss yg same situasi with me; otak jam dan mata dah berat sambil perut berkeroncong, hu hu hu...


Jom kita menambahkan ilmu sejarah untuk perkataan OK...


1. Bagi orang Jerman, “OK” ialah singkatan bagi Oberst Kommandant (Colonel in command) digunakan oleh Baron Von Steuben, seorang Jenderal Amerika dalam Perang Revolusi. Digunakan oleh tentera Amerika ketika perang dunia ke-2, apabila pulang dari peperangan atau misi. Zero Killed akan sebut yang bermaksud tiada tentera yang menemui ajal dalam pertempuran. Maksudnya Zero ’ O ‘ Killed = O K .

2. Orin Kendall ialah nama merek crackers sejenis biskut krim , dikenali sebagai “OK”. makanan yang dimakan oleh tentera Amerika ketika Perang Sipil.

3. “OK’ berasal dari nama Perancis untuk pelabuhan di Haiti, Aux Cayes, yang terkenal dengan produksi rum.

4. “OK” berasal dari istilah telegram era 1860-an untuk Open Key. Ini sejenis kunci seperti yang ada pada papan kunci (keyboard) komputer modern.

5. Terdapat sumber mengatakan ia berasal dari bahasa asli India “okeh” tetapi tiada penjelasan yang kukuh untuk teori ini.

6. Kesalahan mengeja daripada all correct ke oll korrect telah mewujudkan singkatan perkataan ”OK”. Presiden AS Andrew Jackson seorang yang susah mengeja telah menuliskan ‘OK’ dengan maksud menandakan bahawa semua dokumen kenegaraan yang dibacanya berstatus “all correct”. Banyak kajian yang mengatakan penjelasan ini lebih mendekati asal usul “OK”.



Luv,

13.7.10

Waka Waka (it's time for Africa) Lyrics - Shakira

I’m really not the type of person that so into the football game, even the world cup.. But a few things that make me so hooked with this year world cup were; 1. Paul and 2. Waka Waka (its time for Africa) song... Even me my 16 mnths little boy will dance everytime the video be played at AXN...


Shakira Waka Waka Lyrics

You’re a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
Get back in the saddle

You’re on the front line
Everyone’s watching
You know it’s serious
We are getting closer
This isn’t over

The pressure is on
You feel it
But you got it all
Believe it

When you fall get up, oh oh
If you fall get up, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Cuz this is Africa
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Listen to your God
This is our motto
Your time to shine
Don’t wait in line
Y vamos por todo

People are raising
Their expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today’s your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down get up, oh oh
When you get down get up, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

(Lady Singing)

Voice:
Tsamina mina, Anawa a a
Tsamina mina
Tsamina mina, Anawa a a

Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a

Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Django eh eh
Django eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a

Django eh eh
Django eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a

(2x) This time for Africa
(2x) We’re all Africa



copy from here


Luv,

Getz Kesayanganku



Ini adalah kesayangan saya, harta pertama yang abah belikan (eh eh abah bayar down payment, saya bayar bulan2)

Dulu sebelum ada wish, ini la my first and my only car.. Bila saya rasa macam dah mampu nak pakai kereta few years back ago (mampu la sangat, first month je dh mintak mak tolong bayarkan, hehe) saya bagitau pada abah nak beli kereta, mula2 saya cuma nak kembara/atos/picanto/kelisa je, bajet ciput kan!!! Tapi abah beria suruh saya pilih either getz, jazz or chevrolet aveo, selain dari tu abah taknak bayarkan down payment..  

Phewww!!! memandangkan keadaan ekonomi tidak memberangsangkan masa tu so saya pilih Hyundai Getz yang paling murah dari opsyen2 lain yg abah bagi.. Semua urusan pembelian abah yg settlekan, saya cuma drive balik kereta tu aje...

Banyak jasa getz ni, ni la kereta yg mengangkut saya pergi berdating dengan kekasih2 lama (plural okeh, hahaha) merempit balik kampong dan macam2 lagi la.. Tapi sejak menjadi second car, fungsi getz dah makin kurang, selalunya saya bawak pegi opis dan tempat2 yg dekat jek, kira macam kereta basahan la.. Minyak pon isi 50 hinggit boleh tahan seminggu dua, jadinya nak mencapai 7,000 km sebelum perlu diservis semula memakan masa sampai setahun.. So bulan 7 ni genap la setahun getz perlu diservis, hahaha kalau abah tau mesti dia bising, dulu dia selalu pesan supaya servis kereta every 4 months, ni dah sampai setahun, huhuhu...  

Btw, klimaks ceritanya adalah bill untuk servise kereta adalah sebanyak seribu lima puloh hinggit hokeh, hahaha memang high maintenance kamu ni getz!!! Jadinya bulan ni, saya perlu mengikat perut yg boncit ini untuk survive sehingga hujung bulan, nyesal akak shopping tak hinggat dunia awal bulan hari tu!!!

Tapi takpe lah, next servise setahun lagi, sambil2 tu kumpul duit, hehehe

JJC = jiwa jiwa cinta ^_^




Luv,

12.7.10

RedMummy : RM10,000 sebulan hasil menulis blog

Tengah I berblog hopping, terjumpa ngan artikel pasal Red Mummy ni, before this memang selalu jugak singgah2 menyibuk kat blog RedMummy yang glamour tu dengan harapan tempias2 glamour tu dapat la kat I sikit, hehehe... Artikel ni memang sangat membakar semangat untuk mencari duit lebih dengan menggunakan teknologi tanpa mengeluarkan setitik peluh peladang, kecuali la kalo sambil workout sambil menaip or sambil mengejar anak sambil menekan keypad bb tu, hehehe... Bayangkan RM10,000 sebulan hasil berblog je, perghhhh mula la rase cam nak berangan kalo dapat duit banyak camtu!!! En. Suami, sila bagi galakan untuk saya mencari duit poket ye dan tolong jagakan Iskandar selalu sebab World Cup sudah habis dan no excuse for u berpoya-poya di pagi hari lagi terutamanya bersama En. Kaduk..

Read this;

Red Mummy

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog..

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online."Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya."Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.

Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang."Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga.

Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan."Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira. Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis.

Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular."Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit. "Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi."Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan."Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu."Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa."Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah."Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.





P/s : baru la tau nama Kak Red, Mira rupanya....




Luv,


Takziah...

Takziah kepada Korie and family yang baru kehilangan anak sulung mereka...

Arwah Adam (4yrs) such a lovely little guy, like to smile and laugh... I can't image what will happen to me if I'm in their shoes right now... Ya Allah, I'm hardly pray for me to be taken first before my children... Adam sure have his place there as an angle beside Allah Al-Mighty, amin...

Luv,

7.7.10

Iskandar and his Hair

Since Argentina had lost their pride over Germany, Hubby decided to give a new look for his son. So yesterday evening, after work we went to a barber shop and it was officially that the name of Messikandar was dropped along with Iskandar's hair that falls after been cut.

With this new hair, Iskandar looks more clean and neat.... According to Hubby, Iskandar looks like a row of defense for Germany team that seems more discipline compare to the other teams in the World Cup.... Buttttttttt, I've remind him to stop using my son in his football fantasy, enough said.... And don't u dare to give him another footballer name, ok sayang...

Izz new looks..


This was Iskandar while having his first hair cut about 4 months ago...
Lots of drama-air-mata la this boy!!!





It was him yesterday, more calming and control macho..


Mummy still missing your long and melentik-lentik hair la dear... No more pokok kelapak T_T sob sob

Luv,

5.7.10

Family Outing.... first weekend in july

Last Friday, we brought Izz to PCMC for his 18 months checkup, merasalah kena 2 jabs tapi Izz kuat, nangis sekejap je pastu sambung nak mengemas doc’s room.. After office hour, I fetched him up kat rumah Nenek Wok and his temperature slightly high and he keep mumbling “akit akit” rasenya that was for sakit, bila dukung and terkena tempat jabs tu dia sebut “akit akit”. Sampai rumah pon tak boleh berjalan sendiri, tapi mummy suka sebab Izz tak la aktif mengemas rumah hehehe... So dia terbaring je la sambil tengok tv sampai la tertido..



Hello world!!!

"Berat saya 11.5 kg sahaja" tapi kenapa mummy rase macam dah 20 kg!!! berat okeh


"Panjang saya 8.5cm only"


Hari Sabtu, Izz dah kembali seperti sediakala, ligat yang hamatss...


Kami ke Bukit Bintang dan Sungei Wang.. Matlamat asal Abah nak carikan Izz jersey Argentina (nasib baik tak beli sebab Argen dah kalah, bohooooo) dan Abah nak beli helicopter tapi none of that yang dibuat instead mummy pulak beria shopping untuk baju Izz.. Kami lunch di kedai nasi ayam hainan di BB, memang terbaekkk!!! Sangat sedap dan sedap tapi mahal T_T


Lepas tu, pergi ke tempat yang class sket, Pavillion!! Matlamat asal untuk pergi Mothercare dan itu la yang kami buat plus ke kedai2 yang lain jugak, menghabiskan duit beli jeans, baju, botol susu and etc, of course la untuk Izz kan.. Sisa2 duit yang ada baru la beli baju untuk diri sendiri T_T sebelum balik makan pancake kat Pancake House, best !!


KL golden triangle

Makan nasi ayam hainan terbaekk!!! tapi mahal

@ mothercare




Setelah bertahun tidak berbaju baru... hehehe tipu ok!!!

pilih makanan, mummy bayar

ini mummy punya sahaja, belum masuk abah dan Izz punya T_T

kenyang!!

mari pulang

On Sunday, hari untuk mengemas rumah dan merebus hotdog untuk Izz dan memasak macaroni n cheese untuk hubby… Semua settle, kami ke PCMC melawat En Abun, ehh ehh melawat Alin dan her newborn sebenarnya.. Comel sangat Iris Erina, dah besar jadi menantu makcik ye !!! hehehe...


Lepas tu ke Tesco Ampang nak mencari set kerusi meja untuk Izz, saje je sebab dr Sharmila suggested beli meja untuk Izz supaya dia lebih fokus and excited nak belajar... Balik rumah, badan Izz macam panas lagi, mandikan dia bagi susu pastu terus dia tido... Kul 3.30 pagi tadi Izz jatuh katil, macammana ntah boleh jatuh, confius I.. Pastu dia bangun terus nak susu… Tadi hantar rumah nenek dah ok, seronok je jumpa kakak eisya.. Ok enuff with karangan hari minggu kami…


Masuk cerita lain...


Hubby quite sad because kalah judi his prediction tidak tepat for this year World Cup, Argentina dah kalah dan kena balik kampong, good bye Messi n good bye Maradona!!! I think maybe if hubby buat analisis (yes, he really menghadap laptop most of the time for doing the research!!) using the prediction from Paul the Octopus, he will choose another team sebagai sandaran, or not En. Lalang??? hoho peace dear...



Luv,