31.12.09

Good Bye 2009 and Welcome 2010

So today is a last day for 2009, tahun yang penuh dugaan, cabaran dan kegembiraan if I might say....

A few about happiness consist of kehadiran Izz Iskandar in our life, I've promoted to higher level in my career, we got our new cars, our economy getting better and so many other things that I failed to recall (makcik pelupa ok!!) to be mentioned here...

As for the unpleasant things, no need to be stated here lah, let me just buat-buat lupe for those things ye, yang buruk kita jadikan sempadan dan jangan di kenang2...

My new year resolution, is to be more strong so that I can face all the future challenges and also to life and love to the fullest....

To all my friends (yes, its you!!!!)

Happy New Year 2010

cheers,

30.12.09

Hari Membuat Passport

Saya pergi buat passport tadi, just me and Iskandar.. Buat di antara tempat yang paling sibuk di KL ni, alhamdulillah semua dipermudahkan.. Parking senang dapat, dekat dgn mesin kupon letak kereta walaupun kena berjalan jauh sikit. Dan yang paling penting saya dapat layanan VIP, sampai terus jumpa ketua cawangan dan all the process di buat dalam bilik eksekutif, in 1 hour semua settle dan saya balik dengan senang hati...

Kalau ikutkan proses biasa, memang lama sangat nak kena queue ambil nombor, tunggu nombor dipanggil untuk semak dokumen/pengesahan, buat bayaran dan collect passport 2 jam kemudian.. Orang pulak ramai sangat queue sampai ke kaki lima dan ramai yang kena duduk di lantai pasal ruangan menunggu penuh sangat...

Bila pikir2 balik memang penting untuk kita berbaik2 dgn bos2 ni sebab mungkin satu hari nanti dia boleh tolong kita kan :) bukan mengampu ye tapi perasaan hormat tu memang penting lebih2 lagi kalau kita ni orang bawahan. Bukan susah pun nak please hati boss, buat kerja kita baik2 dan jangan pinggirkan dia dalam apa pun keputusan...

Terima kasih pada Dato' Abdul Rahman yang selalu tolong saya kalau saya perlukan bantuan, saya cuma sms dia dan dia pasti akan call saya balik, bestkan dapat boss macam tu..

Ok, sape yang nak markah prestasi tinggi sila berbaik dgn I ye, hehehe....

Untuk informasi, passport antarabangsa yang harganya RM100 adalah untuk tempoh 2 tahun dan untuk tempoh 5 tahun harganya RM300.. Untuk kanak2 pulak adalah separuh harga untuk tempoh 5 tahun iaitu RM150 dan untuk tempoh 2 tahun harga adalah sama iaitu RM100 juga...

Untuk pendaftaran kali pertama dokumen yang perlukan adalah borang pendaftaran yang lengkap diisi (diberikan percuma), MyKad (asal dan fotokopi) dan 2 keping gambar terbaru ukuran pasport, sijil beranak cuma diperlukan kalau cip MyKad tak boleh dibaca. Untuk kanak2 pulak perlu ada borang yang lengkap diisi, surat beranak (asak dan fotokopi), salinan MyKad ibu atau bapa (sapa yang ikut la) dan 2 keping gambar terbaru berukuran pasport, MyKid tak perlu...

Anak tak boleh tumpang passport maknya macam dulu2 ye, anak akan ada passport sendiri dan sila bawak anak anda sekali kalau nak buat passport untuk dia walaupun saya rase macam tak ada keperluan pun....

24.12.09

Parents Tips : Flying With A Baby

A friend of mine asking me how to handle small baby while flying by the plane and since I have an experiance regarding this matter, so I would like to share with you guys here;

  1. book your flights on non-peak travel times to avoid crowds
  2. at check in counter, tell the airline staff that you are travelling with baby so they will arrange you at the front seat, some airline can provide you with a sky cot (bassinet)!!!
  3. during takeoff and landing to ease ear pain encourage your baby to breastfeed or suck on the bottle/pacifier (Mummy please bring along your shawl/poncho to cover the boobies while breastfeeding) and biscuits also can do for bigger baby but if your little one is sleeping soundly, just leave him be
  4. pack along your baby favourite toys and brings it out one at one time, and put one away before introducing the next for maximum entertainment valve
  5. dont worry about nappy changing on planes, most planes have drop down changing table where you can change nappy
  6. just calm down and enjoy your flights, your little one will enjoy it too
Izz's first plane ride at 9 months

Sleeping soundly



bon voyage;

23.12.09

5 Muharram 1431H ; Iskandar 1st Birthday!!!

Tak perasan hari ni dah 7 Muharram 1431H, Salam Maal Hijrah semua!!

Anyway, hari ini tiada motif yang khusus untuk menulis dan juga bukan entry yang berinformatif untuk dikongsi, seperti biasa cume luahan rase seorang perempuan bergelar ibu, chewah!!!

Looking back at the calender, rasenye saye dah terlepas my son birthday mengikut bulan Hijrah.. Iskandar lahir 5 Muharram tahun lepas, so my baby already 1 year la kan.. Hmmm tapi kami masih belum decide macam mane nak celebrate his coming birthday in next 2 weeks, nak sambut ke tak or nak buat kat mane.... My hubby mungkin kena ke Kerteh jadi mungkin juga kami akan sambut birthday Iskandar kat sane.. After that kami akan pergi untuk family holiday (our nucleus family aje) di Seberang Selat Melaka, hua hua hua.... Lepas tu sambung holiday ke Melaka because hubby ada training di sana... Agak penuh juga jadual untuk bulan Januari next year so if ade Izz's birthday celebration pun maybe after the third week of Jan, I will let u know ok!!...

Ohhh by the way, sebelum Iskandar masuk ke alam kanak2 just nak share few perkembangan of his last month as an infant;

Dah ade 2 gigi dibawah dan 3 gigi diatas yang sedang tumbuh; dah boleh berdiri dan cruising the sofa steadily; boleh clap hands; suka tengok tv dan nursery song cd if dalam kereta; few words yang boleh difahami selain nangis ialah aaabah, ma ma, nak, dah, wek; tatih for 2 steps sebelum menjatuhkan diri dan sambung merangkak dengan lajunya; merajuk bila kena marah sambil gosok2 tangan dan mata merah2 menahan nangis; pandai turun katil sendiri selepas 5 kali jatuh katil; favourite food adalah roti gardenia; favourite toys adalah botol air mineral, kopiah Abah, handphone and ball; akan letak hp kat bawah telinga bila Mummy says hello..

Mungkin ade lagi yang tak sempat nak tulis, tapi nanti I'll update later ok.. So till then, bubbye!!!



17.12.09

RIP at home

Hello readers,

Missing me huh?..... Huhuhu perasan yek!!!!

Im at home now, the nice lady doc gave me a whole week m.c because im having eye infection, pity me? please dont be.... Dian and Niena were also at my home now because Kak Ninie having a training course at TM Training Centre KL, what a coincidence!! hehe

So for a start, we had our facial treatment on Monday.. tawaf Pavillion on Tuesday.. lawatan sambil belajar to Ampang Park and continue to KLCC on Wednesday... As for today, we re planning to shopping at Sogo and kawasan sekitar...

I bumped into Siti Nurhaliza last Tuesday at KLIA, not really her fanatic fan but I took a picture with her because everyday just done that.. By the way, MIL already flew to Spain for her yearly holiday, bravo mama!!! I hope one day I can be like her, having a great escape to foreign countries all over the world but with my loved ones la....

Okla, need to be ready for shopping trip, hahaha poyo.. See u guys in next entry, hope it gonna be more informative ~~~uwekkkk~~~

p/s : for my colleague readers, plz buat-buat tak bace this entry ye and jangan bilang sama boss dong!!!!

xoxo luv,

8.12.09

Outdated Entry : My 2nd Anniversary

Hello!!!

No updated news to be share, just wanna blog about my belated 2nd anniversary last month, on 24th Nov to be exact.....

Woke up in the morning with a painful headache, most probably because my hetic schedule that week, went back from office at the night and continued work until midnight.... So on my anniversary, I got m.c hoooray, opssss!!!!!!!

Nothing much happened on that day, just went to KL Central to buy a flight tickets for Izz and Acik Dian... After that, we had a quality time together at Mid Valley and watched a movie called 2012, I really wanted to watch Picau Cukur actually *sigh*

To my beloved husband, I know its quite a bit late to publish here but better now than never right, I LOVE U





Jun 2008 : Me and Hubby (also Izz in my tummy huhuhu)

lots of luv,

7.12.09

Seminggu di Pulau Lagenda

Hello semua!!

Lame tak berupdate blog ni, saye busy sesangat sepanjang 2 minggu ni... Last week setiap hari balik kul 9-10 malam, sampaikan malam raya aidiladha pun balik kul 9.30 malam, nasib baik la saya memang tak masak apa2 juadah raya, hehehe...

Raya Aidiladha tahun ni memang tak meriah langsung, tak rase hapa pun sebenarnya.... Pagi raya kami tido aje, dah puas tido baru bergerak ke Shah Alam untuk makan ketupat.. Petang tu kami membeli barang2 yang nak dibawak ke Langkawi....

The next day, which is Saturday saya sibuk mengemas barang2 dan petangnya en suami hantar kami (me, Iskandar dan Dian) ke KLIA untuk kami terbang ke Langkawi...

Sampai ke Langkawi saya terus bertugas di bilik operasi kami, berhenti sekejap untuk hantar Iskandar dan Dian ke hotel lepas tu sambung kerja sampai kul 12 malam...

Saya di Langkawi dari Sabtu yang lepas sehingga hari Jumaat..

Walaupun bertugas di Langkawi untuk Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibitions (LIMA 09) tapi saya tak ada masa langsung nak melawat tapak pameran untuk tengok air show atau fleet review... Sepanjang masa kena berada kat bilik gerakan di airport Langkawi.... tapi sempat juga la mengabiskan duit kat pekan Kuah :)

Paling kesian pada Dian dan Iskandar, setiap hari saya akan keluar bilik dari pukul 8.30 sehingga tengah malam, cuma kadang2 aje sempat balik bilik hotel sekejap untuk hantar makanan pada Dian, selain daripada tu Dian cume makan meggi je... Kesian juga my baby sebab asyik duduk bilik aje sampaikan pipi dia jadi merah2 dan macam mengelupas, tak tahu la kenapa tapi rasenye mungkin sebab terlalu lame expose pada aircond....

Penat?? Memang penat tapi saya yang menurut perintah kan.... Oklah tu, tu je update untuk seminggu yang lepas....



11.11.09

Pagi yang cerah vs MP yang poyo

Morning semua.....

Mari kita memulakan pagi yang indah permai ini dengan memaki hamun orang!!!!

Ai memang tak suke dengan orang yang ade kuasa contohnya pak guard / polis trafik yang memang la kejenye untuk menjaga keselamatan / melancarkan lalulintas tapi terover sangat sampai membuatkan orang lain naik meluat sebab diorang ni sangat poyo dan terlalu strict tak kena tempat....

Kes yang terjadi pada pagi ini..

Masa : 8.20 pm
Tempat : Laluan masuk bangunan parking

Ai tengah menyanyi2 kecil di dalam kereta sambil memandu secara berhemah, baru nak pusing masuk parking tiba2 kena tahan dengan MP (macam pak guard tu la tapi pakai uniform hijau)... Ai buat la sign mintak laluan nak masuk tapi dia balas dengan sign no entry dan suruh jalan terus, so ai berentikan la keta sambil bukak tingkap, dia datang approached and this conversation took part;

MP : tak boleh masuk, parking penuh.
Ai : saya parking kat bawah..
MP : parking sape kat bawah??
Ai : tempat parking saya la..
MP : tak boleh parking kat tempat orang..
Ai : saya tau, tapi memang saya punya parking kat bawah..
MP : parking tempat boss ke?
Ai : tak, parking saya sendiri la..
MP buat muka tak percaya sambil cakap2 dgn MP lagi satu
Ai tengok cermin belakang, keta lain dah bersusun tunggu giliran... tengok jam lagi 5-6 minit kul 8.30
MP : parking bay nombor berapa???
Ai dah hangin satu badan, sejak bila pulak saya kena menghapal no-no parking ni, kalau tak percaya jom la ikut masuk parking!!!!!!
MP 2 : oklah, jalan
Ai : haaaa kan senang........... terus memecut kereta

Salah ke ai yang bermuka baby face ni (uwekkkk!!!) sampai orang tak percaya ai ade parking lot sendiri, hish hish sedeh sungguh la.....

Kadang2 MP kat opis ai ni betul2 buat orang meluat, memang la kejenye menjaga keselamatan tapi jangan la over sangat, ade je benda yang salah kat mata diorang ni... tapi kalau yang same jenis ngan diorang ni lebih2 kalau berpaku-paku kat bahu tu, dia punya layanan macam raja first class, bertabik sepanjang jalan, benci la aii....

Tapi tak semua MP kat opis ai ni berperangai keji macam tu, ade jugak kes yang terjadi pada myself yang mana one fine day tu ai terlupa nak lekatkan sticker kat keta (opis ini sangat strict, kalau takde sticker memang tak boleh masuk, jangan kate masuk parking, masuk sekejap nak turunkan orang pun tak boleh) tapi ade sorang MP tu sangat memahami susah kalo nak kena amik sticker kat rumah yang jauh (rumah ai 5 min jek dari opis) so dia kasi jek ai masuk.... Dan ada jugak sorang MP senior yang ai tak kenal pun tapi everytime kalo dia yang jaga pagar and kebetulan ai lalu masuk dia mesti akan angkat tangan sambil tersenyum, MP2 yang lain jangan harap la nak senyum kat orang2 yang pakai baju biasa tanpa uniform macam ai ni.....

Harap saya sebagai rakyat biasa ini kepada semua anggota badan berkuasa, tolong la jaga keselamatan dan kebajikan kami secara berhemah dan janganlah kerek sangat sampai saya menjadi menyampah, sekian.... Treat people with respect!!!!


3.11.09

Tertekan, Menekan or Ditekan???

Arghhhh sangat stress ok.....

Both of my officer went out-station, maklumbalas berlambak-lambak nak kena jawab, a bunch of dokumen kontrak nak kena tengok and sign yang of course akan menghabiskan ink tu.... Paper work atas meja yang nak kena check, kerja-kerja wahyu lagi yang berduyun tiba.... Telefon ni pun asyik berbunyi jek, dah la nak kena tunggu tuan dato' abis meeting.... Esok nak kena out station plak, ishhhhh banyaknye keje..... Sooooo many work but sooooo little time, so how????

Dah la tengah sakit belakang ni, aduihhhh time2 ni la nak kena period pain plak!!!!

nasib baik today is tuesday ~~~~gossipgirl~~~~




-sayayangstressmacamnakgile-

29.10.09

Mummy Little Boy

Hola!!!

Before I forgot what to tell and before the time running far away from me, lets share a snippet about mummy little boy....
  • Iskandar will turns 10 months in another 3 more days...
  • We just discovered that he has his first little-tiny-white tooth yesterday and its really make mummy so exited...
  • He can understand simple instruction like waving his hand when we say bye bye
  • He will geleng-geleng his head when we say no
  • Kiss with open mouth plus saliva when we say kiss kiss
  • His weight drop to 8.4 kg only!!! comparing to his 9 months weight which is 8.7 kg
  • Still on breast milk but only God knows till when it will remain because my production is tremendously decrease day to day
Iskandar 9 month and 2 week old

Iskandar and Raisya Arianna




Love,

20.10.09

Kuching, Sarawak - October 2009

Walaupun nyaris-nyaris tiket air asia kami burn sebab en. suami merajuk, akhirnya kami selamat juga sampai ke Bumi Kenyalang last weekend sempena cuti Deepavali, tapi kelam kabut jugak la sebab packing barang kul 9 and 9.30 dah gerak ke LCCT... Originally kami plan nak bercuti ke Vietnam bulan Mei yang lepas tapi memandangkan Izz yang masih fragile and penyakit selsema babi yang tengah hot mase tu so kami cancel that trip, timbul lah idea untuk ke Kuching untuk meet my grandmom yang stay with my auntie, lagipun Izz belum penah jumpe moyang dia lagi dan en. suami yang belum penah jejakkan kaki kt Kuching ni...

Sebab kami online awal so dapatlah tambang murah air asia, untuk kami 3 beranak cume RM300++ pergi dan balik... Ok air asia ni, so far takde delay and selesa la untuk harga yang kami bayar tu cume takde sediakan bantal so penat la memangku Izz yang lena... Perjalanan dari LCCT ke Kuching International Airport lebih kurang 1 jam setengah... Nasib baik Izz behaved dalam flight tapi jerit-jerit tu biasa la kan, masa take off and touch down mummy sumbat nenen sebab takut air pressure kat telinga dia...

Sampai airport Kuching kul 1.30 hari Jumaat so tunggu sekejap sementara Mak Njang datang fetch us, en.suami sempat buat keje opis kat airport tu lagi, ish ish holiday pun keje gak ke? The rest petang and malam Jumaat tu kami melepak kat umah jek sebab Izz tido kepenatan, abah dia pun tido sekali la...


Izz di LCCT, masa ni kami makan kat Marry Brown pastu Izz plak yak yak time nak naik flight so merasa la nama kena annouce, glamour ok!!!


Kami di Kuching International Airport, see Abah Izz yang rajin tu!!!

Pagi sabtu baru kami start ronda2, first pegi Cat Museum dulu... Macam-macam benda regarding kucing ada dalam museum ni, sape-sape yang penggemar kucing tu sila la datang melawat... Masuk free tapi kena bayar RM4 untuk digital camera, ok la kan... Kami dibawa oleh tourist guide yang kecik comel, my little cousin Hafiz aka Toten, anak Mak Njang yang bongsu ni suke betul ngan Izz...

Kami di Cat Museum, kat sini pun Izz yak yak jugak, hmmmm anak Abah!!!!

Sebahagian patung and gambar kucing yang ada dalam museum ni... Selain tu, museum ni jugak ada pamerkan mumia kucing dari tahun 2500-3000 SM yang dihadiahkan oleh Kerajaan Mesir, memang horror!!! Tapi banyak juga facts yang ai dapat dari museum ni...

Ini gambar Gunung Santubong yang glamour kat Sarawak ni... Mak Njang plan nak bawak kami ke Damai Laut untuk tengok gunung ni dekat-dekat tapi after balik dari museum terus Izz tido sampai ke petang, sebab tak sampai ati nak kejutkan dia kami pun melepak je la kat umah...

Lepas Izz bangun, kami pegi ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang wajib datang bagi semua tourist ke Kuching, kedainya kecik je tapi Mak Njang bagitau owner dia dah jutawan dah... Macam-macam jenis kek lapis ada... En.suami makan banyak tester kek kat kedai tu, macam datang beraya plak...



Lepas bayar semua kek lapis yang dipilih, staf kedai siap-siap pack kek tu, cantik je kotaknya siap tampal fragile tu, memang diorang ni expert la... Mase kami nak balik ada satu bas pelancong sampai, patut la kaya raya owner dia... Anway, kat area ni memang banyak kedai kek lapis...

Malam kami plan nak ronda-ronda tengok bandar Kuching tapi ai kena serangan sakit kepala yang tahap maksimum punya siap muntah-muntah, tak tipu tau... So malam kami hanya di rumah saje, en. suami layan bola and main game FB...

Hari ahad, hari last kami di Kuching... Pagi tu sempat lagi ke kedai cenderamata kat depan Kuching Waterfront, beli souvenir untuk family...


Pilih-pilih barang kat kedai, banyak kedai souvenir kat sini tapi semua pun jual benda yang sama... Ok, gambir Sarawak pun ada jual tapi sila guna untuk sakit gigi aje ye...
Singgah sekejap kat tugu kucing ni sebab Abah Izz nak bergambar kenangan... So ini proof kami dah sampai Kuching, Sarawak ye... Hehehe gigih bergambar walaupun cuaca panas terik!!!!
Last shopping di Pasar Besar Satok, beli ikan terubuk masin... Semua stall jual ikan ni tapi sebab Mak Njang biase kat sini kami dapat harga yang murah, btw harga untuk telur ikan terubuk masin ialah RM50, kecik jek telurnya tapi harga perghhh!!! Tapi beli jugak la, dapat RM30... Lepas bayar terus diorang pack dalam kotak, senang la beli barang kat Kuching ni semua barang siap masuk dalam kotak, tinggal nak bawak ke airport dan masuk dalam kargo jek, hehehe...

Balik rumah terus packing barang sebab flight kami kul 3 petang...


Ni gambar Tok Wan saya, moyang Izz... Masih sehat walaupun dah nak masuk 80 tahun tapi dah tak berapa larat nak turun naik kapal terbang kalau nak balik kampung Mersing, so kalau family kami nak jumpe Tok Wan, kami akan ke Kuching la... Tok Wan dah lama duk sini ngan Mak Njang... Mak Njang suggest untuk semua family kami datang sambut raya kat Kuching satu hari nanti, cadangan menarik and mungkin akan direalisasikan suatu hari nanti...

Untuk maklumat umum, moyang saya ni orang Jepun ye, hehehe!!!!

Kasimpulannya holiday ke Kuching ni banyak berehat di rumah aje sebab tak banyak tempat yang kami pegi ronda-ronda tapi tetap puas hati coz the main purpose kami datang ke Kuching ni adalah untuk melawat Tok Wan, lain kali la datang lagi kalau nak jalan-jalan yang real punye....


Ini gambar-gambar kami semasa berangkat pulang ke Semenanjung dan itu gambar Izz yang lena dalam flight!!!


Sekian.



15.10.09

Suamiku Merajuk


Ai sentapzz malam2 ni, sedeh and keciwa!!!! Suamiku yang tercinta telah meninggalkan ai and Izz kat umah berdua, beliau sedang bergumbira sambil makan2 dan berborak2 dgn kawan2 kat open house boss beliau, tapi sekarang dah kul 11.30 takkan kat umah boss dia lagi, nak tolong basuh pinggan ke?? ke tengah bershisha kat restoren arab...

Bukan aii taknak ikut gi makan free tapi suami tercinta tengah merajuk and terus keluar umah tak toleh2 kat kami pun, sedeh kan?? semua sebab aii taknak tukar baju lain, dia cakap aii tak cantik, dia malu nak bawak jumpe kawan2 opis dia... So aii cakap tak payah la bawak kami and dia terus buat bodo je, blah camtu....

Esok kami nak berangkat ke Kuching tapi tadi suami tercinta dah bagitau dia malas nak pegi and suruh aii pegi sendiri sebab aii buat perangai taknak tukar baju, so aii pun tak tau la macam mane lagi, worst come to worst aii gi keje la esok tapi sayang plak duit beli tiket air asia tu, tapi takkan la nak travel ngan Izz berdua je lagi la tak sanggup tapi kalau ikut hati yang tengah panas ni nak je pegi sambil feling2 tourist gitu (ish banyaknye tapi!!!)

Ntah la tak tau lagi nak buat ape ni, sian Izz tido kat depan tv ni, teman mummy ye...

Oklah, nak tido la, babai and gud nite




14.10.09

BIrthday Dinner at Tamarind Spring

Hello guys!!! How are u doing today (haha dah macam talk show plak, over tau!!)

As I have mentioned in my previous entry, my Hubby did surprised me on my birthday last week. We had a romantic candle light dinner at Tamarind Spring, a unique Indo-Chinese restaurant located at Jalan Kolam Air and near by the Darul Ehsan Club at Ampang. It's a wonderful place surrounded by forest. The entrance is small but u will be amaze as u walk along the walkway to the restaurant.

The appetizer was not bad and the main course was sooo delicious especially the asparagus sup and lobster (two thumb up!!)... We were too full for desert and after mr Hubby made a payment we took some of the pictures there.


some of the Indo-chinese decorations
us
our meal

u should try it yourself!!! its fun and romantic, hehehehe
till then, daaaaa!!!!!


12.10.09

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

source : Wikipedia


Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang menang besar di Bagan Pinang, N31, Port Dickson. Kemenangan 8,013 undi mengalahkan Encik Zulkifly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi, menjadikan majoriti 5,435 undi memihak kepada beliau..

Saya dan en. suami dah dapat mengagak Tan Sri akan menang cuma mungkin dengan majoriti yang sedikit, tapi realitinya memang jauh calon PAS ditinggalkan. Bila kami melawat sedara mara di Kampung Bagan Pinang pada hari raya yang lalu dah terasa hangat2 pilihanraya kecil di sana. Masa kami datang beraya ke rumah2 pun, Alang Dik dan Pak Ude takde kat rumah, sibuk buat persiapan. Poster dan banner Tan Sri dah siap tergantung kat seluruh Kampung Bagan Pinang, en. suami pun dengan penuh confident bagitau Tan Sri confirm akan menang sebab semua orang kampung senang dengan beliau...
Sekali lagi tahniah kepada Tan Sri dan penduduk Bagan Pinang....




7.10.09

7 October 2009; Its My Birthday!!!!

Today is my birthday!!!! My 27th birthday to be exact, still young right?? hehe but never mind la if u think im old...... Can't blog much because I'm running out of time, need to bring my baby to clinic, the babysitter just called to inform Izz having fever....

But Hubby have planned for my birthday dinner tonight but he was so secretive about the details.. It better be suprising dear, jangan bawak i makan restoran arab sudah!!!!

Ok, got to go...... HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF


5.10.09

Iskandar : 9 months

My baby Izz turns 9 months last week, and his milestone as far now;

  1. say ABAH clearly, everything pun ABAH jugak, sometimes macam menyanyi plak sambil sebut ABAH - bile pulak nak sebut MUMMY ni? tak aci tau!!!
  2. masih dalam cubaan nak crawl, tapi sangat laju mengesot....
  3. dah boleh berdiri sambil berpaut kat ape2 benda di depan mata - kaki Mummy/Abah, birai katil, kerusi makan, sofa, gate, almari.... - ada one night tu tiba2 je Izz ade kat sebelah Mummy berdiri sambil berpaut kat katil, hishhh buat Mummy terkejut jek
  4. still takde gigi tapi masih comel bile senyum/ketawa....
  5. suke tengok iklan/preview TV3 - yang keluar everytime nak start program tu (kau sinari, kau dihati, na na na na T V tiga) ntah camno nak explain!! mesti stop buat ape pun and pandang TV....
  6. still fully BF - alhamdullilah
  7. suke makan - ape2 pun boleh, kuih atas lantai pun bedal!!!
  8. sentiasa nak Mummy/Abah depan mata so we all tak boleh bergerak jauh kalau tak bergema satu umah....
  9. taknak kat orang (separation anxiety) - boleh ngekek2 ketawa kalau orang agah but jangan angkat confirm nangis - mama cakap macam burung merpati; makan ditangan, ditangkap lari.... macam lirik lagu plak!!
  10. suke sangat ngan air, kalau mandi tu mesti nak lama2 sampai kecut2 kulit tapi kalau masuk swimming pool meti buat muka pelik dulu before menjadi exited - takut sejuk ni!!!
Mummy & Abah love you so much, darling!!!


p/s : Happy Belated Birthday to Atuk Niena, Ali, Izz & Aliah... We all love u soooo much!!!



30.9.09

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Okeh, seperti yang dijanjikan dan selepas few alteration untuk kecikkan saiz video supaya boleh masuk dalam blog ni, I present to u video kami bermain mercun di kampung.... Actually panjang lagi video ni tapi terpakse cut cut mane yang patut....

And sorry for the low quality, biase la photographer amature and tak tukar night mode, ngeh ngeh ngeh....


video


Raya Re-cap

Assalamualaikum semua!!!!

Selamat bertemu semula lepas seminggu beraya, hehehe gigih ni menyiapkan pictures menarik untuk my readers (so kalo rase2 malas membace tu, tengok gambar je la yek)

Anyway, first thing first la ye.... Today ai dapat m.c, takde la teruk sangat pun sakitnye cume sakit malas jek, hua hua hua.... Plan awal nak gi tengok wayang memandangkan today hari rabukan, so ticket murah tapi bile dah balik rumah macam malas pulak nak kluar semula, so skrang tengah menghadap laptop dengan bersungguh-sungguh (memang penyakit malas ni)

Memandangkan masih dalam mood raya ni, marilah kita bercerita tentang raya Hani & Co. tahun ni ye....

First raya kami sambut di Shah Alam, petang raya lepas habis beraya umah2 keluarga my in-law semua, kami balik ke rumah di Keramat, kemas2 barang semua untuk travel back to my kampung next daynya...

Second raya, kami bertolak balik dalam pukul 11.30 gitu, had breakfast kat McD Sungai Besi, jalan agak jam, ramai jugak orang balik kampung lambat macam kami rupenya, lagipun jalan2 kat KL pun masih banyak kereta macam hari2 biase je.. Singgah beraya rumah Dayang kat BP, jalan dah agak berubah tak macam dulu so I got confused menyebabkan kami lost, hahaha.... Lame jugak melepak rumah Dayang mama Dhani, siap mandi2 and makan2 nasik semua (thanks to Dayang n family) Jalan dari BP ke Kluang pun jam jugak, hadoiiii!!! So kami sampai Mersing dalam kul 9 malam, mencabar gak bawak Izz time ni, susah tul nak duduk dalam seat dia, asyik nak merayap jek dalam kereta, penat Mummy melayan... Sampai rumah Mersing, semua adik beradik dah ada (ye la, diorang sambut raya kat sana, aii jek sambut di perantauan) many thanks to all yang sanggup tunggu kami dan postponed balik ke rumah mertua masing2 disebabkan menunggu adikmu yang disayangi ini, hua hua hua perasan.... Bila kami sampai jek, Abg Man (husband my sis) dah ready untuk main bunga api (acara tradisi setiap malam raya kalau Abg Man ade) bukan bunga api kecik2 ye, tapi yang macam merdeka punya tu, memang bergegar kampung lah.... Tu la antara benda yang seronok kalau sambut raya di kampung, adik beradik berkumpul, main bunga api mercun same2, best best.... Thanks again to Abg Man sebab simpankan bunga api untuk main dengan kami...

Third hari raya, kami beraya ke rumah makcik pakcik semua, senang satu kampung, sekali pusing habis semua rumah covered... Jumpe baby baru dalam family belah my Abah, anak Adi and Miera, namanye Muhammad Izat Ishraf, comel sangat, bile tengok baby kecik macam tu rase Izz dah big baby dah, hehehe..... Petang tu, kami sambut birthday my sis kecil kecilan... Abis raya ke tiga, my abang and family dan my sis and family balik ke rumah mertua masing2, so tinggal la kami dan my adik2 yang bujang jek di rumah....

Forth hari raya, ai gi buat hair treatment, hahaha tu pun nak bagi tau ke? Murah buat kat kampung, tak macam kat KL... Kawan2 sekolah ai datang beraya petang tu tapi rasenye dah jadi kawan2 my Hubby la, tengok bola pun same2 sampai balik umah kul 2-3 pagi, ish ish ish... Pastu kami melepak kat Sally's Place or dulu kami panggil rumah hijau, makan2 and menikmati angin laut yang sepoi2 bahasa di petang hari.... Best restoran ni, menu pun boleh tahan and takkan jumpe kat tempat lainlah..... Kat sini jugak Izz diperkenalkan dengan ANGSA yang di panggil ITIK oleh Abahnye, hua hua hua...... Izz, itu namanya angsa bukan itik.....

Fifth hari raya, dah tak tau nak buat ape tapi ai memang suke duk kat umah jek, bukan macam Acik Dian yang asyik kluar dating, hehehe no worry, Abah takkan bacenye blog KakNi ni... Petang di beli groceries untuk umah Mak Long and umah mak, ye la takkan nak mengabiskan beras jek, kena la membeli plak, hehehe.... Pastu minum petang kat Sally's Place lagi....

Sixth hari raya, kami bergerak balik ke tempat mencari rezeki, sob sob sob mase sangat mencemburuiku... Tapi sebelum tu singgah ke Port Dickson dulu untuk beraya dengan makcik pakcik belah my Hubby..... Bermalam kat Rumah Peranginan Port Dickson semalaman and Izz berendam dalam swimming pool sepetangan dan sepagian...

Seventh hari raya, lepas jumpe semua sedara mara kami pulang ke Shah Alam.... Malam dalam pukul 11 kami pulang ke Keramat...

Cukup la diari raya seminggu kami..... Ok stop membebel, mari tengok gambar pulak.....



Sally's Place yang diceritakan itu, nice place with nice view and nice menu (thumb up!!!)


L-R 1. di McD 2. dalam kereta (mase baik ni) 3. baru sampai Mersing, tengok bunga api 4,5&6. gambar di kampung mase pergi beraya

birthday my sis yang ke 33


raya ketujuh di Port Dickson


hahaha ini gambar fav, collection duit raya Iskandar, sila la tambah lagi ye auties and uncles

p/s : sepatutnya ade video dam dam dum bunyi mercun, tapi tak boleh nak upload pulak, ishhh nanti la try kat entry lain yek...

-sipenglipurlara-

20.9.09

Syawal 1430H

Salam semua.....

Selamat Hari Raya 1430 H

How was your first raya? Semoga semua berjalan dengan sempurna dan penuh keriangan.....

Mari kita bercerita mengenai hari raya pertama Iskandar.....

So today is hari raya, i woke up early right after Mummy went out from the room to open the main door for Abah (my Abah not slept last night because he watched football game at mamak's and went to Jalan TAR for last minute baju raya ) after Abah took his shower and performed Solat Subuh, he ate so many ketupat and lauk lodeh. At 7.30 Abah and Wan went to kubur.... Mummy bathed me while Abah went for his Solat Sunat Aidilfitri, after handed me to Bibik, Mummy took her shower... I wore the red baju melayu teluk belanga with black sampin, Mummy said I looked so handsome but I felt so rimas, Mummy purposely didnt bought songkok for me because she knew that I hate to wear anything at my head...

After Abah came back from the mosque (he ate again), we had a posing-posing session, my mood not very good at this time because I were so sleepy but everybody just so noisy.... Then we went out to Selayang to meet Nenek (Abah's nenek) but before that we spent a minutes at Pakcik Kaduk's house (Abah ate some more). At Nenek's house Abah also ate more ketupat... From Nenek's we went to Tok Ngah house and Abah also makan again... At 3.oo p.m Wan and Mak Teh family continued their trip to Port Dickson while me and my family went back to our house....

Thats all about my first hari raya, ohhhh I slept from 4 p.m to 8 p.m like a baby with Abah (well I am a baby!!!! but not my Abah) So now, I'm going to sleep again because Mummy forced me, she said i have to sleep so that tomorrow i can get up early because we going back to MERSING......

Mummy said that i have a whole month to collect duit raya, yipppie!!!! So see you again in next entry....


At Pakcik Kaduk's house; I'm so into the love letter but I didnt know how to take it out


After goncang-goncang, the lid still did not open


with Abang Hafiy


with my pweety Mummy


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

-xoxo-
baby