29.6.10

Under Construction

alamak gatai nak tukar template, dah jadi haru biru blog ni, hadoiii la...

tunggu ya sementara saya nak mengfix pape yag patut... ish ish kena baca coding jugak la camni, hampas tul la!!!!

New Template..

I'm maybe the only person that been left behind the train *tertinggal keretapi* because I just found out about the newest templete designer from blogspot that so comprehensive and so easy to use... Seriously En Nizam will be so embarrass and tak mengaku student if he know this but really, I can't do any HTML coding anymore because i just forgot about it T_T

With
this new design I can replace my blogskin, my page's elements and everythings with just a click, hahaha sound so kacang kan??

So for today, I try to godek2 and let's see what gonna happen next.... ^_^


Luv,

28.6.10

Messikandar

Ini Izz Iskandar... Sempena World Cup yang boleh dikatakan kat semua tempat orang sibuk bercerita pasal score la, team sayur la, potential winner la dan macam-macam lagi, Abah Izz telah dengan sesuka suki hati bagi nama Messiskandar pada anak terunanya walaupun ada suara-suara sumbang seperti komen Syed Aja "macam nasi kandar je" tapi abah Izz tak peduli pon, dia masih
mengintroduce anaknya as Messikandar... ehh lagu Syakira untuk theme song world cup tu best la *tetiba je*

Actually I pon tak tau la dari mana dapat nama Messi tu ingatkan sebab rambut Izz yang dah panjang dan messy2 tu tapi rupanya sebab Lionel Messi, player Argentina but sorry la I tak tau dia main position apa..

By the way, bila World Cup dah masuk second stage ni, masa I di depan tv semakin berkurangan sebab Abah Izz asyik conquer tengok bola je tapi sebagai isteri solehah ehem ehem I ikut je janji Abah Izz belanja kami makan Pizza tiap-tiap malam, hahahah....

Masa world cup 4 tahun lepas, I tengah bercinta lagi ngan Abah Izz so masa tu sanggup la meneman dia lepak tengok bola kat kedai mamak malam-malam buta tapi world cup selepas kawen dan ada anak ni lain la sket, tengok kat rumah je tu pon sensorang jek sebab I dan Izz dah berdengkur dalam bilik, hua hua hua.... Takpelah asalkan jangan nak mengada-ngada melepak kedai mamak sudah....

Saya sokong team mana? mesti la Malaysia tanah tumpah darahku.. eh eh Malaysia tak masuk erk, aisehh men bila la nak dapat sokong negara sendiri ni.....

p/s : kepada kengkawan yang akan pegi interview Master pada first July ni, gud luck ye sobs sobs tunggu saya di pintu menara gading huwaaaaaa

Luv,

21.6.10

Selamat Hari Bapa

Hmmm sebelum diteruskan, saya nak menjawab soalan entri sebelum.... Saya balik kul 1.30 malam dan sambung presentation hari Ahad dari kul 9 sehingga 3 petang.... Begitula weekend ku yang sangat produktif, hua hua hua....

Anyway, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI BAPA pada Che Mat tersayang (abah saya) dan En Izali tercinta (abah Izz Iskandar)

Hadiah Hari Bapa ialah, gambar father and son wearing Argentinas' jersey (by the way, my hubby actually kipas susah mati die hard fan Italy tapi beliau meramalkan Argentina akan juara World Cup this year) Well, we'll see ya but I don't care pon....

Abah dan Izz main bola (Izz sangat comel dan Abah sangat pelik dgn muka tetiba menjadi panjang)


Dimanakah Iskandar????


Ok, itu saja.... bye bye uolls.

Luv,

19.6.10

Mari Bekerja di Hari Sabtu yang mulia....

Haha Happy Saturday semua...........

Bersiaran dari bilik opis yang macam tak cukup oksigen ni, apa kejadahnya buat di opis hari cuti, yaaaaaaaa say thank to RMK-10.. ok menyampah..

Tadi hantar Izz kat umah Nenek Wok, good boy je dia bangun pagi pastu ajak mandi pon takde masalah, bila Mummy tengah make up dia happy sangat, maybe ingat munny nak bawak dia gi jalan2 la tu, sorry sayang, mummy kena work la.... tak pe lah, abis keje ni ingat nak bawak dia gi jusco la tapi tak tau la bila nak abis ni, jangan sampai malam sudah la...

Ok, nak sambung buat keje dulu, rase2 stuck nanti sambung balik membebel kat sini, by the way, saya tengah menunggu turn nak present project ni.. orang yg present first tadi pon tak abis lagi dari kul 9 pagi, saya nombor 3, huaaaaaaaa bila boleh balik ni T_T

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8:15 PM

Seriously, memang sangat tak seronok bila dah pukul 8 malam hari sabtu masih tercongok diopis menunggu giliran untuk pembentangan projects..... Start pon belum lagi so harapan untuk pulang ke rumah dan membawa anak berjalan-jalan di jusco hanya mimpi nan indah di kala ini...

PUKUL BERAPA AKU NAK BALIK NI WEIIII??

Luv,

17.6.10

Bibik Dah Lari...

Ini cerita lama, lambat disiarkan sebab 1. saya busy dengan exam PPK. 2. menyakitkan hati je tapi skrang dah boleh terima kenyataan. 3. saya MALAS

Last month masa seronok bercuti ngan my family dan family DBalkis plus gi kenduri kawen Alipht dan Leo kat Kelantan, saya terima berita dari Dian, BIBIK LARI DARI RUMAH.........

Lebih kurang 5 bulan dia kerja, Iskandar pon dah ngam dgn dia, saya tak berkira pasal makan pakai dia, belikan topup free, kasi dia cuti lagi tapi ini yang dia balas kat saya... dah la selongkar almari cari pasport, dapat pulak tu... lagi la sakit ati aku ni....

Lain la kalau dia kena dera buat benda2 yg tak sepatutnya boleh la lari, saya patut dera je dia kan hissh hissh marah ni...

Yang bestnya bukan dia sorang je lari tapi my SIL punya maid pun lari dalam masa yg sama, maid my MIL lari 3 hari sebelum tu, huhhh memang la diorang ni, dah berpakat nak lari secara berJEMAAH tau!!!

Kami pergi hari jumaat dan dia lari hari sabtu.. hari ahad kami balik terus buat report polis pastu email pada Ketua Pengarah Imigresen...

Tak ada apa lagi yang boleh kami buat sebab kes ni dah banyak sangat jadi kat Malaysia, kami cuma menambahkan statistik sedia ada je so polis takde la take serius action sgt pon.....

Tapi saya ingat nasihat my good friend C.K, “takpe la ko kan orang yang teraniaya, doa makbul tu” so everytime lepas semayang je mesti saya doakan bibik dapat balasan yang setimpal, huahhhh geram ni...

Sekarang semua kembali seperti dahulu, pagi2 bangun siapkan semua benda yang patut, hantar Izz gi umah Nenek Wok (nasib baik dia terima Izz lagi) pastu hantar Hubby kat LRT dan im off to the office... Malam start membasuh kain baju seluar dan mengemas mainan Izz yg asyik kena sepahkan tu je... Weekend pulak kena bangun pagi, kemas rumah dan mop lantai serta masak memasak.... Mummy pon start membebel semula everytime Izz dan abah menyepahkan rumah, hehehehe.. Tapi saya noticed one thing la, skrang ni beli groceris dah tak semeriah dulu so banyak jugak jimatnya ^_^ boleh la shopping benda lain yuk!!

And saya dan hubby dah sepakat "kita semua sepakat, di kampung hai pening lalat" ishhhh ni lagu dalam filem Ahmad Albab kan, apasal aku melalut plak ni, hmmmm apa tadi haaaaa... Kami dah sepakat dan serik untuk mengambil maid lagi, so buat sementara ni biar la mummy izz je yang jadi tarzan bibik dirumah.... mungkin bila Izz dapat adik nanti kami akan pertimbangkan semula cadangan mengambil maid....

Skrang dah boleh berbogel2 dirumah ye, yiiihaaaaa!!!!!!!!!!!!!! hahahha

Nama bibik kami yang lari tu MISTIK nama sebenar kalau ikut dia la MASTIKA NORAINI... Walau apa pon, dia adalah MISTIK YANG MISTERI, hua hua hua hua....

Luv,

16.6.10

Activity for Boring Weekend

Hola buen dia y todo el mundo
(hello and good day everybody) thanks to Handy Manny

Let's see what Im doing while Abah is not around and Mummy is too occupied with the tv house chore ehem ehem.....


Eating sausage and demand to watch cartoon early in the morning.....


Playing hide and seek with mummy and turn on the switch when mummy not watching.....

Getting mess with the toys right afer mummy tidy it up....

Sitting on a bread..........

Watching cartoon and pretend to be one of them..

Talking to myself infront of the mirror errkk practicing speech if I may say....

Waving bye bye to all the vehicle that pass by from the balcony... feeling mayang mengurai ke son???

And the list goes on...........

Muchas gracias

I love my Mummy


11.6.10

Sayangkan Isteri, Tinggal Tinggalkan....

Mari memulakan entri dengan pepatah melayu dahulu kala;

"Sayangkan anak tangan tangankan, Sayangkan isteri tinggal tinggalkan"

Iskandar sekarang memang dah banyak akal, macam2 dia buat and sometimes boleh buat mummy panas menggelegak tengok perangainya, selalu la juga kena sedas dua tapi selalunya jentik-jentik manja je sebab kalau dah dengar mummy dia jadi tarzan, Izz mula la datang meliuk lintuk, mintak maap la tu.... Izz suka tarik rambut mummy, kadang2 nak gigit mummy, rasenya nak tumbuh gigi la tapi sakit okeh penangan gigi comel dia tu....

Tapi cerita ni pasal abah Izz sebenarnya............

Hubby takde dari today sampai next weekend, berkhidmat untuk company katanye... So tinggal la si mummy dgn her son yang banyak songeh tu.... hmmmm macammane la nak handle si kecik tu sorang diri, yang paling penting, apa la kitorang nak buat weekend ni... Jemputan kawen banyak tapi tak tergamak plak nak pegi berdua jek, lain jadinya nanti.... So kepada kengkawan sila la ajak kami untuk beriadah dan beraktiviti ya... Ajak mummy dapat bonus anak sekali, hua hua hua......

Izz dan Abah, picture time birthday ari tu, lama dah, rambut Izz pon pendek mase tu baru potong la rasenye....

Me and Hubby.. Ni pon gambar lame, mase tengok teater Seri Mersing la rasenye..


This picture considered baru la jugak, masa balik kampung last 2 week, ni kat KFC R&R... Noticed tak fringe kami yang sama, hahaha sangat lawak mukaku dengan rambut begitu, huhu tak sesuwei uuu...

Okeh kawan2, berilah cadangan bernas untuk kami anak beranak ye T_T

Masa untuk pulang dan beperang bermesra ngan hero mummy, bubbye

HAPPY WEEKEND HOLIDAY UOALS!!!!!

Luv,

3.6.10

Happy Birthday Bibik ehhh Acik Dian!!!

Ini cerita loooonnnnngggg time ago!!! hahaha.... 12 Mei 2010

Actually ini kisah hari jadi dian yang ke tuuutttt 23 kot, ishhhhh tua dah makcik tu ghupenyer... Kami sambut di restoran San Francisco Pizza, Wangsa Maju... Lepas I sampai jek rumah dari Tawau terus ajak diorg gi makan-makan, dah lambat la jugak sebab kami adalah customer yg terakhir keluar dari restoran tu sampaikan pekerja restoran siap tutup lampu lagi...


Sorry la gambar birthday girl takdak dalam camera, yang ada gambar pakcik kecik ini aje... Cuba tengok kat belakang tu, korang perasan tak sape????


Ini saje kek yang ada kat restoran, yang lain udah habis... Tu la sape suruh datang time kedai dah nak tutup, semua pun ilekkk... Tiramisu kek yang most of the portionnya dimakan oleh gergasi Cicanda, bukan birthday girl...

Okeh abis cita pasal birtday Dian.... Masa makan-makan tu tetiba terperasan kat sekumpulan customer lain, kenal tak? Tu pelakon glamour yang DBalkis minat tu, hehehe pelakon Nur Kasih yang bawak watak Aidil tu, si Fizz Fairuz dan aweknya yang jelita Almy Nadia...

Fizz Fairuz dan Almy Nadia datang sama-sama tapi duduk jauh-jauh time kat meja tu, balik pon sama-sama naik Harrier putih, wohoooooo....

Oklah, stop dulu.. Nak turun kat lobby ni ada perasmian Hari Tranformasi MinDef, nak jumpe pak Menteri, hehehe...
Anyway........... To Acik Dian merangkap bibik bergaji separuh bulan "Happy Birthday"


Luv,

1.6.10

Ya, My Tiny World masih bernafas

Wahhhh lamanya tak update blog, hehehe busy sungguh ni sampai bukak blog pun tak sempat...

But sorry readers, today pon tak sempat nak cerita ceriti lagi sebab banyak keje opis yang pending sepanjang peninggalan, ini pun just nak meninggalkan kesan yang blog my tiny world masih bernyawa ye, hehehe insyaallah esok baru boleh start merepek meraban, tungguuuuuu....

Luv,