14.1.10

Eating at Melaka : Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Sekiranya anda suka makan ikan bakar dan kebetulan berada di Bandaraya Melaka, anda adalah wajib untuk berkunjung ke Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung.... Mungkin anda boleh lupakan kesedapan ikan bakar di Umbai kerana makanan di sini adalah setanding atau mungkin juga lebih sedap.... Hehehehe intro tak boleh blah la!!!!

Ok, kerana kami dah berada di Melaka ni so Hubby gave an idea about makan ikan bakar, setelah bertanya dengan orang2 yang pakar, mereka mensuggestkan untuk cuba ikan bakar di Muara Sg. Dugung.... Jadi kami yang sangat tidak la tahu selok belok jalan di Melaka ni menggunakan khidmat Cik GPS, I've lost count berapa banyak dah Cik GPS tu mengrelcaculating road sebab kami asyik salah jalan aje, hehehe.... Melaka ni most of the road adalah one way so if u salah masuk simpang memang mencari jugak la tempat nak u-turn...

By the way, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju.... Cuma ikut signboard ke Ujong Pasir dan sampai ke satu jambatan akan ada signboard ke Medan Ikan Bakar Sg. Duyung dan turn to right (if u are from Bandar Melaka)... Di situ ada beberapa restoran ikan bakar, kami makan di kedai yang pertama dijumpai....

Ini signboard kedainya

Ini signboard ada buaya, so beware, jangan nak buat lawak terjun sungai pulak..... Kedai ni bersebelahan dengan sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya....

Apabila sampai je, kita akan dihidangkan dengan ini, nasi lemak comel bersama cili dan kicap (untuk dicicah dengan ikan bakar)

Ini makanan yang kami pilih... Ikan pari bakar (ada banyak pilihan ikan lagi seperti cencaru,siakap, terubuk dan lain2, nak masak cara lain pun boleh jugak) udang masak butter (marvellous!!!) sayur campur and I really forgot la what it’s name, Hubby said it was pepahat tapi bunyinya macam pelik pulak tapi di sesetengah tempat di panggil siput buluh, masak cili ya… Makanannya sangat enak dan walaupun kecil dan comel je nasi lemak tu tapi makan 1 atau 2 bungkus dah boleh membuatkan anda senak perut untuk mencari eno… Kos keseluruhan cuma RM50.50, memang murah dan sedap…

Ini gambar kami yang kekenyangan, memang buang ke laut program dietku..

Ini tiramisu kek bukan dari medan ikan bakar tapi dari coffee house equatorial hotel.... Dapat diskaun 30% dari adik cashier mungkin sebab Hubby yang pandai mengayat atau sebab Iskandar yang terlalu adorable, hehehe....

Bubbye

No comments: