19.1.10

Pengasuh Terbaik

Kami sudah ada pembantu di rumah, oleh yang demikian saya perlu beritahu kepada Makcik Wok (pengasuh Izz) yang bulan ini akan menjadi bulan terakhir Izz dirumahnya. Sepatutnya saya perlu cakap semalam tapi saya yang memang emosional ni tak sampai hati nak menyuarakan perkara tersebut. Semasa ambil Izz petang semalam, kami cuma berborak perkara yang biasa, mengenai Izz yang dah makin rajin nak bertatih, Izz yang sangat happy dapat bermain dengan Abg Aidil dan Kakak Esya (cucu Makcik Wok) serta Ryan dan Sofia (adik beradik yang Makcik Wok jaga selain Izz dan cucu-cucunya)

Jadi, pagi tadi saya paksa Hubby untuk sama-sama menghantar Izz ke rumah Makcik Wok dan biar Hubby saja yang bercakap tentang itu. Semasa sampai dirumah Makcik Wok, seperti biasa dia akan menunggu Izz di muka pintu bersama Pakcik Ani (suaminya), bila saya keluar dari kereta, dia menghampiri untuk mengambil Izz yang didukung oleh Hubby. Selepas letakkan bag Izz di kerusi saya terus ke sebelah kereta dan Hubby membuka mulut untuk beritahu yang kami sudah ada pembantu dan ini akan menjadi bulan terakhir Izz kami hantar ke sini.

Serta merta muka Makcik Wok berubah, dia kelihatan sayu dan diam. Pakcik Ani lebih tenang dan lebih banyak bercakap dengan Hubby, antara ayat yang saya sangat ingat adalah, nanti bawaklah Iskandar sekali sekala ke mari. Saya sebak.

Keluarga Makcik Wok sangat baik. Saya pun dah mula kenal dengan semua anak-anak dan cucu-cucunya sekali. Saya sangat bersyukur dapat berjumpa dengan Makcik Wok dan Pakcik Ani, mereka betul-betul seperti Nenek dan Atuk Iskandar. Menjaga Izz dari umurnya 2 bulan sehingga sudah setahun lebih. Sedangkan ibubapa saya dan Hubby pun tak dapat kesempatan itu. Mungkin juga Izz lebih mengenali Makcik Wok dan Pakcik Ani sebagai atuk dan neneknya.

Mereka juga sangat tidak berkira, banyak kali saya terpaksa menjemput Izz lambat sehingga jam 10 malam kerana tugasan di pejabat dan pernah juga kerana saya dan Hubby pergi bercinta, hehehe tapi mereka tetap menjaga Izz tanpa mengenakakan bayaran lebih masa. Setiap petang Makcik Wok atau anaknya akan membawa Izz bersiar di taman di depan rumah mereka.

Ok, saya dah menjadi sangat emosional.

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat pengasuh yang sangat professional untuk menjaga anak di kawasan AU1, boleh la contact saya, nanti saya bagi nombor Makcik Wok, tapi saya tak pasti kalau dia masih mahu menjaga atau tidak. Fully recommended untuk ibubapa yang mencari pengasuh yang baik, boleh dipercayai, tidak berkira, pandai memberi EBM dan memang sejak azali tugasnya sebagai pengasuh budak.

Saya harap bibik pun boleh menjaga Izz begitu jugak…

-sayayangsedeh-

1 comment:

dbalkis said...

hoho..saya nak...hantar my Izz ke Makcik Wok. Dari hari2 pk pasal nursery barunye tu..tapi nak request Makcik Wok pindah dekat2 umh saya boleh???":-)