17.6.10

Bibik Dah Lari...

Ini cerita lama, lambat disiarkan sebab 1. saya busy dengan exam PPK. 2. menyakitkan hati je tapi skrang dah boleh terima kenyataan. 3. saya MALAS

Last month masa seronok bercuti ngan my family dan family DBalkis plus gi kenduri kawen Alipht dan Leo kat Kelantan, saya terima berita dari Dian, BIBIK LARI DARI RUMAH.........

Lebih kurang 5 bulan dia kerja, Iskandar pon dah ngam dgn dia, saya tak berkira pasal makan pakai dia, belikan topup free, kasi dia cuti lagi tapi ini yang dia balas kat saya... dah la selongkar almari cari pasport, dapat pulak tu... lagi la sakit ati aku ni....

Lain la kalau dia kena dera buat benda2 yg tak sepatutnya boleh la lari, saya patut dera je dia kan hissh hissh marah ni...

Yang bestnya bukan dia sorang je lari tapi my SIL punya maid pun lari dalam masa yg sama, maid my MIL lari 3 hari sebelum tu, huhhh memang la diorang ni, dah berpakat nak lari secara berJEMAAH tau!!!

Kami pergi hari jumaat dan dia lari hari sabtu.. hari ahad kami balik terus buat report polis pastu email pada Ketua Pengarah Imigresen...

Tak ada apa lagi yang boleh kami buat sebab kes ni dah banyak sangat jadi kat Malaysia, kami cuma menambahkan statistik sedia ada je so polis takde la take serius action sgt pon.....

Tapi saya ingat nasihat my good friend C.K, “takpe la ko kan orang yang teraniaya, doa makbul tu” so everytime lepas semayang je mesti saya doakan bibik dapat balasan yang setimpal, huahhhh geram ni...

Sekarang semua kembali seperti dahulu, pagi2 bangun siapkan semua benda yang patut, hantar Izz gi umah Nenek Wok (nasib baik dia terima Izz lagi) pastu hantar Hubby kat LRT dan im off to the office... Malam start membasuh kain baju seluar dan mengemas mainan Izz yg asyik kena sepahkan tu je... Weekend pulak kena bangun pagi, kemas rumah dan mop lantai serta masak memasak.... Mummy pon start membebel semula everytime Izz dan abah menyepahkan rumah, hehehehe.. Tapi saya noticed one thing la, skrang ni beli groceris dah tak semeriah dulu so banyak jugak jimatnya ^_^ boleh la shopping benda lain yuk!!

And saya dan hubby dah sepakat "kita semua sepakat, di kampung hai pening lalat" ishhhh ni lagu dalam filem Ahmad Albab kan, apasal aku melalut plak ni, hmmmm apa tadi haaaaa... Kami dah sepakat dan serik untuk mengambil maid lagi, so buat sementara ni biar la mummy izz je yang jadi tarzan bibik dirumah.... mungkin bila Izz dapat adik nanti kami akan pertimbangkan semula cadangan mengambil maid....

Skrang dah boleh berbogel2 dirumah ye, yiiihaaaaa!!!!!!!!!!!!!! hahahha

Nama bibik kami yang lari tu MISTIK nama sebenar kalau ikut dia la MASTIKA NORAINI... Walau apa pon, dia adalah MISTIK YANG MISTERI, hua hua hua hua....

Luv,

No comments: