21.5.13

2nd Pregnancy : counting days...

as salam..

Salam pagi Selasa ^_^

Mengupdate blog dengan mood yang bercampur2, hehehe yang penting just nak bgtau saya masih belum beranak..

This week dah masuk 38wks, esok ada checkup lagi.. Last week masa checkup doc dah cakap baby already drops, so maknanya tunggu mase je dan get ready jelah walaupon beg nak gi hospital belum siap kemas lagi, well u know me, memang suka buat kerja last minute ^_^

Based on last week punya checkup baby dah 3.3kg, besar gak lah, so cukup full term nanti tak tau la berapa berat dia, hopefully senang la nak kluar.. Perut pon dah asik mengeras2 je ni, betul2 buat mummy cuak hahaha sebabnya saya tak berapa sure camne nak tau masa dah sampai nak beranak, sebab dulu masa Iskandar pergi serah diri untuk induce..

Bilik opis saya dah kemas cantik dah, sedia untuk ditinggalkan.. Kerja pon tengah dihabiskan sebaik mungkin, kalau nak habiskan semua memang tak boleh lah kan tapi hopefully orang yang kena menggantikan saya sementara nanti takdelah mengucap panjang tengok kerja terbengkalai yang panjang berjela hahaha...

Tapi saya macam sedeh plak sebab mak tak boleh datang jage saya masa dalam pantang.. Hubby cakap takpe dia boleh jage, hahhhh!! agak2 sape yang jage sape nanti yek, tapi nasib baiklah Dian masih free untuk temankan saya huhuhu banyak betul pengorbanan my lil sis ni ^_^ tak dapat bayangkan kalau dia dah kawen nanti, bukan mak je yang reluctant nak kasi dia kawen, saya pon same jugak agaknya, huarghhhh T_T dia masih adik saya yang kecil dan comel!!!

Ok dah, start nak merepek dah.. Nanti saya update lagi ye

Luv u all ^_^


Luv,

10.5.13

Soalan for Preggy ME!!

as salam...

Salam Jumaat..

Iols saje je malas nak tulis belog awal2 minggu pasal ramai sangat yang dalam mode #blackout hahaha biarkan black monday anda berlalu pergi, jangan biarkan emosi menguasai minda...

Opsss nak cakap pasal PRU ka?!! Hey no.. no.. no..

Cuma nak buat pengakuan jer, saya mengundi guna niat hehehe hopefully takde la bangla (saya tak paham betul apasal nak guna bangla, takde bangsa lain ke kalau iya pun nak suh menyamar jadi orang malaysia?) ke hape ke yang tolong mengundikan saya.. jangan bising cakap saya tak tunaikan tanggungjawab ye, I have my own reason for this.. Just let me make it simple, "suami didahulukan, keharmonian rumahtangga diutamakan" ^_^ dan juga saya taknak terberanak dalam kereta!!

Sudah2 la ye, mari kita bersyukur dengan apa yang ada dan kerja kuat untuk menambah apa yang tak ada.. Jangan jadikan alasan saya tak cukup duit or hutang saya keliling pinggang so kerajaan lah yang bersalah.. Dan mari juga kita bermuhasabah diri dan dekatkan diri dengan Maha Pencipta serta bertaubat dan cari ilmu akhirat sebanyak mungkin dari menyalahkan pemimpin sebab kita tak pakai tudung.. yeah ayat saya memang ntah hape2 tapi itu lah kenyataannya, semua bermula dengan diri sendiri, jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri tak berusaha.. Nak duit kena kerja, nak ilmu kena belajar, simple!!! Hahahaha ape benda aku merepek ni!!!

Ok cerita2 politik akan ditangguhkan sehingga PRU ke 14 pulak..


Ramai dah tanya bila nak "meletop", antara soalan yang saya paling menyampah nak jawab hahaha, nanti kang aku takde cuti 3 bulan korang rindu plak, tak sabar2 nak suh saya cuti, sabar la wei!!! Saya ada kurang dari sebulan je ni, hehehe sebelum cuti ni banyak nak kerja opis nak kena settlekan dulu, kesian plak orang yang menangung kerja kalau saya tak buat senarai kerja2 "terbengkalai" kan, yang penting saya TAKNAK angkat sebarang panggilan dari opis yang bertanya pasal kerja semasa saya sedang maternity leave, especially pertanyaan untuk pegi FTA di Germany (menyampah hokey!! time aku beranak la korang mengada2 nak melawat kilang kat Jerman tu!!)

Untuk soalan "dah ready ke belum?!!" ehh awal2 lagi akak dah ready diknon, kalau tak takkan beria nak menambah anak bersungguh hahaha ready memang dah ready tapi cuak proses nak melahirkan tu pun dah makin terasa, ini untuk2 wanita2 berpengalaman je lah yang tau betapa dupdapdupdap hatiku ini.. Persediaan untuk barang2 baby, alhamdulillah rase2nya dah 95% selesai, cuma adalah benda2 yang bukan keperluan lebih kepada keinginan sahaja belum tercapai hahaha tu confirm en hubby malas nak layan.. Barang2 berpantang untuk saya pon macam2 dah beli, dulu takde la beria macam ni sangat, mungkin sebab nak kena berpantang sendirikan so kena la siapkan semua sendiri..

Soalan pelik yang saya terima "apa benda yang kau jeles dengan orang tak preggy bila tengah jadi penguin camni?" (memula saya sekeh dulu orang yang bagi soalan ni bila samakan saya dengan penguin!!) Saya tak jeles tengok pompuan cantik yang kurus sebab nanti lepas saya beranak pun saya akan cantik jelita kurus jugak!! hahaha konpiden!! tapi saya jeles betul bila tengok pompuan pakai kasut tinggi, saya merindui semua my heels dalam almari, cita2 pertama lepas beranak adalah nak beli kasut tinggi hahaha...

Soalan pantang nanti dimana, rasenya kemungkinan besar di sini saje, mana boleh tinggal suami, ehh!!! hahaha sayang pulak nak pontengkan sekolah Iskandar kalau saya nak balik kampung.. Mak abah saya pon macam beria je nak datang sini, so harap2 mak ada di sisi saya masa berpantang nanti.. Kalau tak pon mama akan datang kot cuma tak boleh lama sebab my sis in law pon due lebih kurang sama dengan saya..

Ok, tu je kot.. Nanti kalau ada masa saya kongsikan barang2 keperluan nak menyambut orang baru ni ye.. Tak kira la anak nombor berapa pon, persediaan same je kan..

Till then, have a nice weekend everyone.. Spread the love not hate!!


Luv,


2.5.13

2nd Pregnancy : 35 weeks and counting...

as salam...
Salam Khamis, 21 Jamadil Akhir 1434..

My pregnancy dah masuk 35 week, last checkup on last Tuesday, baby weighted 2.4kgs and mine 68.9kgs.. Hampir2 nak masuk 70kg dah tapi I dah redha je hehe memandangkan makan pon tak boleh nak control sekarang, hubby pon semakin menggalakkan makan makan makan.... 

Nothing much discussed dengan doc masa checkup sebab hubby did the talking part more than me, yeah that was his 2nd time ikut for antenatal checkup, sedeh kan?!! hahaha.. Sanggup amik cuti tu, but the hidden agenda adalah supaya dia dapat bertanya dengan doktor adakah selamat meninggalkan saya di akhir2 pregnancy sebab dia still kena pegi outstation lagi.. Saya dah cakap ok je if dia kena kerja luar, agak2 sakit nak beranak nanti saya drive la sendiri gi hospital T___T

Selain dari tu, berat baby dah normal semula, actually before this bukan la tak normal cuma slightly bigger but still in the range, but saya kan mmg saiko, risau tak tentu pasal!!! So mummy dengan senang hatinya minum coffee blended lepas checkup tu hahahaha...

Sebab checkup saya habis awal so hubby ajak pergi Kidzania, konon2 nak bawak Izz main happy2.. Sampai sana ada 3/4 bas beratur, bila check kat kaunter rupanya Kidzania dah penuh sebab banyak sekolah buat lawatan hari tu so cancel bawak Izz gi Kidzania, maybe next time kot, nasib baik jugak Izz sangat behave, takde la mengamuk2 bila tak jadi bersuka ria..

Tukar plan lain, pegi Ikea pulak, walaupon hari kerja tapi masih ramai orang, semua pon orang dapat mc kot hahaha.. So lunch and shopping2 kat Ikea, sebelum asar kami dah bergerak balik ke rumah..

Oklah, takde idea dah.. Bye dan selamat bekerja ^_^


Luv,

25.4.13

Taksub..

as salam...

Banyak benda yang membuatkan saya berfikir sekarang ni, especially pasal politik yang tak sudah.. Mungkin hanya akan surut lepas keputusan PRU13 keluar, tu pon kalau puak2 yang bertanding ni terima keputusan dengan tenang dan berlapang dada.. Kalau ada yang tak puas hati itu ini, mungkin akan panjang lagi la ceritanya kan...

Saya teringat perbualan dengan seorang pakcik beberapa tahun dahulu, 2008 to be exact, pakcik ni driver di PU Butterworth.. Masa tu saya ditugaskan untuk menemuduga calon2 yang nak kerja dan pakcik ditugaskan mengambil dan menghantar saya ke hotel dan PU setiap hari untuk seminggu.. Saya tak ingat nama pakcik tapi saya namakan dia Pakcik X sempena Prof X dalam cerita X-Men (hahahaha tetiba je, takde kena mengena langsung)

Perbualan dengan Pakcik X bukanlah berkisarkan politik tapi lebih kepada ketaksuban pada sesuatu benda..

"Puan tau tak kenapa pegawai2 xxxxx ni ramai yang sombong dan bangga diri? Sebab orang2 bawah semua kena sembah dan tabik kat diorang setiap masa.. Cuba pokok kayu tu orang sembah tiap2 hari, dari cuma pokok kayu je pon boleh jadi pokok berhantu.. Taksub sangat.. Tapi tak semua lah macam tu.. Pakcik ni dah 30 tahun kerja dengan diorang"

Perbualan ini hanya pendapat peribadi Pakcik X dan saya tidak mengiya atau menidakkannya, semua orang berhak beri pandangan di negara yang demokrasi ni kan.. So jangan salahkan Pakcik X jika anda tidak bersetuju..

Saya nak relatekan dengan situasi kita sekarang.. Kalau dah setiap masa dengan smartphone, tengok status fb dan tengok utube asyik mengulang kutuk orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Lama2 kita pun terpengaruh dengan cerita2 yang disogokkan, sahih ke tak semua tolak tepi sebab apa... terlalu taksub!! Terima semua tanpa difilter dulu..

Tapi again kita tak boleh nak halang berita/fitnah tersebar sebab negara kita negara demokrasi, semua berhak untuk bersuara, berkongsi pandangan dan mencuba nasib.. Cuma jangan paksa orang lain terima ideologi kita dan janganlah cuba menghasut dan suka tengok orang berpecah belah.. Ilmu sedikit jangan cuba nak jadi cikgu, belajar dulu dan cari cikgu yang betul nak mengajar ke arah kebaikan bukan semata-mata untuk kepentingan/kepuasan peribadi..

Sekian, terima kasih..

Terima kasih Pakcik X, saya doakan pakcik sentiasa berbahagia selalu...


Luv,


22.4.13

STOP!!

as salam...

Kejadian malam tadi T__T


Abah      :  pas.... umno... bla bla bla... politik...
Mummy  :  politik..... bla bla bla bla.. pas.. umno...

*gaduh manja*


Iskandar  :  mummy!! abah!! stop stop stop!!!

Abah       :  bla bla bla... politik... umnongok!!!
Mummy   :  bla bla bla... politik... pas boleh blah!!!!

*gaduh kasar*


Iskandar  :  mummy stop!! abah stop!! STOP!!! (siap buat sign tangan suruh stop)

Abah       :  politik2!!! semua salah umno....
Mummy   :  politik2!!! semua salah pas....

*gaduh giler ganas*


Abah masuk bilik air....
Mummy nangis2....

Iskandar  :  (tengok mummy nangis) kenapa mummy nangis?!! (pegi kat pintu bilik air) abah, mummy nangis!!! (datang semula kat mummy) mummy jangan nangis!!! *hugs mummy* mummy jangan nangis, Izz sayang mummy!!!


Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan oleh anak sekecil 4 tahun.. He never judge me and always showered me with his loves, unconditionally.. Nothing else I should ask kecuali cepatlah habis musim PRU ni...

Btw, sila jangan buat spekulasi, kami laki bini mmg suka hover kalau berdebat especially pasal politik ni, hahahaha...

Peace no war!! I still love u sayang..


Luv,