28.2.10

A Happy Boy

I’ve bought my baby to meet his paediatrician last Thursday for the follow up and also for his 13 months jab. In her consultation, dr sharmila advised me to bring Iskandar to the park or playground as much as I can because Iskandar is such an active toddler so he needs a fresh air and a spacious place to play and learn new things.

As a start, we went to the beach at my hometown to let Iskandar playing freely, but he was too mengada-ngada and refused to walk by himself because the sand was glued at his wet feet. He liked to watch the waving billow but stand static at one place as long as hubby didn’t pick him up. Whatever la dear, as long as u are happy!!!!








Luv,

27.2.10

Minyak Kelapa Dara

Setiap kali bila balik ke kampung, saya akan pesan pada mak untuk belikan stok minyak kelapa dara untuk kegunaan 2/3 bulan (bergantung kepada bila saya akan balik ke kampung lagi) lebih kurang 5-10 botol la ataupun bila Dian balik saya akan pesan pada dia tapi dia akan komplen sebab kena bawak barang berat naik bas!!!
Saya mula guna minyak kelapa dara sejak dari mengandung sampai la ke hari ini. Mak la yang mula-mula paksa kenalkan saya, actually sebelum dari mengandung lagi mak dah mula beritahu kebaikan minyak ni tapi sebab saya rasa macam tak ada connection antara saya dan minyak kelapa dara so saya buat-buat tak nampak aje... Bila perut saya mula menunjukkan tanda-tanda regangan (stretch) yang sangat buruk saya mula mintak petua orang-orang tua sebab saya rasa cocoa butter cream yang saya guna dan beli tiap-tiap bulan tu macam tidak berkesan (mungkin my skin not elastic enough tho!!) jadi mak sarankan untuk saya untuk gunakan minyak kelapa dara... Sejak dari hari tu saya sangat bersungguh-sungguh menggunakan minyak kelapa dara walaupun kulit di perut saya tak dapat diselamatkan lagi T_T *makcik pasrah okay!!!* Kadang-kadang saya juga cuba untuk minum minyak kelapa dara walaupun kebanyakkan masanya tidak berjaya, mak kata bagus untuk bersalin, patut la masa saya bertarung nyawa mengeluarkan Iskandar dulu takde la susah sangat (ke sebab bantuan epidural semua!!!!) Selepas bersalin, saya masih menjadi pengguna minyak kelapa dara yang setia dan sila la lihat hasilnya pada permata hati saya yang satu itu, hehehe...
Sejak lahir sampai dah pandai berjalan ni, Iskandar masih lagi berlumuran dengan minyak kelapa dara especially bila lepas mandi *ok ar tu, Mummy tak lumur awak ngan minyak bijan kan* Kulit Iskandar agak kering dan cepat mengelupas kalau lama sangat exposed pada tempat-tempat yang sejuk, contohnya masa saya berkampung di Langkawi pada bulan 12 tahun lepas, memang saya serahkan tugas menjaga Iskandar sepenuhnya pada Dian sebab kerja saya terlalu banyak dan langsung tiada masa untuk Iskandar, dan biasa la budak-budak muda remaja ni bukannya prihatin sangat dengan baby, jadinya kulit anak saya yang halus mulus tu bertukar menjadi bersisik-sisik mengelupas... Lepas saya gunakan minyak kelapa dara 2/3 hari kulit Iskandar kembali ke asal malah menjadi lebih moist, hahaha.... Selain dari tu, saya juga memang amalkan menyapu minyak kelapa dara di rambut Iskandar, sebab tu la rambut dia lebat dan hitam menawan.... Tapi tadi mak tegur kenapa rambut Iskandar nampak macam perang, saya jawab nak jadi mat salleh sket tapi sebenarnya mungkin bibik tak sapu rambut Iskandar dengan minyak kelapa dara kot sebab sebelum ni saya cuma suruh bibik sapu seluruh badan Iskandar aje, part rambut tu terlupa pulak nak mention, huhuhu...
Baru-baru ni saya nak kena bisul di tooottt, saya sangat risau sebab nanti mesti sakit dan saya malu nak jumpa doktor, tapi hubby asyik gelakkan saya sampai berguling-guling, so saya cuba sapu minyak kelapa dara kat tempat nak keluar bisul tu dan alhamdullilah lepas 4/5 hari bisul tu semakin kecik dan tak jadi keluar, nasib baik kan, kalau tak saya mesti ke'malu'an nak berjumpa dengan doktor, hehehe...
Saya juga pernah kena batuk yang selang seminit asyik nak terbatuk jek, bayangkan kalau masa tu tengah dalam dewan exam, orang semua senyap berkonsentrasi tetiba ada plak sorang pompuan cantik yang asyik batuk kong kong kong kong, konfem kena sumpah seranah punya, dan bila malam gila sakit tekak macam nak muntah darah je... So saya cuba minum minyak kelapa dara, lupakan tentang rasanya tapi memang tekak lega serta merta, terus tido sampai tak ingat dunia...

Mak selalu belikan minyak kelapa dara yang kawan dia buat, lebih terjamin kebersihan kata dia. Saya tak kisah pun sebab saya tahu apa yang mak suggestkan mestilah yang terbaik... Selain daripada pengalaman sendiri antara kebaikan lain dari minyak kelapa dara yang saya copy dari label kat botol adalah;
  • baik untuk jantung
  • meningkatkan daya tahan bayi
  • melawan kanser
  • meningkatkan kadar metabolisma
  • melawan strok
  • melawan hepatitis
  • melawan asma
  • melawan kencing manis
  • melawan darah tinggi
  • awet muda
  • melawan diabetes
  • mengurangkan osteoporisis
  • menurunkan paras kolesterol
Dirumah mak bersepah-sepah minyak kelapa dara ni, kat mana-mana ceruk rumah pun boleh jumpa, jadi selain dari balik ke kampung, saya akan bawak minyak kelapa dara ke mana saja kami pergi.... Sekian....

ini la rupa minyak kelapa dara yang dimaksudkan itu



Luv,

21.2.10

Mummy driver

We are at Port Dickson now, hua hua hua... Rasenye macam every two weeks pun kami ke sini la ^_^

Hubby ada team building di sini so kami anak beranak pun menyibuk-nyibuk sekali la ke sini sebab last week kan cuti kami ke luar KL dibekukan.... Hubby sampai sini hari Jumaat, kami sampai hari Sabtu...

But that was not my main intention to write here, the most important thing is to tell ya that i drove the car by my own self with Iskandar in his carseat from KL to PD... Please be kagum with me ya... Ok ok I know, its not too far kan tapi hello!!! im driving with kid-named-Iskandar ok....

Hahahaha ok lah enough with merepek entry, below here are the evidence pictures, enjoy!!!


Me : Izz be good boy ok, Mummy want to drive ni..
He : uwekkkk!!!!!

Me : how was the journey???
He : thumb up
Me : erkkkkk ????

Luv,

17.2.10

Pneumonia Pada Kanak-Kanak : Apa Yang Ibubapa Perlu Tahu

Jangkitan di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus (S.) pneumonie yang biasa menyerang di kalangan kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia akibat jangkitan ini.

Simptom dan Tanda-tanda

Ia berbeza-beza mengikut usia dan bergantung kepada masalah yang dihadapi sama ada;

  1. Meningitis : demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan.
  2. Radang paru-paru : boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan.
  3. Otitis Media (Jangkitan telinga tengah) : sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami;

  1. demam panas
  2. batuk dengan atau tanpa kahak
  3. sakit dada
  4. tiada selera makan, tidak mahu makan
  5. rasa tidak sihat, sering merengek
  6. pernafasan laju atau susah bernafas
  7. muntah atau cirit birit

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun kerana mereka mudah kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan oksigen.

Rawatan untuk Jangkitan di Paru-paru

Jenis rawatan adalah bergantung kepada tahap jangkitan.
  1. Tidak serius dan disebabkan oleh virus : sistem imunisasi badan akan memainkan peranan untuk melawan penyakit ini, doktor akan memberi ubat dalam bentuk pil dan anak anda perlu rehat secukupnya dan minum air yang banyak.
  2. Tidak serius dan disebabkan oleh bakteria : doktor akan memberi antibiotik dan ubat yang sepatutnya.
  3. Jangkitan yang lebih serius akan diberi ubat melalui suntikan.
  4. Jangkitan yang berlarutan dan menjadi kritikal : anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
  2. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
  3. Meneruskan penyusuan susu ibu.
  4. Mengambil imunisasi bagi mencegah jangkitan kuman di paru-paru seperti;
  • vaksin pertussis (batuk kokol)
  • vaksin measles (demam campak)
  • vaksin influenza
  • vaksin pneumococcal

source daripada mingguan malaysia dan www.susuhikmah.com

Luv,

Iskandar : Diagnosis with Pneumonia, unspecified

Like in my previous entry, kami bercuti pakej 4 hari dan 3 malam di PCMC sempena Chinese New Year dari hari Sabtu hingga ke Selasa kerana Iskandar di diagnosis sebagai pneumonia.

Bila dikenang-kenang kembali chewahhhh memang Izz ada tunjuk tanda2 kena pneumonia ni tapi disebabkan kami adalah parents yang kurang berpengetahuan mengenai penyakit ni so we failed untuk mengambil langkah2 pencegahan awal and memang patutlah Doc Sharmila put blame on us huhuhu T_T

Actually, if u guys ada baca entry ni memang dah nampak Izz start tak sihat and become more clingy than usual, kurang makan and minum susu, batuk2 and ada bunyi wheezing bila bernafas... Tapi saya cuma kasi dia paracetamol syrup and ubat batuk... I thought cuma demam2 biasa sebab rindu Abah or sebab boring asyik terkurung dalam rumah je, but I was totally wrong ok... My Izz kena pneumonia and it become more worst sebab kami lambat seek for a treatment...

After about 1 week Izz batuk2 and temperature badan yang tak menentu, last Friday tu dia kena high fever and wheezing sound yang makin teruk.. Selalunya lepas bagi ubat bontot, temperature akan turun tapi in this case tak juga turun2....

Ok I have to admit yang I suggested to hubby untuk bawak Izz ke klinik biasa je and amik ubat sebab I really wanted to balik kampung, but luckily hubby tak ikut cakap I and insist untuk bawak Izz jumpa paediatrician... Sampai di Women and Child Clinic di PCMC, masa sesi timbang2 berat tu nurse macam serius and rushing je, after that doctor keluar jumpa kami, selalunya kami yang akan masuk bilik dia, terus dia suruh bagi nebuliser and masuk ubat bontot semua... I dah rase lain masa tu and my instinct was right, Izz kena admitted ward... Lepas x-ray semua, baru kami tahu yang paru-paru Izz dah kena infection sebab tu dia demam panas tak baik2....

So bermula kehidupan kami di ward, every four hours Izz kena nebuliser, setiap kali tu juga dia akan meronta2 mintak lepaskan diri.... Selain daripada makan ubat, check temperature, heart beat and so on, ini lah perkara yang Izz buat untuk mengisi masa lapang;

watching television with abah, nasib baik CNY, semua rancangan best2 kat t.v

main kena kurung dalam baby cot

makan biskut tiger

main balloon mickey

terbaring sambil berlengging (ni lepas doc check ni)

naik kuda (hehe buat macam harta sendiri)

naik kuda terbalik pulak

main mineral water

tengok pocoyo dari youtube (wifi gile laju kat sini)

tidur dengan abah

baca buku

posing sambil buat muka cute

bil percutian kami


In the next entry I will share with u guys with a basis information about pneumonia especially for new parents like me... Kebetulan di akhbar mingguan malaysia last Sunday di sisipan Kesihatan pun ada isu pneumonia ini... Hopefully kita semua lebih alert mengenai penyakit yang berbahaya dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak ni... Dan kerana saya yang lalai mengambil tahu jadi saya tak nak anda pun jadi macam saya ini, sekurang-kurangnya ini adalah untuk menebus kesilapan saya....

Oh ya, Izz dah semakin sehat dan selera makan dah bertambah.. Bibik kata Izz dah slim so dia akan kasi Izz makan banyak2, hehehe ape2 aje la bibik oiii!!!!

Discharge Status dari doktor : improved and excellent response to nebuliser...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...

Luv,

13.2.10

My baby is sick

Once again my balik kampung plan was ruined by Iskandar.... Thank you son!!! T_T

Anyway, Iskandar is having high fever and cough and flu, so we brought him to see his paed... After run a test and x-ray, he's admitted to the ward due to lung infection and high fever and here goes my holiday for Chinese New Year....

Pity my baby especially time nak bagi nebulizer and buat suction, he will yelling and cries all out.. Everytime the nurse came in nak buat checking pun dia dah starts menangis... Dah dua kali juga dia bleeding sebab struggle sampai tertarik tube drip sampai tercabut, kuat sungguh budak ni!!!

Izz refused minum susu formula, nak breasfeed je tapi tak tau cukup ke tak breastmilk I ni...

Doktor some sort of blaming us sebab lambat bawak Izz ke PCMC, but mana la kami tau, selalunya bila ada bunyi wheezing and kami datang seek for treatment, doktor akan cakap oooo that's sound just from his nose, not from the chest.... So bila Izz having cough for several days back I just kasi ubat biasa je, yesterday evening baru start badan dia panas and this morning we decided untuk bawak dia ke PCMC walaupun dalam hati I meronta-ronta nak balik kampung tau, sob sob sob...

ehhh sape yang sakit ni??? Abah ke Izz?

budak sakit dah tido!!! budak tak sakit sibuk baca komik naruto online!!!


Oklah, nanti I update lagi kalau ada free time, sekarang ni tengah busy with baby yang sakit ^_^

Selamat Tahun Baru Cina




Luv,

12.2.10

We saw Zahid AF2

Last night, me and Izz ikut Hubby to Ampang Sport Planet because Hubby ada session main futsal bersama teman-teman sepejabat... I saja bawa Izz together sebab I know dia mesti boring punye duduk kat umah dengan bibik seharian... And the best thing ialah, I nampak Zahid AF2 there, he was playing futsal with his friends... Mase hubby in changing room, I lepak with Izz kat tepi court, suddenly ada bola keluar and Zahid yang tengah kejar... Mase nampak Zahid, I was like ehhh zahid la **drooling**

Mesti dia pelik, apasal la makcik ni sengih2 tapi dia waving pada Izz (I hope it was for me, hehehe) and continue playing...

Sorry gambar bukti kecik sangat tapi seriously it was Zahid ok!!!


Sepanjang zaman Akademi Fantasia, cuma AF 2 je yang I betul2 minat and yang I menghabiskan duit for voting AFUNDI... All my vote for Zahid and Linda, hehehe sometimes I did used my father hp untuk afundi diorang ni...

Tak lama lagi akan start Akademi Fantasia musim ke 8, tapi aura AF dah slow down sikit la compare yang awal2 dulu, I pun takde la beria sangat nak menghadap depan tv tengok show ni... So, which AF yang u all paling minat???

Luv,

8.2.10

POCOYO

Iskandar’s favorite cartoon as for now; POCOYO..



Now I know what POCOYO is all about, hahaha....

Come join us watching this cutiee cartoon everyday at 6 p.m
on Playhouse Disney


Luv,

7.2.10

Hadiah dari Singapura

Abah Izz dah pulang dari Singapura dan sebagai hadiah untuk isteri dan anak yang sabar menanti di rumah, chewah!!!! helicopter mainan dengan bunyi yang annoying untuk Izz dan black shoes for Mummy *nape la belikan I kasut keje sayang oiiii!!!! dah penuh getz dengan kasut keje je*

But anyway thank you so much dear, lain kali beli lagi yer... We love you!!!


Luv,

5.2.10

Anak Bibik

Hubby takde, outstation ke Singapore, last minute sangat, Khamis kena pergi, hari Rabu baru dia tahu. Nasib baik juga I tak ke K.K walaupun wajib pergi tapi tiket flight tak ada, kalau tak, mesti kena tinggalkan Izz dan bibik di rumah. Kesian baby...

Dah 2-3 hari Izz tak jumpa Abah, ye la bila Abah balik Izz dah tido, bila Izz bangun esoknya Abah dah pergi kerja, pastu Abah outstaion plak... Malam tadi Izz demam, maybe rindu kat Abah, merengek-rengek budak tu, I yang mamai-mamai ngantuk terpaksa la melayan, natijahnya hari ni masuk opis kul 9 sebab kul 8 baru bangun, nasib baik jugak opis dekat ngan rumah, 5 minit dah sampai parking, tak payah tempuh jam-jam semua...

Lunch hour tadi I balik rumah nak tengok2 Izz, dia dah ok sikit, dah boleh main dan ketawa2 semua, lega hati.. Ajak Izz tido tapi I yang tido atas katil sorang2, dia keluar bilik, main mengekek-ngekek ketawa ngan bibik.. Tetiba dengar bibik cakap sayang anak bibik ni... I like, baguslah dia sayang my baby macam anak sendiri, tapi tetiba terfikir macammana kalau Izz react bile ditanya Izz anak siapa??? and Izz jawab anak bibik, no way!!!! terus rasa macam nak berhenti keje and duk umah jaga anak je....

Mencabar sungguh jadi working mother ni...

Luv,

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

**sticky post until 5 Feb 2010**
**scroll down for the latest update**

Ini adalah percubaan pertama saya untuk join blog contest... Thanks to Pretty Zaza yang meng'organise' such a cute contest for all the babies... Click here or at my side banner for more information about Pretty Zaza Baby Face Contest...

Here goes my sweet little macho pretty boy;

Nama : Izz Iskandar Muhammad bin Izali
Umur : 12 bulan 3 minggu
Jantina : Lelaki

Closing date adalah pada 5 Februari 2010 (tepat 12 midnight), so u still have time to participate like me ^_^ mari kita memeriahkan blog pretty zaza beramai-ramai....

luv,

2.2.10

Recipes : Macaroni and Cheese for the Little One

Since Izz started his new passion on walking, his obsession on food dropped not like before, the maximum porridge or rice he will consume not more than 5 spoonfuls at lunch/dinner time. Mummy still wants to received the compliment about how montok my baby are, hehehe so I seek an advice from some friends. Thanks to Arma (a mother of 4 kids) for introducing me to the Kraft Macaroni and Cheese.

A super easy with a simple steps to a yummylicious macaroni and cheese...

Buy this cute box at any supermarket near you; they have an original, spiderman-shaped, spongebob-shaped and scoobydoo-shaped macaroni...

See the spongebob and patric and gary there, soooo cute...


Boil water and stir in the macaroni, cook until tender.


Drain it



Add 1 spoon of butter, 3 spoons of low-fat milk and the cheese sauce mix. Mix all together.

And walllah!!!! a simple yet delicious macaroni and cheese for your little one..


My little spongebob

try it!!! u and your partner little one will love it to the bits....

till then,