30.12.09

Hari Membuat Passport

Saya pergi buat passport tadi, just me and Iskandar.. Buat di antara tempat yang paling sibuk di KL ni, alhamdulillah semua dipermudahkan.. Parking senang dapat, dekat dgn mesin kupon letak kereta walaupun kena berjalan jauh sikit. Dan yang paling penting saya dapat layanan VIP, sampai terus jumpa ketua cawangan dan all the process di buat dalam bilik eksekutif, in 1 hour semua settle dan saya balik dengan senang hati...

Kalau ikutkan proses biasa, memang lama sangat nak kena queue ambil nombor, tunggu nombor dipanggil untuk semak dokumen/pengesahan, buat bayaran dan collect passport 2 jam kemudian.. Orang pulak ramai sangat queue sampai ke kaki lima dan ramai yang kena duduk di lantai pasal ruangan menunggu penuh sangat...

Bila pikir2 balik memang penting untuk kita berbaik2 dgn bos2 ni sebab mungkin satu hari nanti dia boleh tolong kita kan :) bukan mengampu ye tapi perasaan hormat tu memang penting lebih2 lagi kalau kita ni orang bawahan. Bukan susah pun nak please hati boss, buat kerja kita baik2 dan jangan pinggirkan dia dalam apa pun keputusan...

Terima kasih pada Dato' Abdul Rahman yang selalu tolong saya kalau saya perlukan bantuan, saya cuma sms dia dan dia pasti akan call saya balik, bestkan dapat boss macam tu..

Ok, sape yang nak markah prestasi tinggi sila berbaik dgn I ye, hehehe....

Untuk informasi, passport antarabangsa yang harganya RM100 adalah untuk tempoh 2 tahun dan untuk tempoh 5 tahun harganya RM300.. Untuk kanak2 pulak adalah separuh harga untuk tempoh 5 tahun iaitu RM150 dan untuk tempoh 2 tahun harga adalah sama iaitu RM100 juga...

Untuk pendaftaran kali pertama dokumen yang perlukan adalah borang pendaftaran yang lengkap diisi (diberikan percuma), MyKad (asal dan fotokopi) dan 2 keping gambar terbaru ukuran pasport, sijil beranak cuma diperlukan kalau cip MyKad tak boleh dibaca. Untuk kanak2 pulak perlu ada borang yang lengkap diisi, surat beranak (asak dan fotokopi), salinan MyKad ibu atau bapa (sapa yang ikut la) dan 2 keping gambar terbaru berukuran pasport, MyKid tak perlu...

Anak tak boleh tumpang passport maknya macam dulu2 ye, anak akan ada passport sendiri dan sila bawak anak anda sekali kalau nak buat passport untuk dia walaupun saya rase macam tak ada keperluan pun....

3 comments:

Leonora Halim said...

alif had a hard time renewing his passport few days back.. if he reads this.. makan hati dia... ahahahah....

HaNiE said...

haha sorry alif... tapi skrang ni mmg ramai betul orang buat/renew passport...

Mizah said...

info utk wat paspost neh mmg bnyk mmbantu...tq!