26.1.10

A few things u might be interested to know about Bandung

As for rumusan untuk my holiday at Bandung, herewith a list of my own point of view based on my experiences and observations and u might be interested to know ^_^

  1. masa di Bandung adalah 1 jam lewat dari Malaysia, but u dont have to reset ur watch, just tolakkan saja 1 jam ke belakang.
  2. di Bandung cepat terang, Subuh prayer around 5 a.m.
  3. most of the shops open at 9 a.m and close at 9 p.m.
  4. sediakan satu small note book dan tulis currency dalam Rupiah dan RM for your quick reference untuk tahu barang tu mahal atau murah. guna handphone pun boleh jugak.
  5. antara cara untuk tahu samada baju yang dijual itu original atau tidak, tengok label, if ada kesan conteng or torn, yes it is original stuff but with some defect so tak lepas QC untuk dipasarkan ke luar negara.
  6. gunakan kuasa bargaining anda semasa membeli di Pasar Baru, sometimes anda akan dapat dengan harga yang sangat murah.
  7. antara FOs yang I suka adalah Heritage (ada babyroom), Rumah Mode (tempat cantik, barang banyak pilihan), The Secret (tempat cantik,baju kids banyak), Grande (banyak ladies outfit yang menarik), Happening (for guys), Formen (for guys), Blossom (baju for kids), Rumah Tas (banyak handbag yang cantik gile) dan Toko Tiga (ori jeans!!!). yang lain2 pun ok jugak but if I have a limited time there, this 9 places yang paling utama ^_^
  8. some FOs ada discount for tourists contohnya Edward Forrer. So always ask the cashier for the tourists' discount.
  9. tukar duit Rupiah cukup2 sebab di Bandung susah mau cari money changer.
  10. kebanyakkan FOs terima transaksi guna credit card, cuma di Pasar Baru banyak yang guna cash.
  11. sangat not advisable untuk makan di gerai2 tepi jalan sebab kita tak tahu tahap kebersihannya, even es pulut durian ya!!!
  12. anda akan sentiasa dikerumuni oleh warga2 tempatan yang menjual pelbagai souvenirs, jangan layan if anda taknak beli sebab once u beli semua yang lain akan paksa anda beli barangan mereka juga. tapi if nak beli, beli masa dah nak naik kenderaan so yang lain2 tak boleh kejar dah.
  13. souvenirs di kawasan Tangkuban Parahu lebih mahal dari di Kota Bandung, contohnya key-chain dijual Rp100,000 di atas tapi di bawah cuma Rp80,000.
  14. most of the hotel di Bandung tak sediakan jug kettle, call mereka awal for confirmation.
  15. plug di Bandung berbeza dengan plug di Malaysia, my advice adalah beli universal travellar adapter untuk kemudahan mengecas batteries anda.
  16. tiada masalah untuk cari tempat sembahyang di Bandung, kebanyakkan restaurant masakan padang ada sediakan mussolah.
  17. sila bawak stroller (lightweight dialu-alukan) untuk keselesaan anak dan anda jugak.
  18. bawak ubat-ubatan untuk masa kecemasan.
  19. air yang paling ngetop ialah Teh Botol, rase macam jasmine tea dalam botol coke.
  20. bahasa yang digunakan boleh difahami (same macam dalam sinetron tu) just a few words yang agak berbeza dan bagus untuk diambil tahu such as;
  • macet = traffic jam
  • kelinci = arnab
  • lucu = comel
  • bangat = sangat
  • capek = penat
  • gratis = percuma/free
  • siomay = rojak
  • bobok = tidur
  • sup bontot = sup ekor
  • apotik = farmasi
  • es jeruk = limau ais

p/s : anybody yang nak ke Bandung, boleh tak I pesan Brownies Bakar Choc Chip sepuloh!!!

luv,

25.1.10

Holiday 2010 at Bandung - part 4

Last day di Bandung, kami bersiap lambat sampai Pak Roly kena mintak staff hotel callkan kami, hehehe penat berkemas!! Our flight balik jam 5.00pm, jadi masih banyak masa untuk bershopping ^_^

last pic di Nyland Hotel

Kami mintak Pak Roly untuk bawak kami ke FO yang bagus, antara yang kami sempat pegi adalah Grande, Happening dan Merdeka. Saya mintak Pak Roly untuk bawak ke tempat jual handbag so dia bawak ke Rumah Tas dan Hubby mintak Pak Roly bawak ke tempat jual sepatu dan dia suggested Edward Forrel. Semua tempat yang Pak Roly cadangkan memang best, kalau tau baik I suruh dia je yang suggestedkan awal2 dulu, hehehe…

Grande FO

Grande FO tempat yang best untuk cari baju for ladies because most of baju yang can fix me and my eyes dapat dijumpai di sini, selain dari itu baju for babies pun boleh tahan, I jumpe Izz’s sweater yang super cute dengan harga yang berpatutan here.



Happening FO

Kat FO ni banyak baju yang bagus2 untuk lelaki, trust me because selain dari Formen FO disinilah tempat my Hubby menggunakan kuasa kad kreaditnya.




Merdeka FO

Terletak di Jalan Merdeka, ini FO terakhir yang kami masuk kerana nak menghabiskan sisa2 rupiah yang ada. Tempatnya besar but for me cuma baju for kids je yang menarik.

Rumah Tas

Tempat yang menjual handbag sahaja. Ada pelbagai brand dan yang pentingnya semuanya original with some defect yang kita pun tak perasan kalau tak diberitahu. I sangat bersyukur kerana Pak Roly bawak kami ke sini, hehehe boleh??? Untuk handbag Guess ada juga yang original dan tiada defect tapi harganya lebih kurang di Malaysia.

Edward Forrer

Tempat menjual sepatu dari jenama Edward Forrer (?????) Kasutnya booleh tahan la...



kasut dari Edward Forrer
Kartika Sari

Kami ke Kartika Sari untuk membeli brownies, ada 2 jenis brownies yang dijual iaitu brownies kukus dan bakar serta ada pelbagai flavour. Tempatnya besar dan ada kedai2 lain juga didalamnya. Ada juga Restaurant Madame Sari disini, tempatnya bagus dan exlusive. If anda kesini, sila la beli brownies bakar choc chip, sangat sedap dan saya menyesal kerana tak beli banyak untuk bawak balik ke Malaysia....





yougart ice cream itu sangat yummylicious

Kami sampai di airport jam 3.30 p.m. In my wallet memang I sparekan Rp500,000 untuk bayar excesses baggage tax yang I confirm akan kena dan juga airport tax. Bila tiba di check in counter, our cost for excesses baggage adalah Rp 580,000 (RM214), hahaha mengelabah gila la mana nak cari duit, nasib baik lepas korek2 dapat la juga jumpa lagi Rp80,000 lagi, so settle untuk urusan check in. Next ialah bayaran for airport tax, Rp75,000 (RM27) per person tapi duit Rupiah kami memang dah tak ada dah so I tanya di counter, nasib baik RM diterima, so legalah kami, both of us bayaranya adalah RM80, untuk baby free sahaja. Pakcik di counter tu pulangkan baki Rp50,000, so kami gunakan our last Rupiah tu untuk makan di café airport. Kesimpulannya, kami datang as jutawan tapi balik takde sisa2 duit langsung, hehehe pathetic kan!!!! Jadi kawan2 ingat la, simpan sikit Rupiahnya untuk bayar tax2 di airport bila mau pulang nanti..

kami mau pulang!!! bye-bye Bandung

Our flight sepatutnya take off jam 5.00 pm tapi sebab weather and technical problem, kami hanya berlepas jam 10.00 malam, memang tensen sebab kami di bilik menunggu sampai 5 jam, Iskandar pun dah berapa kali practice berjalan sambil tertonggeng2 kat situ, nasib baik ramai Malaysian, boleh la kami berborak2

Kami sampai di LCCT jam 12 malam. I miss Malaysia!!

lepas tonggang terbalik, Izz pun tido

dalam flight : apa mau makan???

sebahagian barangan shoppingan
the end......

23.1.10

Holiday 2010 at Bandung - part 3

Second morning here started with raining and our itinerary for today adalah visit Mount Tangkuban Parahu and continue with shoppings..

on the way to Tangkuban Parahu, hujan!!!!!



Mount Tangkuban Parahu

It will take almost an hour from Kota Bandung to Lembang. Along the way, kita akan dapat lihat cara hidup masyarakat tempatan. Untuk teksi yang ke luar daerah akan dikenakan caj dan cara untuk serahkan duit caj tersebut to the police yang jaga sempadan daerah adalah dengan mencampakkan je dari dalam teksi yang sedang bergerak, hehehe.. Di Lembang ada satu kedai susu, iaitu Kedai Susu Murni yang mana terdapat pelbagai flavors susu dan susunya adalah fresh diperah dari lembu, but kami tidak berkesempatan sebab mengejar masa nak bershopping, maybe next time..

Dari Lembang ke Tangkuban Parahu along the way ada banyak gerai yang menjual kelinci yang sangat comel2, rase cam nak bawak balik Malaysia je.. Sampai dikaki bukit akan ada pintu gerbang tempat untuk bayar tiket, seorang cajnya Rp50,000 (RM18). Tangkuban Parahu ni maksudnya perahu yang terbalik. Sila la google kalau nak tahu cerita asal usulnya ye ^_^

Kami sampai di Tangkuban Parahu lebih kurang jam 9 pagi, masih tak ramai orang tapi yang ramainya warga2 tempatan yang menjual souvenir. Udaranya sangat sejuk dengan angin yang kuat dan bau sulfur yang kuat, nasib baik hujan dah berhenti so boleh la berjalan-jalan. Actually tarikan utama kat Tangkuban Parahu ni adalah kawahnya, ada 2 kawah iaitu Kawah Ratu and Kawah Domas. Dari atas puncak ni boleh tengok Kawah Ratu, the biggest kawah yang ada di Bandung ni, that why namanya Ratu. Selain daripada tu, di atas ni ada banyak gerai2 yang menjual souvenir.

My original plan just nak tengok2 puncak ni but suddenly after been approached by the tour guide, Hubby nak berjungle tracking down to Kawah Domas plak, I memang tak setuju tapi lepas dia pujuk2 bgtau sekali ni je kita buat, so I like oklah, I follow you...

Kami jalan 1.2 km down to Kawah Domas, sambil mendukung Iskandar ye tapi nasib baik en tour guide tu baik hati, dia la yang dukungkan Iskandar lepas tengok I nak bawak diri sendiri pun payah, sampai tertidur la my baby tu. I tot it will take only 15-20 mins tapi rasenye lebih 45 mins jugak la berjalan ke bawah tu, dah la I pakai 3 inchs wedges, jalan pulak licin, memang mencabar gile..

Sampai separuh jalan tiba2 ada 3 orang lagi follow us, kami ingat kawan2 en. tour guide tu, so oklah kami pun dengar aje la cerita2 diorang. Kawah Domas ni sempena nama Orang Belanda yang jumpe tempat ni iaitu Mr Thomas or ada juga cerita nama Domas daripada Rusa Emas.. Sampai di bawah, memang kagum la dengan tempatnya, maklumlah di Malaysia tak dapat jumpe tempat macam tu, rasenye macam kat bulan pulak, dengan wap2 air yang still ada dan permukaan yang berlekuk2, masya allah.. Ada tempat untuk rebus telur dan ada tempat untuk rendam kaki, my Hubby sempat dapat service urut kaki lagi ye..

Lepas abis bergambar-gambar, kami nak bergerak ke tempat kereta, suddenly 3 orang yang follow kami tu suruh beli barang yang diorang bawak, terkejut jugak sebab ingatkan boleh kasi tips je tapi kami dipaksa juga untuk beli barangnya, so nak tak nak kami beli la jugak. So for u guys yang nak turun ke Kawah Domas ni, make sure if ada orang lain yang follow selain tour guide yang bertauliah, mereka sebenarnya nak jual barang aje, so bagitau mereka tak payah ikut ke bawah tapi if nak ikut jugak kami takkan beli barang yang kamu jual.

Untuk keluar dari Kawah Domas ni kena berjalan kaki jugak, cuma laluannya landai, dalam 15mins sampai ke kereta, Pak Roly dah menunggu kami. Bayaran untuk en tour guide Rp500,00 (RM184). Kami keluar dari kawasan ni dah pukul 1 lebih, memang lari plan asal nak pergi shopping..


Izz kesejukan

Kawah Ratu

nampak rambut I tu!!! angin sangat kuat


gerai-gerai jual souvenirs

to Kawah Domas



Kawah Domas



ahhhhh so relaxing after penat berjalan

tempat rebus telur

sulfur di Kawah Domas



on the way keluar dari kawasan kawah

Souvenirs from Tangkuban Prahu
Kampung Daun

Kami lunch di Kampung Daun, tempat yang sangat mendamaikan. Kampung yang dijadikan tempat makan, kebanyakkan tempat makannya adalah di dalam pondok, dikelilingi dengan pokok2 and waterfalls. If weekend perlu buat reservation dulu nak makan di sini.
Kampung Daun Culture Gallery and Cafe

one of the waterfall


ini cara untuk panggil waiter ye

this all cost us only Rp203,500 (RM75)

Izz dan Abah

lapar-lapar

Izz berpossing lepas kenyang

lepas lunch, time to shoooooopping again!!!!!
Toko Tiga

Lepas lunch, kami ke Toko Tiga, tempat jual jeans yang original dengan harga yang murah. Ok disini memang banyak duit yang terlebur.

Lepas tu kami re-shopping di Heritage.

Tiada gambar sebab tetiba bateri abis, I lupa nak charge camera.
Kami tak dinner kat mane2 sebab Hubby yang tak sehat, sakit perut and nak demam so kami pulang awal ke hotel. So my other advice adalah sila bawak ubat demam, selsema, sakit perut dan lain2 sebab sometimes kita tak jumpe pun ubat yang macam di Malaysia di sini.


to be continued again.....

22.1.10

Holiday 2010 at Bandung - part 2

First day menjadi jutawan di Bandung, my itinerary adalah shopping di Pasar Baru, lunch, shopping di Factory Outlets (FO) di Jalan Riau dan di Jalan Dago serta Rumah Mode, after that dinner dan balik hotel....

I bangun awal dengan penuh semangat sambil mendengar burung berkicauan, cepat terang disini walaupun masih jam 6.30 pagi, sambil2 tengok berita tentang banjir dan macet di Jakarta, I paksa kejut Hubby dan Izz bangun. After breakfast, Pak Roly dah ready di bawah. Alhamdulillah cuaca nampak baik....



on the way to Pasar Baru

Pasar Baru

A big 8 floors building, dipecahkan kepada Lantai dan Dasar, jadi cara untuk membaca pelannya ialah contoh L8 untuk lantai/tingkat 8 dan D1 untuk dasar/tingkat 1. Inside the lift akan ada petunjuk with floor yang kita berminat untuk pergi, setiap floor ada menjual barang2 berlainan contohnya D2 penuh dengan fabric dan L5 adalah baju2. Setiap floor dipenuhi dengan kedai2 kecil yang menjual bermacam barangan tetapi di floor D, kawasannya lebih padat dan agak panas.

I bought some telekung for mak, Makcik Wok and my self, the telekung cost me Rp 150,000 (RM55) each, after that kami ke floor yang menjual fabric, Hubby so exited membeli kain for baju raya kami anak beranak, for shantung silk 6 meters hanya Rp 90,00 (RM33). I also bought some kain for my siblings. Memang berbaloi beli kain disini, banyak juga kain2 lace untuk bakal-bakal pengatin, murah bangat!!! 3 hours there, kami mencari tempat untuk lunch.


beli telekung

Lunch kami juga di Restoran Sederhana tapi di Jalan Riau, maybe Pak Supir ingat kami suka bangat masakan Padang.


lunch at Restaurant Sederhana, Izz loves the dessert

After lunch, acara shopping tak sedar diri di Factory Outlets.

Jalan Riau

From my observation, FOs di Jalan Riau lebih nampak exclusive dari Jalan Dago. Mungkin cara kedai dihias kot. Antara FOs di sini yang I sempat explore adalah Heritage, Cascade, The Summit, Formen and The Secret.

Heritage dan Cascade adalah 2 FOs yang berbeza tapi ada jalan connection dalamnya. One thing yang I suka sebab FO ini provided baby room, I think maybe the only baby room yang ada kat Bandung ni kot. Stuffs yang ada di FOs ni pun banyak yang branded dan berkualiti, baju for girls la yang paling banyak sekali, for ladies hmmmm oklah but not my taste..


depan Heritage

Heritage dan Cascade

Formen FO adalah untuk lelaki sahaja because u wont find any ladies stuffs inside. So disini memang my Hubby je shooping, dari office attire sampai la for leisure outfit semua ada disini. So guys, ini adalah tempat yang sesuai for u all.


Formen FO

The Secret FO adalah tempat yang sangat cantik, kat dalam ada taman and kita boleh duduk-duduk melepak sambil makan siomay Bandung yang sangat enak dan air jus kelapa yang sangat pelik, heheha. Baju for ladies pun banyak kat sini tapi still not really my taste...

Entrance The Secret

Inside The Secret, ada taman

depan gerai Siomay Bandung yang sedap

Jalan Dago

Sepanjang jalan di Jalan Dago ni penuh dengan FOs, if ada banyak masa boleh la masuk semua kedainya, but for us cuma few kedai je kami sempat masuk. I think semua FOs jual barangan yang berlainan, sometimes u will not jumpe the same stuffs twice so if u rase nak beli something just grab it and pay, hehe. Antara FOs di Jalan Dago ni yang worth it untuk masuk ialah Blossom (banyak baju for kids), Victoria (banyak ladies stuffs) and Jetset.

sepanjang jalan ni ada bermacam FOs

Jetset FO

depan Victoria (banyak dress and blouse)

coffee break di The Sixth Sence Cafe (sebelah Victoria)


Rumah Mode (Jalan Setiabudi)

This was our last FO for today, a really nice place with a lot of Javanese architecture, and personally I think Rumah Mode is a largest FO in Bandung, complete with shopping and eating areas. Inside there, all the sections are divided by ladies stuffs, kids and man. As for me, baju-baju for ladies was so gorgeous but not really fit in me, sedeh kan, dah jumpe yang cantik tapi takde saiz!!! Then I jumped to the kids section, banyak sangat baju kiut miut yang super comel, so here most of my money flew away, hehehe, lucky u Iskandar. Rumah Mode memang menjadi tempat tumpuan di Bandung ni, especially in weekend bila all the Jakartarian come down here to do their shopping.

signboard Rumah Mode




pity my baby yang kepenatan sampai tertidur di stroller pink yang jambu itu

Sari Pawon Restaurant

This restaurant known as Dapur Sangkuriang before, they serve a Sunda dishes. Nice restaurant la because they have a pondok untuk tempat kita makan. One thing u should know about masakan sunda ialah if u order the ayam (bakar,goreng or anythings) ia akan dimasak bersama-sama kepalanya sekali, so if u ok with that u can give it a try. That why our menu only ikan sahaja, hehehe....

please try the garume sweet sour itu, sangat sedap!! kos untuk semua ini Rp228,000 (RM121)

pondok tempat bersentapzzz ehhh bersantap

seriously, ini muka penat selepas satu hari bershopping


After makan-makan, we went back straight to hotel untuk berehat-rehat dan nonton tivinya. Pity my baby yang dah sangat penat.

to be continued.........