1.6.09

Bibik oh Bibik

I’m in dilemma

Hehehehe tak abis abis ngan dilemma kan, actually takde la serius sangat but being me, semua benda pun serius, hmmmmmmm....

Before Izz was born, kami memang sangat berusaha untuk mencari maid (selepas ini akan di sebut ‘bibik’) Selain untuk membuat kerja-kerja rumah, tujuan utamanya adalah untuk menjaga Izz, and plus my rumah kan dekat ngan opis so boleh la slalu balik rumah tido breastfeedkan dia. Tapi proses pencarian bibik sangat rumit dan menyusahkan (kami taknak amik dari agency sebab sangat mahal) jadi dari preggy sehingga sekarang proses mencari bibik masih diteruskan.....

Sementara itu, kami terpaksa mencari alternative lain untuk meninggalkan Izz dimana dan pada siapa semasa kami bekerja, cari punya cari akhirnya dapat solution untuk letakkan Izz di rumah babysitter yang berdekatan ngan rumah uncle my hubby, walaupun jauh dari umah dan terpaksa membuat pusingan yang besar untuk ke opis yang hanya 5-minit-dah-sampai-parking, kami akur. Dulu perjalanan 1/2 an hour instead of 5mins ke opis sangat mentensenkan, but lama-lama kami dah terbiase....

Selama 3 bulan Izz di bawah jagaan Nenek Wok (panggilan manje babysitter) kami sangat berpuas hati, walaupun Atuk (suami Nenek Wok) suke cakap Izz boyot (don’t u dare to give my baby’s pet name as Yot) kami gembira kerana anak kami membesar dengan sehat dan kuat. Plus Nenek Wok knows how to handle EBM and dia orang pertama yang nampak Izz meniarap (sob sob Mummy sedeh!!!!)

Sepanjang masa ini (dari preggy sampai Izz dah 5 bulan) dah 2 bibik sepatutnya kerja ngan kami tapi tak lepas sebab tak fit medical untuk kerja di Malaysia. Tapi nasib tak selalunya malang (hehehe ade ke ayat ni?) kami sedang menantikan bibik Siti yang akan sampai pada bulan depan untuk bekerja di rumah. Kami happy sebab dah tak payah pikir nak mengemas rumah : me, masak : me, basuh and sidai baju : hubby, basuh pinggan mangkuk : hubby, buang sampah : hubby, jaga Izz : Nenek Wok, mop lantai : none, etc. Lagipun kami target untuk habiskan contract ngan Nenek Wok sampai Izz 6 bulan and start his solid food. Dan kami diberitahu bibik Siti pandai jage budak dan dah agak berumur (selamat laki aku)

Masalah timbul semalam bila MIL called and bagitau bibik Ani (bibik yang kerja di rumah MIL) nak bekerja dengan kami kerana dia ade konflik dengan pekerja-pekerja Indon MIL yang lain (kerja di kantin). Jadi MIL cadangkan untuk kami swap bibik Siti dengan bibik Ani. Kami tak ade problem untuk amik bibik Ani (umur 27 tahun ye, panggil my hubby, abang boboy, bolehhhh????) tapi sebab saya and bibik Ani dah mesra sangat sbb dia slalu cerita perihal keluarga dia pada saya dan sama-sama mengumpat orang semasa saya dalam pantang di rumah MIL dulu membuatkan saya terpakse berfikir 10 kali nak amik dia bekerja. Hmmm susah la kalau dah rapat sangat ni, nak suruh buat keje pun susah lagipun dia dah rasa dalam comfort zone (sure ar at rumah tengah tengok Astro Aruna ni). Sekarang bibik Ani sudah ada di rumah sebab hubby kan anak mak yang setia, mesti ikut cakap mak punye.

Selain tu, saya masih nak hantar Izz ke rumah Nenek Wok sampai dia 6 bulan seperti perancangan jadi untuk bulan Jun ni bayaran bibik dan babysitter = Rm750, memang tak okeh, baik ai gi shopping-shopping. Bibik Ani pernah jage Izz sekejap mase saya hospitalized aritu, dia duk kat hospital same-same us dan saya dah train dia untuk sediakan EBM, masalahnya dia ni malas nak layan EBM ni, ade ke dia cakap;

Bagi susu tepungnya aja, rumit mahu panas-panaskan susu ni, kakak.....

Start dari saat tu, tugas dia cume bagi EBM yang saya dah panaskan pada Izz, nanti kalau suh dia buat mesti dia pakai formula jek, ish ish ish.... So, macammane saya nak biar dia jage Izz, lagipun sekarang kerja dah busy, susah nak balik-balik rumah dah time opis hour (hahahaha ni blogging dari opis, tak busy ke????? Tadi meeting cancel so boleh tulis blog jap)

Huishhhh panjangnya entry, cite pasal bibik jek ni. Hehehe takde la dilemma sangat pun kan tapi ni la benda yang memberatkan kepala sekarang....

Tak tau la ape nak buat lagi, maybe ai biar je dulu kan, train dia slowly.... Semoga tak ada ape-ape yang buruk akan berlaku, amin.....

p/s : korang kalo tak paham cite ni tak pe lah, jangan pening-pening kan kepala sendiri ye....

No comments: