20.3.10

Snippet : cerita minggu ini

Arghhhh i keciwa tak dapat nak tranfer gambar dari hp ke laptop ni, apasala bluetooth ni ada problemo plak, selalunya ok je.... So this entry takde gambar sebagai bukti la ye, nak cari cable malas!!!!

Weekend ni busy untuk kami, penuh dengan aktiviti, hari ni nak ke Mid Valley nak mencuba nasib dalam contest kat Motherhood Expo and esok I and Hubby nak gi menonton Teater Seri Mersing pulak, alamak plan nak gi service dua-dua kereta tu bila pulak yek??? Takpelah tu biar Hubby yang pikir, hehehe

Last Khamis lepas amik Hubby kat LRT kami saja-saja nak mencuba makan kat Bangi Kopitiam, Setiawangsa.. Best tempat dia, makanan pun banyak pilihan and gambar-gambar kat menu gile menawan hati so diet untuk hari tu memang buang ke laut, dah la masa lunch hour makan nasi beriani ngan cik dayang kat PWTC, huhuhu....

Semalam I ngan staf-staf opis gi melawat sorang pegawai yang baru bersalin kat Kg Baru Medical Centre, dia dapat baby boy, tengok baby rase cam nak ada baby lagi jek ^_^ comel kecik jek, cute sangat... Maybe sebab Izz dah besar kot, dah pandai macam-macam pon hero tu...

I sangat busy kat opis lately, sepatutnya semalam I ada meeting kat Putrajaya untuk budget screening kul 8 malam, tapi nasib baik I ada sorang pegawai yang sangat berdedikasi sanggup gantikan I dengan alasan rumah dia kat area sana, bagus gak kan takde la macam sesetengah pegawai yang suka menyusahkan boss dia yang baik hati macam I ni, auwwwww!!!! Lagi satu, I baru tahu yang my permohonan untuk PPK TK3 next week dapat, sebelum ni bila check asyik calon simpanan jek, last minute baru dapat plak... Tapi memandangkan I dah terikat ngan DSA rasenya terpaksa la tolak untuk sesi PPK ni, tapi nanti kena ban sampai 12 bulan pulak, hahaha gile kau....

Oklah stop membebel, nnt I update pasal contest and Motherhood Expo ye.. See ya ^_^ muah muah muah mucho gracias!!!

Luv,

No comments: