7.5.10

Ada apa dengan Bos?

Salam semua,

Hari ni saya sedikit emo tapi takpe lah, mungkin bukan rezeki lagi (tidak! ini bukan isu tambah anak ye, makcik sekalian)

Saya sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dan tingkatkan usaha untuk menjadi seorang bos yang yang bagus, saya belajar perkara-perkara baru dan saya tak malu untuk bertanya walaupun dengan makcik kakak kerani di opis. Saya selalu berdoa supaya saya dapat jadi bos yang adil dan tidak terpengaruh dengan budaya kipas mengipas yang boleh menyebabkan saya berat sebelah. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semasa jadi orang bawahan, saya cuba janakan satu bentuk kepimpinan yang saya rasakan terbaik untuk saya adaptasi di waktu ini. Walaupun sebelum ni agak payah saya nak menjadi pemimpin disebabkan beberapa faktor sekeliling tapi sekarang alhamdullilah, saya berjaya untuk menghumban ke tong sampah anasir-anasir jahat itu HAH HAH HAH *ketawa jahat*

Sepanjang perkhidmatan sejak tahun 2004 sempai sekarang, saya pernah bekerja dengan 8 orang bosses yang berlainan. 6 lelaki dan 2 perempuan. 1 dah meninggal (Al-Fatihah), 2 akan pencen (good bye bos), 3 dah naik pangkat dan mungkin akan naik lebih tinggi (jangan lupa kat saya ye bos) dan 2 masih di takuk lama (huh, padan muka LOL). Banyak memori yang saya dapat daripada semua bos-bos termasuklah yang manis, masam dan kelat. Ada bos menjadi sumber inspirasi saya, ada yang banyak memberikan tunjuk ajar, ada yang membentuk saya menjadi seperti saya sekarang dan ada juga yang tak buat apa-apa, cuma mencari salah sahaja. Walaubagaimanapun saya masih hormat mereka kerana mereka adalah senior saya sampai bila-bila pun. Terima kasih bos-bos semua.




Yang membuatkan saya agak berduka cita di waktu ini adalah saya terpaksa melupakan sementara hasrat untuk menyambung pelajaran kerana markah prestasi saya tidak mencapai kriteria markah yang ditetapkan oleh JPA. Huwaaaaaa makcik frust okeh!!!! Ini semua sebab bos CHS punya pasal la ni; lu kasi gua markah rendah, nasib baik gua baru tau, kalau tak gua report lu kat dato’, dato’ sayang gua ma!!! Hahaha perasan sungguh... Saya bertungkus lumus menyiapkan proposal sampai tido lewat malam tapi inikah balasannya... Kijamnya donia!!!

Tapi takpe saya akan mencuba lagi untuk tahun-tahun akan datang, tu pon kalau berjaya mengelak untuk menjadikan Iskandar abang besar la, hehehehe.. So kepada Che Karim kesayangan hamba, kau proceed la dulu di lubuk ilmu tu ye nanti aku menyusul kemudian...


Luv,

2 comments:

Carrie-Ma said...

mar sahabatku,

mcm tu la plak. aduhai. tp lnpt tu kia purata utk 3 thn tau bukan tiap2 tahun. takkan purata pun xlepas kot. cuba semak...

mama_umar_maryam said...

xper mar,mayb blm rezeki lg,kene bg is jd abg dulu kot,ha3