12.10.09

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

source : Wikipedia


Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang menang besar di Bagan Pinang, N31, Port Dickson. Kemenangan 8,013 undi mengalahkan Encik Zulkifly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi, menjadikan majoriti 5,435 undi memihak kepada beliau..

Saya dan en. suami dah dapat mengagak Tan Sri akan menang cuma mungkin dengan majoriti yang sedikit, tapi realitinya memang jauh calon PAS ditinggalkan. Bila kami melawat sedara mara di Kampung Bagan Pinang pada hari raya yang lalu dah terasa hangat2 pilihanraya kecil di sana. Masa kami datang beraya ke rumah2 pun, Alang Dik dan Pak Ude takde kat rumah, sibuk buat persiapan. Poster dan banner Tan Sri dah siap tergantung kat seluruh Kampung Bagan Pinang, en. suami pun dengan penuh confident bagitau Tan Sri confirm akan menang sebab semua orang kampung senang dengan beliau...
Sekali lagi tahniah kepada Tan Sri dan penduduk Bagan Pinang....




No comments: