Simptom dan Tanda-tanda
Ia berbeza-beza mengikut usia dan bergantung kepada masalah yang dihadapi sama ada;
- Meningitis : demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan.
- Radang paru-paru : boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan.
- Otitis Media (Jangkitan telinga tengah) : sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami;
- demam panas
- batuk dengan atau tanpa kahak
- sakit dada
- tiada selera makan, tidak mahu makan
- rasa tidak sihat, sering merengek
- pernafasan laju atau susah bernafas
- muntah atau cirit birit
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka mudah kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan oksigen.
Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paruJenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan.
- Tidak serius dan disebabkan oleh virus : sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberi ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak.
- Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria : doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya.
- Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan.
- Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal : anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Langkah-langkah Pencegahan
- Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
- Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
- Meneruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti;
- vaksin pertussis (batuk kokol)
- vaksin measles (demam campak)
- vaksin influenza
- vaksin pneumococcal
source daripada mingguan malaysia dan www.susuhikmah.com
Luv,



3 comments:
ciannye...kat Izz, sory baru tau Izz warded. klu tak boleh lawat Izz. Doc advice tak Izz ambil pneumococcal vacsin.Irma ada ambik PV ni utk Dina n Hazim. agak mahal jugak lah vacsin ni RM280-300 sekali ambil kat private.klu kat kerajaan dlm 250 je tp bgantung kpd stok ubat.
alhamdulillah Izz dah sembuh,cian die..tq 4 sharing this info,next time xleh way main2 klu budak2 demam,selesam,batukkan..peringtan utk i jugak,huhu
irma
thanks for ur concern, actually izz dah amik PV tu tapi maybe kena amik lagi kot, biar kuat sket pertahanannya hehehe... but nway nnt i consult ngan doc lagi pasal tu...
zety
haah, kadang2 kite ni (aku la tu!!!) bila anak demam bagi ubat je tapi tgk2 kena penyakit lain rupenye.... well never mind, lesson learnt...
Post a Comment