3.4.09

Selamat Bersara Pak Lah

Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia ke-5
(2003-2009)
Saya suka Pak Lah, walau bermacam kritikan dan kutukan yang orang lemparkan pada Pak Lah, saya masih suka Pak Lah... Bagi saya Pak Lah adalah satu simbol pemimpin yang berorentasikan rakyat, semua perkara yang Pak Lah buat akan mengutamakan rakyat dahulu, walaupun tiada binaan terbesar, tertinggi atau lain-lain ter lagi tetapi taraf hidup rakyat bertambah naik... Masa minyak naik dulu, semua orang marah Pak Lah, setiap tulisan tak kira la rencana / blog / email yang saya baca semua menghentam Pak Lah tapi bila minyak turun harga tak siapa pun bagi Pak Lah pujian... Cuma mungkin Pak Lah terlalu baik, tak salah untuk menjadi orang yang baik malah sangat dialu-alukan tetapi menjadi orang baik dalam dunia politik mungkin bukan tempatnya.... PAK LAH TERLALU BAIK UNTUK MENJADI ORANG POLITIK... Dan menjadi lumrah manusia, orang yang baik akan dipijak dan dipergunakan... Semoga Pak Lah akan berbahagia dan sentiasa di rahmati....

Terima kasih Pak Lah.....

KU CARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al Ghazali, Aku cari mana dia Al Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman, Kita bongkar rahsia sunnah nabi, Cari panduan, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mengcukupi, Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi

-Abdullah Ahmad Badawi-

No comments: