23.1.10

Holiday 2010 at Bandung - part 3

Second morning here started with raining and our itinerary for today adalah visit Mount Tangkuban Parahu and continue with shoppings..

on the way to Tangkuban Parahu, hujan!!!!!



Mount Tangkuban Parahu

It will take almost an hour from Kota Bandung to Lembang. Along the way, kita akan dapat lihat cara hidup masyarakat tempatan. Untuk teksi yang ke luar daerah akan dikenakan caj dan cara untuk serahkan duit caj tersebut to the police yang jaga sempadan daerah adalah dengan mencampakkan je dari dalam teksi yang sedang bergerak, hehehe.. Di Lembang ada satu kedai susu, iaitu Kedai Susu Murni yang mana terdapat pelbagai flavors susu dan susunya adalah fresh diperah dari lembu, but kami tidak berkesempatan sebab mengejar masa nak bershopping, maybe next time..

Dari Lembang ke Tangkuban Parahu along the way ada banyak gerai yang menjual kelinci yang sangat comel2, rase cam nak bawak balik Malaysia je.. Sampai dikaki bukit akan ada pintu gerbang tempat untuk bayar tiket, seorang cajnya Rp50,000 (RM18). Tangkuban Parahu ni maksudnya perahu yang terbalik. Sila la google kalau nak tahu cerita asal usulnya ye ^_^

Kami sampai di Tangkuban Parahu lebih kurang jam 9 pagi, masih tak ramai orang tapi yang ramainya warga2 tempatan yang menjual souvenir. Udaranya sangat sejuk dengan angin yang kuat dan bau sulfur yang kuat, nasib baik hujan dah berhenti so boleh la berjalan-jalan. Actually tarikan utama kat Tangkuban Parahu ni adalah kawahnya, ada 2 kawah iaitu Kawah Ratu and Kawah Domas. Dari atas puncak ni boleh tengok Kawah Ratu, the biggest kawah yang ada di Bandung ni, that why namanya Ratu. Selain daripada tu, di atas ni ada banyak gerai2 yang menjual souvenir.

My original plan just nak tengok2 puncak ni but suddenly after been approached by the tour guide, Hubby nak berjungle tracking down to Kawah Domas plak, I memang tak setuju tapi lepas dia pujuk2 bgtau sekali ni je kita buat, so I like oklah, I follow you...

Kami jalan 1.2 km down to Kawah Domas, sambil mendukung Iskandar ye tapi nasib baik en tour guide tu baik hati, dia la yang dukungkan Iskandar lepas tengok I nak bawak diri sendiri pun payah, sampai tertidur la my baby tu. I tot it will take only 15-20 mins tapi rasenye lebih 45 mins jugak la berjalan ke bawah tu, dah la I pakai 3 inchs wedges, jalan pulak licin, memang mencabar gile..

Sampai separuh jalan tiba2 ada 3 orang lagi follow us, kami ingat kawan2 en. tour guide tu, so oklah kami pun dengar aje la cerita2 diorang. Kawah Domas ni sempena nama Orang Belanda yang jumpe tempat ni iaitu Mr Thomas or ada juga cerita nama Domas daripada Rusa Emas.. Sampai di bawah, memang kagum la dengan tempatnya, maklumlah di Malaysia tak dapat jumpe tempat macam tu, rasenye macam kat bulan pulak, dengan wap2 air yang still ada dan permukaan yang berlekuk2, masya allah.. Ada tempat untuk rebus telur dan ada tempat untuk rendam kaki, my Hubby sempat dapat service urut kaki lagi ye..

Lepas abis bergambar-gambar, kami nak bergerak ke tempat kereta, suddenly 3 orang yang follow kami tu suruh beli barang yang diorang bawak, terkejut jugak sebab ingatkan boleh kasi tips je tapi kami dipaksa juga untuk beli barangnya, so nak tak nak kami beli la jugak. So for u guys yang nak turun ke Kawah Domas ni, make sure if ada orang lain yang follow selain tour guide yang bertauliah, mereka sebenarnya nak jual barang aje, so bagitau mereka tak payah ikut ke bawah tapi if nak ikut jugak kami takkan beli barang yang kamu jual.

Untuk keluar dari Kawah Domas ni kena berjalan kaki jugak, cuma laluannya landai, dalam 15mins sampai ke kereta, Pak Roly dah menunggu kami. Bayaran untuk en tour guide Rp500,00 (RM184). Kami keluar dari kawasan ni dah pukul 1 lebih, memang lari plan asal nak pergi shopping..


Izz kesejukan

Kawah Ratu

nampak rambut I tu!!! angin sangat kuat


gerai-gerai jual souvenirs

to Kawah Domas



Kawah Domas



ahhhhh so relaxing after penat berjalan

tempat rebus telur

sulfur di Kawah Domas



on the way keluar dari kawasan kawah

Souvenirs from Tangkuban Prahu
Kampung Daun

Kami lunch di Kampung Daun, tempat yang sangat mendamaikan. Kampung yang dijadikan tempat makan, kebanyakkan tempat makannya adalah di dalam pondok, dikelilingi dengan pokok2 and waterfalls. If weekend perlu buat reservation dulu nak makan di sini.
Kampung Daun Culture Gallery and Cafe

one of the waterfall


ini cara untuk panggil waiter ye

this all cost us only Rp203,500 (RM75)

Izz dan Abah

lapar-lapar

Izz berpossing lepas kenyang

lepas lunch, time to shoooooopping again!!!!!
Toko Tiga

Lepas lunch, kami ke Toko Tiga, tempat jual jeans yang original dengan harga yang murah. Ok disini memang banyak duit yang terlebur.

Lepas tu kami re-shopping di Heritage.

Tiada gambar sebab tetiba bateri abis, I lupa nak charge camera.
Kami tak dinner kat mane2 sebab Hubby yang tak sehat, sakit perut and nak demam so kami pulang awal ke hotel. So my other advice adalah sila bawak ubat demam, selsema, sakit perut dan lain2 sebab sometimes kita tak jumpe pun ubat yang macam di Malaysia di sini.


to be continued again.....

2 comments:

Carrie-Ma said...

mar,

cam byk gak hbis duit ek nk jln2? ko book otel on9 ke main terjah jek?

aku g rmai medan nnti, 19 org, kna la berejen. kalo x, huru hara nnti.

HaNiE said...

memula book pastu terjah hotel lain yang harga murah sikit, hehehe... kalo hotel yang diterjah tu takde kosong masih ada hotel yang dibook itu..

owhhh ramainya, sian ejen tu, hua hua hua tapi takpe ketua rombongan che karimah garang, mesti semua ikut cakap punye!!!