24.3.10

Preview - Teater Seri Mersing

Saya suka tengok teater, saya pernah terlibat secara langsung dengan teater (walaupun hanya watak pembantu) dan saya masih suka teater sehingga ke hari ini, walaupun kali terakhir saya menonton teater adalah 3 tahun lepas ^_^

Banyak teater-teater menarik yang saya terlepas nak menonton contohnya Natrah, PGL the Musical, P.Ramlee the Musical, Tun Razak dan lain-lain... Kebiasaannya bila lalu depan Istana Budaya dan nampak poster teater yang menarik, saya akan segera lontarkan idea kepada hubby untuk pergi menonton, walaupun mendapat green light, tetapi idea itu selalunya gone with the wind ~~~~~~

Tapi bila saya dapat tahu mengenai Teater Seri Mersing yang akan dipentaskan di IB, saya terus mintak persetujuan hubby.. Memandangkan schedule kerja kami yang tight, kami hanya berkesempatan ke IB pada hari terakhir permentasan...

Kenapa Seri Mersing?? Sebab saya orang Mersing okeh, anak jati Mersing!!! Semua pelesok Mersing saya dah khatam, hehehe... My Hubby pulak adalah cucu kepada allahyarham Mahmud June, pelakon yang melakonkan watak antagonis Awang Sulong dalam cerita asal Seri Mersing terbitan Cathy Keris...

Seri Mersing adalah cerita orang dagang yang merajuk dan pulang ke tempat asalnya kerana kecewa dengan tuduhan fitnah yang dilemparkan hingga sanggup meninggalkan kekasih yang dicintainya. Beberapa tahun kemudian anak orang dagang tersebut tiba di Mersing untuk mengetahui kisah silam yang disimpan oleh ayahnya dan bertemu dengan si kekasih yang membujuang sampai ke tua semata-mata kerana menunggu orang dagang tersebut, dalam masa yang sama si kekasih mempunyai seorang anak angkat yang akhirnya jatuh cinta dengan anak orang dagang tersebut... Kiranya seperti sejarah berulang kembali la...

For me; naskah Seri Mersing ni selain dari cerita asal Seri Mersing, ada juga yang ditokok tambah untuk menguatkan jalan cerita. Selain itu, plot cerita yang menarik dan lengkap elemen gembira, sedih, amarah dan air mata. Cara penyampaian cerita yang kreatif, props yang gempak dan nampak real serta kecanggihan panggung sari di IB itu sendiri banyak membantu menghidupkan teater Seri Mersing. Seriously, untuk teater selama 2 jam tu, saya tak rasa boring dan tak rasa menyampah. Para pelakon pun sangat bagus dengan watak masing-masing, bila menyanyi sedap suaranya tanpa sumbang, bila buat lawak pun sangat menggeletek hati, macam-macam irama dan tarian dalam teater ni termasuklah zapin tenglu dan joget...

Tahniah kepada semua pelakon dan tenaga produksi!!!

Cuma saya kurang setuju dengan watak-watak antagonis dalam Seri Mersing; nampak terlalu angkuh dan jahat sangat orang-orang di Mersing. Tolong la, kami tak sejahat dan sekejam itu, hahahaha...

Gambar-gambar selepas pementasan;

watak utama : Damak (Adi Putra) dan Seri Mersing (Elly Mazlien)

barisan pelakon dan tenaga produksi

pelakon-pelakon asal Seri Mersing : A. Galak, Mariani, Dato' Mustafa Maarof dan Datin Rosnani Jamil


Leez AF, Hairi anak wayang, Rusdi Ramli, Melissa Saila, Azizah Mahzan dll

Luv,

No comments: