26.4.10

Cerita Benar bulan April

Hi there, saya nak sambung membelog lagi ^_^

Cerita ini adalah cerita benar yang benar terjadi pada saya di bulan April ini;

1. Ada sorang Colonel yang sangat berlagak dan nak tunjuk power dia.. Seriously, kami bertikam lidah dan saya pun tak sangka saya boleh lawan orang macam tu sekali ganasnya.. Ayat yang paling tak boleh lupa "Colonel, saya ni kalau pakai paku, sama je dengan pangkat dengan Colonel, so tolong respect orang sikit.. Kalau tak puas hati lagi saya panggil one star saya" Sambil bercakap tu, tangan bergerak2 sambil tunjuk bahu.. Pastu saya panggil my lady boss yang sangat lemah lembut untuk menyelamatkan keadaan, hehehe rase macam kelakar sangat and benda tu sangat hot menjadi topik hangat di mana saja...

2. Bila penat dan bila ada orang tak boleh nak ikut simple order, saya jadi cepat marah... So sepanjang buat keje ada la beberapa kali saya naik angin dan beberapa orang yang kena marah dengan saya sampaikan my big boss macam tak percaya dengan saya saya marah-marah orang ni, diorang selalu cakap saya ni baik, lembut dan tak pandai marah tapi jangan buat makcik ni marah ye, terkojut korang nanti!!!!

3. Sepanjang beberapa hari di KLIA, saya dapat jumpa a few important peoples such as; menteri besar johor dan family, tan sri isa samad with his new wife bibi sharliza, tuan guru nik aziz dan lain-lain...

4. Bilik air dan kawasan sekitar kat special lounges KLIA berhantu, heheheh makcik cleaner yang bagitau, nasib baik dia cakap masa dah nak abis event, kalau tak mesti saya diselubungi misteri, ke bilik air pon asyik nak berteman.... Tapi bilik air kat special lounges itu sangat besar, bersih dan kemas, memang 1st class...

Luv,

Sakit di bulan April

Phewwww lamenya tak berbelog!!!! Rase lain macam plak bila nak menaip ni, tetiba blank tak tau nak start dari mana... banyak sangat nak update tapi saya nak buat dalam lain2 entry biar banyak sket entry bulan ni, aci tak??? ^_^

Saya skrang kat rumah, dapat m.c for 2 days.... Seronok memang seronok tapi bila pikir kerja yang bertimbun kat opis terus rase tenat, hehehe by the way, saya memang sakit ye... Macam-macam penyakit ada ni, dalaman dan luaran, sejak badan ni kena lenjan berhari-hari buat DSA terus lembik tak bermaya, penat okeh!!! tu belum amik kira sakit hati bila orang tak appreciate apa yang kita buat, dah la kita ni buat macam-macam walaupun bukan tugas hakiki, tinggal anak, tinggal suami, tinggal kerja bertimbun kat opis semata-mata nak menjayakan pameran yang langsung tak ada kena mengena dengan diri sendiri, alih-alih bila post-mortem sebab benda yang kecik tu, kita pulak yang nak disalahkan, ni yang bikin panas ni!!!!!!

Ya, I am one of the macai yang dipaksarela untuk buat pameran Defence Services Asia 2010, walaupun dah 12 kali penganjuran tapi masih lagi kelam kabut dan kalau diikutkan masalah yang jadi semua yang pernah berlaku, tapi saya tak sure la kan sebab ni first time saya kena turut serta tapi tak boleh komen banyak la nanti kena tindakan tatatertib pulak, iya la saya yang menurut perintah kan..... Cuma kalau boleh tolongkan jangan panggil saya untuk turut serta dalam apa2 event lagi, tak kira la LIMA ke DSA ke, saya dah serik!!!!!! Namanya je AJK tapi langsung tak jejakkan kaki ke PWTC sepanjang pameran tu, adil ke????

Okeh, makcik emo ye.. Nak rileks makan ubat jap, nanti sambung balik T_T

Benci la,

12.4.10

Cerita Bulan April

Salam,

Saya sangat tak cukup masa ni, sambil mencari idea nak buat keje sambil menyelitkan diri membelog sekejap.... So saya akan cerita benda-benda yang penting dulu ye, hehehehhe penting ke???

Last weekend kami ke Port Dickson, hubby ada family day kat Tiara Beach.... Ada tele-match dan persembahan semua.. Ok la, seronok jugak tapi penat yang amat sebab kena melayan Izz seorang diri sebab hubby sibut nak praktis silat la, twist la, macam-macam la. The only game yang Izz participate ialah amik coklat and gula-gula, boleh la.. By the way, congratz to hubby and all his group friends sebab menang persembahan dan dapat voucher RM750 makan kat chillis.. And also congratz sebab jadi johan keseluruhan dan hadiah yang paling I tak tahan ialah dapat cash 5 ribu hokehhh!!!!

Semalam ada orang bunuh diri kat condo ni, eeeeeee takutnya... My maid yang bgtau, tu pon sebab masa dia naik tingkat 5 tadi nak beli topup, dia jumpa ngan makcik cleaner tengah bersih-bersihkan kesan darah kat sebelah kedai runcit.. Katanya nyonya weekend cleaner terjun dari tingkat 12 terus jatuh kat tingkat 5 tu, nasib baik tak masuk dalam pool, huhuhu.... Ramai polis dan reporter datang tapi sebab semalam kami sampai rumah dah jam 9 malam so terlepas la semua berita sensasi itu.....

Tadi di pejabat tengah syok-syok buat kerja tetiba blackout, bila I keluar dari my room ada bau asap and penggera berbunyi, rupa-rupanya ada litar pintas.. So I pun kemas handbag, tutup lampu dan pintu and terus balik, hahahahaha itu saja!!!!!!

Sekian....

Luv,

8.4.10

April adalah bulan yang busy

Saya sangat busy sekarang, nak berbelog pun tak sempat... Setiap hari saya cume kerja separuh masa di opis, separuh masa kedua pegi melawat tapak, hehehe taklah cuma this week saya kena ke Parlimen, Putrajaya, Perlimen, KLIA dan Putrajaya lagi... Paling awal balik rumah jumpa anak kul 8 malam tapi tak boleh lawan en suami yang setiap hari balik kul 10 malam la..

Banyak nak taip tapi nak ready ke KLIA pulak cuma kesian tengok entry for this month yang berapa memberangsangkan, hehehe... Hmmm just nak tambah, start bulan ni saya akan memasak setiap pagi untuk buat bekal en suami, baik kan saya!!! ^_^

Ok, nanti free saya merepek lagi, bye...

Luv,

5.4.10

Happy Birthday Dear Hubby!!!

I only have a few minutes before this entry will be expired, so i need to be fast as i can ^_^ hehehe...

First thing first,

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!!

Secondly, let the pictures do the talking coz im running out of time, hahaha aci tak??

I tried to make this small birthday celebration as a surprise to Hubby but i failed again, hua hua hua.. We waited for him at Kinokuniya and when I told him that we already at KLCC, he quite surprise.. After that we went to Chillis for dinner.. I thought of let the expert do the bring-the-cake-while- singing- happy-birthday-song things will run smoothly but the waiter suddenly approached us and asking if I want the candle or not and what is birthday boy name... Hahaha fail lah....


Birthday boy

The birthday cake


Birthday meals from chillis


Birthday boy with Wifey

Birthday boy with baby


Ok, ini masuk cerita lain... Sementara tunggu Abah turun dari opis, Mummy sangat penat melayan little Izz yang sangat suka mengexplore benda baru, lari-lari sambil jerit-jerit panggil orang, membuat cubaan naik ekslator, mengemas buku kat Kinokuniya, bila Mummy dukung dia mula mengeliat2 nak turun..... Hobi baru Izz sekarang adalah berlari, phewwww penat Mummy Abah kejar (Mummy tengok je)







Luv,