30.9.09

Raya Re-cap

Assalamualaikum semua!!!!

Selamat bertemu semula lepas seminggu beraya, hehehe gigih ni menyiapkan pictures menarik untuk my readers (so kalo rase2 malas membace tu, tengok gambar je la yek)

Anyway, first thing first la ye.... Today ai dapat m.c, takde la teruk sangat pun sakitnye cume sakit malas jek, hua hua hua.... Plan awal nak gi tengok wayang memandangkan today hari rabukan, so ticket murah tapi bile dah balik rumah macam malas pulak nak kluar semula, so skrang tengah menghadap laptop dengan bersungguh-sungguh (memang penyakit malas ni)

Memandangkan masih dalam mood raya ni, marilah kita bercerita tentang raya Hani & Co. tahun ni ye....

First raya kami sambut di Shah Alam, petang raya lepas habis beraya umah2 keluarga my in-law semua, kami balik ke rumah di Keramat, kemas2 barang semua untuk travel back to my kampung next daynya...

Second raya, kami bertolak balik dalam pukul 11.30 gitu, had breakfast kat McD Sungai Besi, jalan agak jam, ramai jugak orang balik kampung lambat macam kami rupenya, lagipun jalan2 kat KL pun masih banyak kereta macam hari2 biase je.. Singgah beraya rumah Dayang kat BP, jalan dah agak berubah tak macam dulu so I got confused menyebabkan kami lost, hahaha.... Lame jugak melepak rumah Dayang mama Dhani, siap mandi2 and makan2 nasik semua (thanks to Dayang n family) Jalan dari BP ke Kluang pun jam jugak, hadoiiii!!! So kami sampai Mersing dalam kul 9 malam, mencabar gak bawak Izz time ni, susah tul nak duduk dalam seat dia, asyik nak merayap jek dalam kereta, penat Mummy melayan... Sampai rumah Mersing, semua adik beradik dah ada (ye la, diorang sambut raya kat sana, aii jek sambut di perantauan) many thanks to all yang sanggup tunggu kami dan postponed balik ke rumah mertua masing2 disebabkan menunggu adikmu yang disayangi ini, hua hua hua perasan.... Bila kami sampai jek, Abg Man (husband my sis) dah ready untuk main bunga api (acara tradisi setiap malam raya kalau Abg Man ade) bukan bunga api kecik2 ye, tapi yang macam merdeka punya tu, memang bergegar kampung lah.... Tu la antara benda yang seronok kalau sambut raya di kampung, adik beradik berkumpul, main bunga api mercun same2, best best.... Thanks again to Abg Man sebab simpankan bunga api untuk main dengan kami...

Third hari raya, kami beraya ke rumah makcik pakcik semua, senang satu kampung, sekali pusing habis semua rumah covered... Jumpe baby baru dalam family belah my Abah, anak Adi and Miera, namanye Muhammad Izat Ishraf, comel sangat, bile tengok baby kecik macam tu rase Izz dah big baby dah, hehehe..... Petang tu, kami sambut birthday my sis kecil kecilan... Abis raya ke tiga, my abang and family dan my sis and family balik ke rumah mertua masing2, so tinggal la kami dan my adik2 yang bujang jek di rumah....

Forth hari raya, ai gi buat hair treatment, hahaha tu pun nak bagi tau ke? Murah buat kat kampung, tak macam kat KL... Kawan2 sekolah ai datang beraya petang tu tapi rasenye dah jadi kawan2 my Hubby la, tengok bola pun same2 sampai balik umah kul 2-3 pagi, ish ish ish... Pastu kami melepak kat Sally's Place or dulu kami panggil rumah hijau, makan2 and menikmati angin laut yang sepoi2 bahasa di petang hari.... Best restoran ni, menu pun boleh tahan and takkan jumpe kat tempat lainlah..... Kat sini jugak Izz diperkenalkan dengan ANGSA yang di panggil ITIK oleh Abahnye, hua hua hua...... Izz, itu namanya angsa bukan itik.....

Fifth hari raya, dah tak tau nak buat ape tapi ai memang suke duk kat umah jek, bukan macam Acik Dian yang asyik kluar dating, hehehe no worry, Abah takkan bacenye blog KakNi ni... Petang di beli groceries untuk umah Mak Long and umah mak, ye la takkan nak mengabiskan beras jek, kena la membeli plak, hehehe.... Pastu minum petang kat Sally's Place lagi....

Sixth hari raya, kami bergerak balik ke tempat mencari rezeki, sob sob sob mase sangat mencemburuiku... Tapi sebelum tu singgah ke Port Dickson dulu untuk beraya dengan makcik pakcik belah my Hubby..... Bermalam kat Rumah Peranginan Port Dickson semalaman and Izz berendam dalam swimming pool sepetangan dan sepagian...

Seventh hari raya, lepas jumpe semua sedara mara kami pulang ke Shah Alam.... Malam dalam pukul 11 kami pulang ke Keramat...

Cukup la diari raya seminggu kami..... Ok stop membebel, mari tengok gambar pulak.....



Sally's Place yang diceritakan itu, nice place with nice view and nice menu (thumb up!!!)


L-R 1. di McD 2. dalam kereta (mase baik ni) 3. baru sampai Mersing, tengok bunga api 4,5&6. gambar di kampung mase pergi beraya

birthday my sis yang ke 33


raya ketujuh di Port Dickson


hahaha ini gambar fav, collection duit raya Iskandar, sila la tambah lagi ye auties and uncles

p/s : sepatutnya ade video dam dam dum bunyi mercun, tapi tak boleh nak upload pulak, ishhh nanti la try kat entry lain yek...

-sipenglipurlara-

No comments: