16.1.10

Eating at Melaka : Sawit Corner

Yeahhh I know, it was too much for food review kan, 2 entries berturut-turut tapi as long as my sorting-holiday-pictures-activity yang tak settle2, tak boleh la I nak update pasal holiday yet....

Ok, berbalik kepada cerita sebenar....

Sekiranya anda melalui jalan dari Bandar Melaka ke Masjid Tanah, di kawasan Sungai Udang dan Terendak, anda akan berjumpa dengan sebuah tempat makan di dalam ladang kelapa sawit dikenali sebagai Sawit Corner...

Kawasan tempat makan
yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit tapi jangan risau kalau tandan atau pelepah kelapa sawit tu jatuh menghempap kepala anda kerana ia dibumbungi dengan jala, so boleh makan dengan selamat ye... Bersebelahan dengan jalan raya jadi dinasihatkan untuk anda berhati-hati semasa melintas kerana kenderaan yang melalui jalan ini dipandu laju terutamanya lori2 besar...

Mari berpossing di depan kedai...

Ini signboard kedainya.... Tapi jangan risau la, mesti perasan punye sebab ini the only kedai di kawasan ladang sawit ini.... Rase macam drama Cinta Balkis pulak (hehehe tetiba je, takde kena mengena ok)

Ini menu yang saya makan : Nasi Pinggan Besar (nasi kukus dan ayam cili padi)

Pinggannya masya allah memang besar dan ayam cili padinya
sangat menyengat, makcik dah la tak tahan pedas tapi still ada hati nak makan cili padi, hehehe... Banyak lagi lauk2 yang lain such as ayam kampung gulai, ikan gulai, itik gulai puna ada...

Kawasan kedai yang unik...

Itu tv besar (masa ni tengah cerita Mayang Mengurai) disebelah sana ada pentas, mungkin untuk private function....

Ini permandangan kedai dari seberang jalan

Jadi, jika kebetulan anda dalam perjalanan dari Masjid Tanah ke bandar Melaka atau vice versa dan tetiba perut berkeroncong dangdut minta diisi, boleh la berhenti makan sebentar di kedai ini sambil menghayati permandangan di ladang kelapa sawit..

Bubbye,

2 comments:

dbalkis said...

mana bandung pics...can't wait 2 c..

HaNiE said...

belum habis sorting lagi dong!!! banyak sangat gambarnya, malas mau upload banyak2, slow internetnya...

okeh babe, confirm si anu bukan berkahwin dengan si anu, wahahaha gile gossip secara rahsia... hehe