26.12.08

Sony Bravia LCD TV

Hari Rabu lepas TV di rumah kami rosak, TV yang dicilok dari umah Shah Alam rosak.... Tak keluar gambar langsung, cume ade bunyi bunyian jek..... Mr Hubby tak senang duduk sebab dia dah menjadi si kaki TV..... Banyak kali jugak la TV tu kena ketuk cume tak kena tendang jek.... Jadi pada hari itu, Mr Hubby menghabiskan 1 jam di kedai mamak tingkat 5 untuk menonton The Legend of Bruce Lee, nasib baik sempat!!!!! Kalau tak, mesti telinga ni kena menahan bebelan beliau...... Sepanjang malam tu kami hanya menikmati rancangan "Uncle Seeker yang celupar", "cerita tipu Ustaz di Cakera Alam" dan menghiburkan diri dengan mendengar lagu-lagu merdu dari "Ustaz Akhil Ray di Bachok".... Terima kasih kepada the creator of You Tube......

Esoknya Hari Natal....
"Marry Chritmas to everybody especially to Georgina Liew Lee Chin and family"
Selepas mandi dan sarapan Pizza Hut malam tadi kami menuju ke KLCC, parking banyak kosong sebab baru jam 10.30 pagi, orang pun tak ramai sangat cume ade keluarga-keluarga yang membawa anak-anak berjalan-jalan (mungkin sebab cuti sekolah) dan juga couple-couple Indon bangsa asing yang sibuk mengambil gambar di pokok Krismas gergasi.... Destinasi utama ke Best Denki untuk mencari TV yang berkenan di hati..... Selepas hampir sejam di situ, inilah hasil tangkapan kami;


Sony Bravia LCD TV

Kul 4 petang tu, diorang datang hantar TV dan Mr Hubby sangat berpuas hati dapat tengok Bruce Lee episod akhir pada malam itu...... Gile tak puas hati arrrr ade mati macam tu jek, Hubby cakap mati dalam iman hahahahaha......

Selain dari itu, kami juga sempat menyinggah ke Mother Care dan menyebabkan poketku menjadi kempis sebab beli carseat untuk baby.... waaaaaaa abis duit gua

Lepas tu balik la, kalo lagi lame lagi sengkek la menghabiskan duit..... sekian cerita "Hikayat TV kami"

1 comment:

Carrie-Ma said...

mar, itulah hikmahnya tv lama rosak. merasala tgk tv flat gitu...clazzz